Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> PM: Kerajaan Komited Bersama Suruhanjaya, Pencegahan Rasuah Perangi Rasuah News

views
     
TSironmaid89
post Oct 1 2017, 01:28 PM, updated 9y ago

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: Aug 2012
user posted image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Pesuruhjaya Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad meninjau banguna baharu SPRM pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 50 Penubuhan BPR/SPRM dan Majlis Perasmian Kompleks Baharu Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Kerajaan komited memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perjuangan menentang rasuah supaya kedudukan negara termasuk dari segi ketelusan dan daya saing semakin baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembinaan kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya yang merupakan kompleks agensi antirasuah yang terbesar di dunia dan lengkap dengan segala keperluan SPRM adalah manifestasi Kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

"Rasuah adalah ancaman kepada negara, ketamadunan kita, masyarakat dan masa depan negara kita.

Jika kita dapat membendung dan membanteras rasuah, negara Malaysia kita yang tercinta lebih berjaya dan disanjung dan lebih dihormati dan berada di saf hadapan sebagaimana visi TN50 (Transformasi Nasional 2050)," katanya ketika merasmikan kompleks itu, di sini hari ini, yang merupakan mercu tanda baharu Putrajaya.


Bangunan Ibu Pejabat SPRM yang telah siap dibina sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi pada 21 Julai lalu merupakan bangunan yang direka bentuk agar menepati keperluan operasi serta sistem pentadbiran SPRM.

la didirikan di tapak berkeluasan 2.07 hektar di Presint 7 serta mampu menempatkan kira-kira 1,800 kakitangan.

Ibu Pejabat SPRM berkenaan terdiri daripada tiga menara iaitu A, B dan C masing-masing setinggi 14, 18 dan 22 tingkat berserta tujuh tingkat podium.

Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah dewan serba guna dengan kapasiti 1,000 orang, auditorium yang mampu memuatkan 300 orang, taska, gimnasium, perpustakaan dan bilik sidang media.

Pada majlis yang juga merupakan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM yang diraikan pada setiap 1 Okt, Najib turut mengumumkan peruntukan segera RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM yang berperanan menjaga kebajikan warga SPRM.

"Kita tahu anggota SPRM bekerja keras siang dan malam, jadi kita mesti beri sokongan moral kepada kebajikan anggota-anggota SPRM. Mudah-mudahan ini akan menaikkan semangat kita terus berjuang habis-habisan menentang rasuah," katanya.

Mengimbau kembali sejarah SPRM, beliau berkata BPR ditubuhkan pada tahun 1967 di bawah kepimpinan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman, sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Katanya walaupun BPR menunjukkan prestasi yang baik, namun persepsi masyarakat terhadapnya sebagai sebuah agensi Kerajaan kelihatan tidak bebas menjalankan tugas terutamanya aspek penguatkuasaan.


BPR kemudiannya diperkasakan menjadi SPRM di bawah kepimpinan Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 sebagai sebuah entiti bebas, katanya.-Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ker...rasuah-1.737425

This post has been edited by ironmaid89: Oct 1 2017, 02:04 PM
sonic31s
post Oct 1 2017, 01:30 PM

Getting Started
**
Junior Member
212 posts

Joined: Apr 2016
Fight corruption...

But receive "donation" ?!?!?!
techfreakguy
post Oct 1 2017, 01:32 PM

New Member
*
Junior Member
36 posts

Joined: May 2016


2.6b bila nak dedah? Telampau songlap sampai kena OSA.
will4848
post Oct 1 2017, 01:41 PM

UNKNOWN
*******
Senior Member
6,596 posts

Joined: Sep 2010
From: DONT KNOW


bila nak tangkap MO1 ??
afie98120
post Oct 1 2017, 01:42 PM

Getting Started
**
Junior Member
275 posts

Joined: Nov 2012
From: Yeyea Dah 2 star yeyea


The irony
myasiahobby
post Oct 1 2017, 01:43 PM

On my way
****
Junior Member
693 posts

Joined: Dec 2009
From: Italy


Only apply to opposition. Orang Kita can corrupt
budi1413
post Oct 1 2017, 01:46 PM

Regular
******
Senior Member
1,612 posts

Joined: Aug 2013


The irony.
SUSlauyah
post Oct 1 2017, 01:49 PM

ViSiToR
*****
Senior Member
811 posts

Joined: Jan 2003
From: Equine Park



yeah right.
tp org kampung masih percaya, mentality janji orang kite.
SUSstarlight glimmer
post Oct 1 2017, 02:00 PM

New Member
*
Junior Member
18 posts

Joined: May 2015
why dont want to arrest pas when they want the country turning into curry bun?
ralyon
post Oct 1 2017, 02:01 PM

Getting Started
**
Junior Member
234 posts

Joined: Jan 2005


» Click to show Spoiler - click again to hide... «


Does MACC fight 'MISMANAGEMENT' of government company like 1MDB or it is out of scope?
swks26
post Oct 1 2017, 02:02 PM

CEO RM20k/day
*****
Senior Member
942 posts

Joined: Jan 2007
QUOTE(ironmaid89 @ Oct 1 2017, 01:28 PM)
The government is committed to cooperating with the Malaysian Anti-Corruption Commission (Macc) in combating corruption so that Malaysia's ranking including in terms of transparency and competitiveness improves, says Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak.

