BENTONG – Seorang peniaga dan pelancong China maut selepas kereta jenis Perodua Axia yang mereka naiki terjunam daripada tingkat empat parkir bertingkat Resort Silver Cup di Genting Highlands di sini semalam.
Kejadian pada pukul 4.15 pagi itu mengakibatkan pemandu, V. Palanisamy, 50, dan Ming Sanmao, 43, maut akibat terjunam dari ketinggian 13 meter.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, siasatan awal percaya kejadian itu berlaku apabila Palanisamy hilang kawalan ketika menuruni bangunan parkir sebelum merempuh besi penghadang lalu terjunam ke taman mini Genting Highlands Resort.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?...m#ixzz4q5EJqwDO
Hakcipta terpelihara
axia lost control