METALLICA, GUNS N ROSES, IRON MAIDEN, ROCK KAPAK K
METALLICA, GUNS N ROSES, IRON MAIDEN, ROCK KAPAK K
|
|
Jan 12 2018, 12:53 PM
Return to original view | Post
#1
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
|
|
|
Jan 12 2018, 02:57 PM
Return to original view | Post
#2
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
|
|
|
Jan 12 2018, 03:03 PM
Return to original view | Post
#3
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
SOGO, SULAIMAN COURT DAN BUMIPUTRA ROCKERS !
![]() ![]() ![]() ![]() Setiap kali aku aku lalu depan SOGO, aku sering terkenang kenangan aku tengok konsert rock masa sekolah rendah dulu, pergh! Actually pertengahan tahun 80'an dulu dikenali sebagai zaman kebangkitan muzik rock kat Malaysia terutama bila ex-husband Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Ali Bakar, buat konsert Battle of The Band (gabung rockers terkenal macam Rahim Maarof, Ella and The Band etc) pusing satu Malaysia. Aku dulu masa kecik cukup minat dengan Bumiputra Rockers (BPR). Masa tu lagu diaorang yang gila babi famous adalah Seribu Tahun Takkan Mungkin. Satu hari famili aku datang bercuti di Kuala Lumpur. Masa tu kami tinggal di Kerteh, Terengganu. Aku baru darjah 6 time tu. Aku dengar BPR dengan Ramli Sarip akan nyanyi kat Sulaiman Court. Mesti korang tak pernah dengar nama Sulaiman Court di KL ni kan? Kalau korang nak tahu, Sulaiman Court tulah shopping complex SOGO sekarang ni! Dulu tempat tu adalah sebuah kawasan flat. Orang KL panggil flat Mido (sebab ada iklan jam Mido atas bangunan tu). Untuk pengetahuan korang, Sulaiman Court lah flat pertama dibina di Malaysia! 11 tingkat u olls. Masa mula-mula siap tahun 1958, hanya 13 famili yang sanggup pindah dari kawasan setinggan ke flat tersebut sebab masa tu manalah orang kita pernah duduk rumah tinggi-tinggi ni. Bila SOGO nak dibina, pada tahun 1988 flat tu pun dirobohkan. Berbalik cerita pasal BPR ni, bila aku sampai KL, aku dengar kat radio diaorang nak buat konsert kat tapak Sulaiman Court tu. Bila flat di situ dah dirobohkan, tapak tu selalu dibuat konsert rock. Apalagi dalam diam-diam, aku keluar dari rumah sedara aku kat KL (tempat kami bermalam), naik bas mini sorang-sorang, terus pergi sana. Orang punyalah ramai tetapi sebab minat punya pasal, aku selit juga. Bayangkan punya seronok aku masa tu dapat tengok Joey (penyanyi BPR) nyanyi live lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin. Nak dijadikan cerita, Ramli Sarip pun perform. Kenikmatan berganda! Nasib baik bas mini ada masa nak balik. Sebab tu kalau bebudak sekarang dok cerita pasal rock, gua tak heran beb. Gua sekolah rendah lagi dah naik bas mini sorang-sorang gi tengok konsert rock hahahah. Sampai sekarang bila lalu SOGO...ingatan gua pasti mengimbau kenangan Sulaiman Court dan Bumiputra Rockers. Lu ada ? Nukilan : Syahril A. Kadir https://www.facebook.com/syahrilkadir |
|
|
Jan 12 2018, 03:04 PM
Return to original view | Post
#4
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
![]() |
|
|
Jan 12 2018, 03:07 PM
Return to original view | Post
#5
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
![]() ![]() ![]() This post has been edited by HangPC2: Jan 12 2018, 03:08 PM |
|
|
Jan 12 2018, 03:08 PM
Return to original view | Post
#6
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
|
|
Jan 21 2018, 09:10 PM
Return to original view | Post
#7
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
Battle Of The Bands (1986)
![]() Battle Of The Bands (1986) Keluaran Semula 2015 ![]() Battle Of The Bands - Round 2 (1987) ![]() ![]() |
|
|
Apr 15 2019, 12:41 PM
Return to original view | Post
#8
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
Vokalis Blackfire, bekas Editor Fantasi meninggal dunia
Zulhisham Isahak 13 April 2019 7:03 PM ![]() AZMI BAHARI (dua dari kiri) merupakan tonggak utama kumpulan Blackfire yang ditubuhkan pada 1982 di Kangar, Perlis sebelum merakamkan album pertama pada 2006 di bawah Nebiula Productions. - UTUSAN ONLINE JOHOR BAHRU 13 April - Vokalis kumpulan Blackfire dan bekas Editor Majalah Fantasi, Azmi Bahari, 58, meninggal dunia akibat strok di kediamannya di Bandar Bahru Selayang, Selangor kira-kira pukul 5 pagi tadi. Beliau yang terlantar selepas diserang penyakit tersebut sejak lima tahun lalu meninggalkan isteri, Sabariah Jais, 55, dan tiga anak, Asraf Alif, 27, Afiq, 24, dan Adila, 23. Azmi sebelum ini juga pernah menjadi wartawan, penulis dan tulang belakang antaranya untuk Majalah Anak-anak Sidek, Majalah Cabai dan Berita Publishing sejak awal 90-an hingga sebelum beliau jatuh sakit selain merupakan aktivis politik. Menurut isterinya yang lebih dikenali sebagai kartunis Cabai di Majalah Gila-Gila, keluarganya reda dengan ketentuanNya dan berharap suaminya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. “Arwah Azmi sudah lama sakit. Beliau merupakan seorang yang ceria dan mudah berdamping dengan sesiapa sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Online sebentar tadi. Jenazah Azmi dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Bahru kira-kira pukul 11.30 pagi tadi dengan dihadiri ahli keluarga, kenalan dan saudara-mara. ![]() AZMI BAHARI Anak kelahiran Kangar, Perlis itu bersama-sama Blackfire yang ditubuhkan pada 1982, aktif melakukan konsert dan gigs termasuk pernah menyertai pertandingan juara-juara rock 80-an antaranya sekitar Perlis, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Blackfire yang pernah berkongsi pentas antaranya dengan kumpulan M.A.Y, D’Febians dan S.Y.J, merupakan kumpulan ekstrem metal pertama Malaysia selain pencetus kepada permulaan muzik berat dan pergerakan underground di Malaysia. Blackfire mengeluarkan album pertama pada Jun 2006 di bawah Nebiula Productions yang menggabungkan lagu Melayu dan Inggeris sebelum melakukan konsert reunion pertama kira-kira 10 tahun lalu dan tidak lama selepas itu berpecah. - UTUSAN ONLINE - |
| Bump Topic Add ReplyOptions New Topic |
| Change to: | 0.0155sec
0.45
6 queries
GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 05:22 AM |