Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump TopicReply to this topicRSS feed Start new topic Start Poll

Outline · [ Standard ] · Linear+

> ▒▓▒▓▒▓ M A L ★ Y S I A ▓▒▓▒▓▒, #TAANAHTUMPAHNYADARAHKU (National Team)

sam.hajime
post Today, 09:45 AM

Getting Started
**
Group: Junior Member
Posts: 189

Joined: Sep 2012





QUOTE(stillriver80 @ Oct 19 2017, 08:32 AM)
dgrnya mcm ala2 bosman ruling kan kes syafiq ahmad ni.. sbb dia masih belum dpt offer utk extend contract.. pstu baki kontrak tinggal 3 bln.. so dari segi peraturan mmg tak salah.. cuma dari segi loyalti kpd kedah dan fan kedah mmg tak patut la.. tapi kalau kita ambik situasi tu kat tempat kita la sebagai seorang pekerja yg dibayar gaji, kita tau kontrak kita akan tamat mesti kita akan cari kerja2 lain yg akan offer lebih tinggi, takkan kita nak tunggu jobless baru nak cari kerja kan? kedah taknak offer atau mungkin tak boleh accept gaji yg kita demand, so kita cari kerja lain yg boleh bagi apa yg kita nak..

cuma dlm bolasepak keputusan tu mgkn akan end up dia waste dia punya talent di bench atau dpt tingkatkan prestasi dgn main regularly.. siapa tahu..
*
bersungguh nak rasionalkan keputusan team negara luar nampaknya.
bagusla think positif sokmo.kawe suko.
stillriver80
post Today, 10:08 AM

New Member
*
Group: Newbie
Posts: 1

Joined: Apr 2015
QUOTE(sam.hajime @ Oct 19 2017, 09:45 AM)
bersungguh nak rasionalkan keputusan team negara luar nampaknya.
bagusla think positif sokmo.kawe suko.
*
bkn nak rasionalkan.. kalau bnda tu rasional knp nak tentang.. kalau tak rasional langsung sampai tak masuk akal mcm peraturan feeder club bagai tu mmg aku tak sokong gak... aku benci sistem.. bkn benci kpd individu2 tertentu.. aku nak tgk as a nation kita rise together.. walaupun skrg ada satu team je yg nampak dominant, tapi dgn hatred dan semangat utk buktikan sesuatu mgkn akan muncul pesaing yg lebih kuat di masa akan dtg.. kdg2 aku fikir bagus jugak tmj buat perangai mcm ni.. baru la muncul orang2 'yang ambik berat pasal bolasepak malaysia' ni... bagi aku kalau salah tetap salah.. kalau betul walaupun bnda yg pahit kena terima hakikat bnda tu tak salah...

dari tahun 2007 aku ikuti perkembangan bolasepak malaysia.. dlm forum harimaumalaya.com.. lepas 2007 disaster.. masa tu xde siapa pun peduli psl bolasepak kita.. stadium sunyi.. skrg ni disebabkan kebencian kpd jdt bolasepak kita makin rancak.. stadium penuh.. sama mcm zaman kelantan naik dan jadi pasukan yg dibenci dulu.. aku bkn penyokong jdt tapi aku rasa impak yg diorg bawa ni ada kebaikannya.. cuma harapnya musim dpn jangan la ada lagi keputusan2 nak nampak obvious sgt menyebelahi team negara selatan tu.. tmj can be a good leader but he need to stop being bias, lebih tenang dan jgn nampakkan sgt mental koyak tu..

This post has been edited by stillriver80: Today, 10:12 AM
stillriver80
post Today, 10:28 AM

New Member
*
Group: Newbie
Posts: 1

Joined: Apr 2015
kalau nak cerita bab gaji pemain.. zaman dollah salleh dgn zainal abidin hassan main dgn pahang dulu dah gaji dekat rm20k (20k zaman tu fikirlah nilai dia mcmana skrg).. cuma zaman tu gaji dibayar cash.. so tak nampak sgt la gaji tinggi tu.. jiran aku masa aku duduk cherating dulu ialah salah sorang yg distribute gaji kpd diorg ni..sbb tu aku rasa gaji siling ni perlu diwujudkan sblm jadi lebih mengarut... buat assessment brp sebenarnya player kita layak dibayar, ambil kira sekali dgn retirement seawal usia 32 tahun.. berapa nilai gaji maksimum yg sepatutnya player2 kita terima.. tp presiden import kita mesti taknak wujudkan peraturan gaji siling ni...

