Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Tuan Ibrahim: PAS Puas Hati Sesi Meja Bulat 1MDB, PAS Terima Penjelasan Arul kanda News

views
     
TSironmaid89
post Aug 7 2017, 09:20 PM, updated 9y ago

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: Aug 2012
user posted image

Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.


"Apabila aset itu diambil kementerian, kita bimbang ia akan cetuskan masalah baharu jika tak dikawal. Kita harap isu sebegini mesti dipantau terus melalui parlimen.

"Kementerian Kewangan dan menterinya perlu laporkan pada parlimen supaya ahli-ahli parlimen dapat ikut setiap perkembangan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas sesi meja bulat Pas mengenai isu 1MDB, di sini, hari ini.

Selain Arul Kanda, meja bulat itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa wakil dari universiti tempatan.

Tuan Ibrahim berkata, 1MDB juga perlu diberi peluang untuk selesaikan semua hutang yang ditanggung.

"Kelewatan menjelaskan hutang menyebabkan kadar faedah terus bertambah. Untuk faedah sahaja telah mencecah US$1.9 bilion setahun.

"Bagi kita, pelan rasionalisasi 1MDB berada di landasan betul. Kita harap tiada campur tangan politik yang menggangu pelan dikemukakan Arul itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, Pas tetap dengan cadangannya sebelum ini agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu 1MDB.


"Dengan penuh rasa hormat kepada semua agensi penguatkuasaan di negara ini iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara, kita lihat RCI perlu ditubuhkan juga.

"Ia sebagai jalan keluar kemelut 1MDB di mana kerajaan perlu ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Dalam masa sama negara tidak terbeban dengan hutang yang dibuat oleh 1MDB," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pas...t-1mdb-1.714957
SUSAllnGap
post Aug 7 2017, 09:26 PM

[ Modding with Passion(tm) ]
*******
Senior Member
4,561 posts

Joined: Jan 2003
From: Penangites



Arul kanda jadi tukang bohong ker ?

dia Tu sapa ? ketua 1mdb sudah jadi tan Sri serigar punye
roshen43
post Aug 7 2017, 09:49 PM

Getting Started
**
Junior Member
132 posts

Joined: Sep 2006



terpulang ke mu la.ada aku kesah.ke.mu nok undi sapo pun.itu hok mu..tak payah nak kata..kata harapan ke pas ke. bn ke..tepuk dado tanya selera mu la..
Binaryteo
post Aug 7 2017, 09:55 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Mar 2012


Just to enforce Hudud Law. Sleeping with the devil is ok with PAS.
SUSahter
post Aug 7 2017, 10:04 PM

Getting Started
**
Junior Member
266 posts

Joined: Jul 2008
ada kachingkaching mashyukk
and85rew
post Aug 7 2017, 10:04 PM

Red Devil
*****
Senior Member
877 posts

Joined: May 2006
From: Kuching


1.9b interest

wtf bodo

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0134sec    0.66    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 2nd December 2025 - 06:33 PM