Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> azwan bro angkat sumpah sebagai Senator, syukur penat lelah telah berbalas

views
     
TSsoowky
post Dec 7 2016, 02:11 PM, updated 8y ago

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Jul 2009
From: /kay/
Naib Ketua Pemuda UMNO angkat sumpah sebagai Senator

user posted image

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun adalah antara enam individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di Dewan Negara hari ini.

Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S. A. Vigneswaran.

Turut mengangkat sumpah ialah Ketua Wanita UMNO Perhubungan Negeri Melaka, Datuk Rabiyah Ali; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat; Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff; Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Fahariyah Md Nordin dan Pengerusi Kluster Pendidikan Badan Perhubungan UMNO Johor, Rahemah Idris.

Pelantikan mereka bagi tempoh tiga tahun.

Dalam ucapan aluannya, Vigneswaran berharap mereka yang dilantik dapat menunjukkan perangai, perwatakan, keperibadian tinggi dan bersopan-santun semasa menyertai sesi persidangan Dewan Negara.

"Sekarang ini saya risau kerana terdapat segelintir Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Parlimen dan melanggar peraturan mesyuarat serta perlembagaan negara.

"Saya memperingati diri saya dan menarik perhatian semua Yang Berhormat supaya memahami segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara dan peraturan-peraturan mesyuarat (Dewan Negara)," katanya. - BERNAMAsos

will4848
post Dec 7 2016, 02:12 PM

UNKNOWN
*******
Senior Member
5,520 posts

Joined: Sep 2010
From: DONT KNOW


macam kei kei brows.gif
Cruxs
post Dec 7 2016, 02:13 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
826 posts

Joined: Jun 2005


Masa angkat sumpah sume jd lebih baik dr malaikat.

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0104sec    0.25    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 06:41 PM