Speaker juga akan memuat naik teks ucapan bajet selepas Perdana Menteri selesai membentangkan ucapannya di sini (page 1).
Mohon ahli-ahli dewan semua booking kerusi dan meja sebab tempat adalah terhad.
Teks ucapan Bajet 2018: https://www.najibrazak.com/bm/blog/ucapan-bajet-2018/
Intipati penting ringkasan bajet live update:
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Kadar pertumbuhan ekonomi separuh tahun pertama 2017: 5.7%, unjuran kekal 5.2 hingga 5.7%
Defisit fiskal anggaran 3.0%, 2018 kepada 2.8%
Rizab antarabangsa: RM428.7, boleh support 7.5 bulan
Pendapatan per kapita: RM42,777 pada 2018
RM 280.25b peruntukan bajet untuk 2018 (RM234.25b untuk mengurus dan RM46b untuk pembangunan)
Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan mencecah RM239.86b
Tema Bajet 2018 "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi & Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50" dengan 8 tunjang
RM7b di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan, RM5b untuk modal kerja & RM2b pinjaman dgn 70% jaminan Kerajaan utk sektor perkhidmatan
RM500 juta untuk TEKUN dan usahawan mikro
RM6.5b peruntukan terbesar untuk sektor pertanian
Bantuan RM200 sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan hampir RM150 juta untuk pesawah
Diisytiharkan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia, akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM
Lebuhraya Pantai Barat still go on with RM5b peruntukan dan Pulau Pangkor diisytihar sebagai pulau bebas cukai
Lapangan Terbang Pulau Pinang akan dinaik taraf dengan peruntukan kemudian, membina lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan
Rancangan untuk membina jambatan dari Labuan ke Menumbok, Sabah akan dibuat feasibility study
RM1b diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi
Pusat jagaan kanak-kanak hendaklah diperkenalkan bagi setiap pejabat baru di bawah PBT bermula di KL
Setiap anak Malaysia dilahir bermula Jan 2018 hingga Dec 2022 dihadiahkn Dana Tabungan Permulaan RM200 mlalui unit Amanah Saham sebagai Tabungan Dana Permulaan Anak Malaysia 2050
Baucar buku 1Malaysia diteruskan lagi dengan RM250 setiap seorang pelajar IPT dan Tingkatan 6
RM90 juta untuk MyBrain akan diteruskan tahun 2018
Peruntukan untuk sektor sukan sebanyak RM1b, antaranya 14 kompleks sukan akan dibina dengan peruntukan RM112 juta
RM1b bg inisiatif meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi & prog pembangunan bola sepak negara
RM2bil untuk Sabah Sarawak dan RM500 juta untuk baiki sekolah daif dan usang
Bantuan Persekolahan RM100 seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan RM328 juta, manfaatkan 3.2 juta murid
Melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018, grace period pembayaran hutang dilanjutkan lagi dari 6 bulan ke 12 bulan
RM4.9b utk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia
RM672 juta untuk bekalan elektrik, termasuk RM620 juta untuk Sabah dan Sarawak melibatkan 10 ribu rumah luar bandar
RM934 juta untuk projek jalan luar bandar, termasuk hampir RM500 juta untuk Sabah dan Sarawak
RM654 juta pembinaan pra sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah & menengah dan kolej vokasional serta matrikulasi
RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5 ribu unit Rumah Generasi Kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB, RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan
10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM dibina, harga sesuai dgn tangga gaji anggota
RM1b diperuntukkan kpd SKMM bg membangunkan infrastruktur komunikasi jalur lebar di Sabah Sarawak
Untuk komuniti Cina, sediakan RM50 juta utk pinjaman PKS melalui KOJADI. RM30 juta disalur kpd Yayasan Peniaga & Penjaja Kecil 1Msia
Pengambilan pelajar kaum India ke IPTA dan perkhidmatan awam akan Kerajaan tingkatkan kpd sasaran 7%
PNB akan membuat pengagihan khas 1.5b unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia utk kaum India, terhad kpd 30k unit setiap pelabur
Menaikkan cuti mandatori bersalin untuk pekerja swasta dari 60 hari ke 90 hari
BRIM diteruskan kepada 7 juta penerima dengan kadar maksimum RM1200
Income tax dikurangkan 2%
RM120mil loans for Food Truck 1Msia, Mobile Food Kiosk 1Msia via Bank Rakyat & BSN with 4% govt subsidy
Peruntukkan RM3.9b subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik & tol
Memansuhkan tol Batu Tiga & Sungai Rasau di Selangor (Federal Highway), Bukit Kayu Hitam di Kedah dan EDL di Johor
RM27b untuk sektor kesihatan
Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2b untuk PRIMA, PPR, PPIAM
Layanan GST brkadar sifar atas bahan bacaan, diseragam & diperluas liputi semua majalah, komik, journal & terbitan mulai 1 Jan 2018
Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bg pendapatan sewa sehingga RM2k sebulan
Elaun warga emas naik dari RM50 kepada RM350
Pekerja awam wanita yang mengandung lebih 5 bulan dibenar pulang sejam awal termasuk suami dengan syarat bekerja di institusi sama
Bayaran one-off RM1500 untuk ketua kampung dan tok batin, RM1500 untuk imam, guru-guru agama dan siak masjid dan surau
RM50 juta untuk GIAT MARA baik pulih tahfiz seluruh negara
Kadar pencen pesara awam terendah kpd RM1000 sebulan dgn sekurang2nya 25 tahun tempoh perkhidmatan
Bayaran khas kepada penjawat awam RM1500, RM1000 untuk Januari 2018 dan RM500 untuk Hari Raya 2018
This post has been edited by fazlythewarrior: Oct 27 2017, 06:16 PM