Majlis pertunangan Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP negeri dan Dyana Sofya itu didakwa akan berlangsung di sebuah hotel dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Sumber memberitahu, pasangan itu bercadang untuk melangsungkan pernikahan pada Jun ini iaitu selepas Ramadan.
Pada Oktober 2004, kedua-dua pasangan itu terpalit dengan kontroversi selepas beberapa keping gambar intim mereka tersebar di laman sosial namun dinafikan pasangan terbabit.
Pasangan itu sekali lagi menjadi perhatian pada April tahun lalu selepas video individu yang didakwa mereka menari mesra turut tular di laman sosial.
Dyana Sofya dalam kenyataan di laman Facebook ketika itu bagaimanapun tidak menafikan mahupun mengesahkan individu dalam foto itu adalah beliau sebaliknya hanya menyifatkan penyebaran gambar itu merupakan pencerobohan privasi utama dalam kehidupan seseorang.
Zairil ketika itu pula menafikan individu yang menari mesra di dalam video itu ialah beliau dan menyifatkannya sebagai mengarut.
Dalam pada itu, Zairil ketika dihubungi pemberita di sini enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus majlis pertunangannya dengan Dyana Sofya esok.
Zairil sebelum ini berkahwin dengan Noor Dahlia Hamzah namun menurut maklumat yang turut tular di media sosial, mereka sudah bercerai Oktober tahun lalu namun tidak dapat dipastikan kesahihannya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/p...0#ixzz59EP9dyTK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mar 9 2018, 02:41 PM, updated 8y ago
Quote
0.0162sec
0.70
5 queries
GZIP Disabled