QUOTE(loui @ Jan 14 2017, 01:58 PM)
QUOTE(WhyAmISoPoor @ Jan 14 2017, 02:04 PM)
No it's not. There are professional contents players.
QUOTE(WhyAmISoPoor @ Jan 14 2017, 02:08 PM)
I don't play but I know of people that specifically participates in these kind of contest using certain statistics and methods to come out as a winner. Not cheating but not purely based on luck as well.
QUOTE(azbro @ Jan 14 2017, 02:12 PM)
I tot got one guy keep winning BSN cars etc
Same person is it?
He's no mere guy
Eksekutif syarikat swasta summore
QUOTE
SELASA, 23 OGOS 2016 @ 7:58 PM
PETALING JAYA: Menghabiskan masa sehingga empat jam sehari, membawa tuah kepada seorang eksekutif syarikat swasta apabila dinobatkan sebagai pemenang utama pertandingan permainan mudah alih, Sky Invasion anjuran Techninier dan U Mobile.
Kemenangan itu membolehkan Peck Chin Fai, 39, membawa pulang kereta KIA Picanto 1.2 AT, yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Techninier, Datuk Lion Peh.
Chin Fai berkata, permainan mudah alih itu sangat mencabar dan menyeronokkan.
"Saya bermain permainan itu selepas pulang dari kerja setiap hari dan berasa perlu meningkatkan gaya permainan saya.
"Hadiah yang ditawarkan juga menarik minat saya untuk menyertainya," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah, di sini, hari ini.
Sementara itu, Peh berkata, pertandingan permainan Sky Invasion itu dimulakan April lalu dan ini kali pertama syarikatnya bekerjasama dengan U Mobile melaksanakannya.
Katanya, peserta perlu menjadi pelanggan U Mobile, sama ada prabayar atau pascabayar yang boleh dimuat turun di Android dan iOS.
"Kira-kira 17,000 pelanggan U Mobile menyertai pertandingan ini. Pihak kami juga akan melancarkan permainan terbaharu iaitu 'League of Strikers' yang bertemakan permainan bola sepak dalam masa terdekat ini," katanya.