tapi any possibility tak kita boleh restructure balik gaji pemain ni andai kata peraturan gaji siling diwujudkan? sbb pemain kan ada yg dh sign kontrak smpai 3 thn.. kalau restructure gaji diorg nnt jadi langgar perjanjian dgn player pulak..
stillriver80
post Today, 10:53 AM

New Member
*
Group: Newbie
Posts: 1

Joined: Apr 2015
https://semuanyabola.com/isu-kekecohan-peny...arimau-ekornya/

setuju dgn artikel ni.. troll kat sini dgn eropah berbeza.. kat eropah diorg troll ada fakta.. kat sini troll serang individu... pecah belahkan penyokong...
damnself
post Today, 11:44 AM

Getting Started
**
Group: Junior Member
Posts: 209

Joined: Jun 2006
From: Subang Bangi


Steady KJ memberi kata2 positif 💪🏻

Harap jgn salah faham dan koyak mental
stillriver80
post Today, 11:47 AM

New Member
*
Group: Newbie
Posts: 1

Joined: Apr 2015
QUOTE(damnself @ Oct 19 2017, 11:44 AM)
Steady KJ memberi kata2 positif 💪🏻

Harap jgn salah faham dan koyak mental
*
sos?
damnself
post Today, 12:56 PM

Getting Started
**
Group: Junior Member
Posts: 209

Joined: Jun 2006
From: Subang Bangi


QUOTE(stillriver80 @ Oct 19 2017, 11:47 AM)
sos?
*
https://www.hmetro.com.my/arena/2017/10/274...i-suara-sumbang

Usah peduli 'suara sumbang'


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap barisan kepemimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempedulikan ‘suara negatif’ yang dilemparkan terhadap badan induk itu.

Sambil meletakkan kepercayaan kepada Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Khairy menjelaskan semua pihak sepatutnya lebih positif dan memberi sokongan kepada badan induk itu melakukan perubahan dan menjadikan Malaysia sebagai gergasi bola sepak Asia.

“Kita semua mesti ada mentaliti yang positif. Saya sedih melihat polemik bola sepak negara yang menyerang individu (tertentu) tanpa usul periksa.”

“Memberi tumpuan kepada ayat gurauan dan bukan kepada intipati sebenar yang serius, yang suka ejek-mengejek dan mencaci-maki. Mentaliti seperti itu tidak ada pada negara yang berjaya. “Saya yakin sentuhan magis beliau (Tunku Ismail) yang meletakkan Johor DT (Johor Darul Ta’zim) di puncak bola sepak rantau Asia Tenggara dapat juga diberikan kepada bola sepak negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

FAM mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak susulan kekalahan 0-2 kepada Hong Kong dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019, 10 Oktober lalu selain kejatuhan skuad Harimau Malaya ke-170 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi kenyataan sama juga, Khairy turut mengakui bola sepak tanah air hanya akan maju apabila wujud pembangunan secara menyeluruh.

Malah, katanya, usaha itu sudah bermula dengan beberapa perubahan yang digagaskan oleh kepemimpinan FAM yang baru.

“Antara kejayaan cepat atau ‘quick wins’ yang sudah diperoleh ialah skuad bawah 22 tahun (B-22) layak ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-23 dan pasukan sama merangkul pingat perak di Sukan SEA 2017.”

“Malah, skuad B-19 muncul naib juara di kejohanan AFF B-19. Generasi baru sedang dilatih melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dengan DNA permainan yang lebih menarik dan berkesan.”

“NFDP sudah melatih 22,575 pemain antara umur 7 hingga 17 tahun di bawah 1,025 jurulatih di 126 akademi seluruh negara.”

“Walaupun kedudukan pasukan negara jatuh dalam ranking FIFA yang terkini, kita perlu melihat kepada jangka sederhana dan panjang dengan kesabaran. Perubahan dan peningkatan tidak datang dengan sekelip mata,” katanya.


Bump TopicReply to this topicTopic OptionsStart new topic
 

Switch to:
| Lo-Fi Version
0.0694sec    5.20    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 19th October 2017 - 01:09 PM