*
user posted image
kiasunkiasi
post Oct 1 2017, 02:39 PM

On my way
****
Senior Member
597 posts

Joined: Nov 2007


oh, ironmaid is TS

missed yuor usual avatar

btw, it's still months to 2018
DarkAeon
post Oct 1 2017, 02:41 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
774 posts

Joined: Nov 2010
i can't begin to imagine the irony of this
danabu
post Oct 1 2017, 02:47 PM

Casual
***
Junior Member
419 posts

Joined: Dec 2011
More like SPRM aligned with PM.... Lol
TTCorp
post Oct 1 2017, 02:50 PM

New Member
*
Newbie
21 posts

Joined: Aug 2017


sendiri syok lo
MRaef
post Oct 1 2017, 02:51 PM

Casual
***
Junior Member
382 posts

Joined: Nov 2005


SUSalexcky
post Oct 1 2017, 02:54 PM

business Sifu
*****
Senior Member
842 posts

Joined: Nov 2007


No wonder sprm work so hard.. Waiting for the donation
lagista
post Oct 22 2018, 01:19 PM

New Member
*
Newbie
25 posts

Joined: Oct 2018


Sources: MACC Confirms Former PM Najib To Face More Charges Relating To 1MDB
17 Oct 2018

https://forum.lowyat.net/topic/4675594

user posted image

user posted image
lagista
post Apr 4 2019, 09:33 AM

New Member
*
Newbie
25 posts

Joined: Oct 2018


Kerajaan komited bantu SPRM perangi rasuah - PM
Ahad, 1 Oktober 2017 SoS
QUOTE
user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image
QUOTE
PUTRAJAYA: Kompleks baharu Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjadi kompleks antirasuah terbesar di dunia setakat ini, adalah perlambangan dan manisfestasi kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah dan salahguna kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika berucap merasmikan kompleks berkenaan hari ini, berkata ia juga bukti kerajaan sentiasa komited menyokong suruhanjaya itu dalam membanteras rasuah kerana ia adalah ancaman kepada ketamadunan dan masa depan negara.

Kompleks baharu itu dibina di atas tanah berkeluasan 2.07 hektar di Presint 7, di sini merangkumi tiga menara A,B dan C masing-masing setinggi 14,18 dan 22 tingkat serta mampu menempatkan kira-kira 1,800 kakitangan.

Dari segi aspek keselamatan, bangunan berkenaan dilengkapi 354 unit kamera litar tertutup (CCTV) yang mengawasi persekitaran luar dan dalam bangunan.

Najib berkata, melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membanteras rasuah, antara yang dilaksanakan kerajaan ialah mewujudkan Unit Pematuhan yang akan memantau perilaku pegawai dalam agensi penguatkuasaan utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan SPRM.

"Langkah lain ialah mempercepatkan perbicaraan kehakiman terhadap kes rasuah dengan menubuhkan 14 Mahkamah Khas Rasuah yang dikendalikan oleh hakim berpengalaman untuk memastikan kes dibicarakan dalam tempoh setahun.

"Membangunkan pangkalan data 'Name and Shame' dengan menyenaraikan pesalah rasuah yang telah didakwa dan boleh diakses orang ramai bukan saja untuk pengetahuan umum rakyat di negara ini tetapi juga negara seperti Amerika Syarikat sebagai salah satu kaedah untuk menyemak status pemohon yang ingin memohon visa pelancongan masuk ke negara mereka.

"Menghapuskan rasuah daripada perolehan kerajaan dan korporat menerusi pembangunan portal MyProcurement bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan dan meningkatkan keyakinan dalam proses pemberian tender kerajaan," katanya.

Terdahulu, pada majlis sama Najib turut melancarkan Yayasan Prihatin SPRM dan mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM5 juta kepada yayasan itu yang ditubuhkan berteraskan kebajikan untuk membantu menampung kekurangan keperluan dan kewangan warganya serta ahli keluarga mereka.

Dana yayasan itu juga akan disalurkan kepada golongan rakyat yang memerlukan bantuan kewangan dan sebagainya melalui program SPRM bersama masyarakat.

silent_stalker
post Apr 4 2019, 09:35 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
852 posts

Joined: Apr 2012


If so komited, give power to prosecute.

Tok kok sing song

Cb, didnt notice necro thread

This post has been edited by silent_stalker: Apr 4 2019, 09:36 AM

2 Pages  1 2 >
Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0186sec    2.05    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 24th December 2025 - 11:48 PM