Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Upgrading streamyx 4Mbps to 8Mbps, i will teach u.

views
     
dannychen
post Feb 13 2017, 10:02 PM

Regular
******
Senior Member
1,263 posts

Joined: Dec 2009
QUOTE(ootik123 @ Feb 13 2017, 03:02 PM)
FUCK! NO free upgrade for streamyx user mad.gif  bangwall.gif
*
Sir/Madam,

Terima kasih di atas aduan yang dibuat kepada kami menerusi pihak Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) bertarikh 2 Februari 2017.

Terlebih dahulu, pihak kami amat menghargai usaha tuan untuk menghubungi kami.

Seperti yang anda semua ketahui, TM baru-baru ini melancarkan kempen Ganjaran Istimewa sebagai sebahagian daripada Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar yang telah diumumkan pada 24 Oktober 2016.

Ganjaran di bawah kempen tersebut termasuklah naik taraf kelajuan, pakej-pakej Webe dan HyppTV serta baucer diskaun gaya hidup. Ramai yang telah menyatakan pilihan mereka dan kami akan melakukan yang terbaik bagi memenuhi pilihan tersebut secepat mungkin.

Para pelanggan Streamyx juga adalah sebahagian daripada Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar - kempen Ganjaran Istimewa ini. Pelanggan-pelanggan yang layak akan dihubungi bermula April 2017 untuk penaiktarafan pakej sedia ada anda.

TM sentiasa menaik taraf infrastrukturnya, menambah kapasiti rangkaiannya serta memperbaiki ketersediaan perkhidmatannya bagi memberikan pengalaman yang lebih baik. Anda akan dimaklumkan berkenaan penawaran dan perkembangan terkini menerusi pengumuman dan komunikasi apabila tiba masanya tidak lama lagi. Sementara itu, kami berharap anda akan menikmati ganjaran penghargaan yang kami sediakan untuk anda.

Terima kasih sokongan berterusan anda kepada produk dan perkhidmatan kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web www.tm.com.my ataupun e-mel ke help@tm.com.my. Anda juga boleh menghubungi TM di talian 100 dan alternatifnya, sila tweet kami di @TMconnects atau melalui facebook di Everyone Connects.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Nur Raini
TM Email Team
Telekom Malaysia Berhad

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0199sec    0.28    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 3rd December 2025 - 08:00 PM