JUMAAT, 21 OKTOBER 2016 @ 5:47 PM Bajet 2017: Pengguna jalur lebar talian tetap bakal nikmati kelajuan KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan jalur lebar talian tetap akan menawarkan perkhidmatan berkelajuan lebih tinggi pada harga yang sama mulai Januari tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, tawaran tersebut diperoleh hasil persetujuan penyedia perkhidmatan, sesuai dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa saluran maklumat dalam talian. "Sebagai contoh, pelanggan pakej 5 megabit sesaat pada harga RM149, akan menikmati pakej berkelajuan dua kali ganda iaitu 10 megabit sesaat," katanya ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini. Seterusnya, Najib berkata bagi pakej itu dalam tempoh dua tahun, kelajuannya akan ditingkatkan dua kali ganda manakala harga diturunkan sehingga 50 peratus. "Kelajuan digandakan, harga diturunkan sehingga separuh," katanya. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/204515
TM Unifi Free Upgrade
Jan 19 2017, 04:15 PM
Quote
0.0178sec
0.68
7 queries
GZIP Disabled