Welcome Guest ( Log In | Register )

[ Standard ] · Linear+

> Pintu kapal terbang tertanggal ketika mendarat, penumpang panik

views
     
clouds
post Feb 11 2018, 11:22 PM, updated 3y ago

Casual
***
Junior Member
318 posts

Joined: Jan 2009
From: Grave



user posted image



QUOTE
Penumpang dilaporkan mendengar getaran pintu berkenaan bergesel di sepanjang landasan. - Gambar hiasan
PENERBANGAN Dana Air baru sahaja mendarat apabila satu bunyi letupan kedengaran yang menyebabkan pintu pesawat berkenaan tertanggal dari engselnya.

Menurut laporan BBC, penumpang boleh mendengar getaran pintu berkenaan bergesel di sepanjang landasan.

"Saya melihat pintu kecemasan pesawat menjadi longgar dan tergantung,
"Pramugari bertanya adakah ia dilakukan oleh salah seorang penumpang, selain mereka turut menghalang kami mengambil video atau gambar,” beritahu salah seorang penumpang.

Seorang lagi penumpang turut mengakui, sepanjang penerbangan itu, pintu kecemasan pesawat berbunyi.

"Saya fikir ia mungkin disebabkan skru longgar,  tetapi saya tidak fikir ia akan tertanggal," katanya.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan menafikan sebarang masalah dengan pintu kecemasan semasa penerbangan.

Dalam satu kenyataan, Dana Air berkata: "Pintu keluar kecemasan pesawat kami adalah jenis plug yang disokong oleh tekanan, yang biasanya tidak boleh dibuka tanpa bantuan atau usaha oleh anggota krew atau penumpang.

"Apabila sebuah pesawat udara berlepas, ia berada dalam tekanan sepenuhnya dan tidak ada kerusi atau pintu yang boleh bergoyang seperti yang dilapor."

Pihak penerbangan Dana Air juga memaklumkan bahawa pesawat itu telah diperiksa jurutera bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nigeria dan "tidak ada masalah dilaporkan".

palgo47
post Feb 11 2018, 11:40 PM

Casual
***
Junior Member
395 posts

Joined: Oct 2006


budget airlines dan pintu kecemasan berpisah tiada


oh wai
kurangak
post Feb 11 2018, 11:43 PM

certified /k addict
*****
Senior Member
927 posts

Joined: Apr 2011
From: here and there



that white old man "fuck this shit mang!"

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0232sec    0.24    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th July 2020 - 06:30 AM