Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Tak perlu lagi anak bekas PM jadi PM, kata Saifudd

views
     
SUSVape [On]
post Dec 5 2016, 12:24 PM, updated 8y ago

Regular
******
Senior Member
1,098 posts

Joined: Nov 2015
user posted image



GEORGE TOWN: Ketua setiausaha Pakatan Harapan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya dapat berpura-pura untuk tahu bagaimana rakyat biasa merana di bawah tekanan kos sara hidup yang tinggi.

Bercakap pada forum anjuran PKR Bayan Baru hujung minggu lalu, Datuk Saifuddin Abdullah berkata perdana menteri negara ini pada masa depan tidak sepatutnya anak kepada bekas perdana menteri kerana mereka ada kecenderungan kurang sentuhan dengan rakyat biasa.

Najib ialah anak kepada perdana menteri kedua.

Saifuddin berkata ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akhir-akhir ini mendakwa mereka merasakan kesukaran yang dialami masyarakat umum.

“Realitinya, mereka tidak tahu bagaimana rasanya. Jika mereka benar-benar tahu rasanya, mereka tidak akan kata fasal ‘harga ayam murah’ dan ‘jika sayur mahal, belilah kangkung’.

“Dan ia datang daripada seorang PM yang ambil berat tentang rakyatnya. Itu sebabnya saya kata, cukup-cukuplah ada PM yang anak kepada seorang PM lain. Cukuplah.

“Kita mahu seorang PM dan pemimpin Melayu yang tahu apa rasanya hidup susah, bukannya hanya setakat kata ‘Saya rasa saya tahu’,” katanya.

Beliau berkata Pakatan mempunyai pemimpin yang mampu berkhidmat sebagai perdana menteri, dan mereka bukan anak kepada bekas perdana menteri.

Saifuddin ialah bekas timbalan menteri pengajian tinggi. Beliau keluar dari Umno pada tahun lalu selepas tidak bersetuju dengan cara kerajaan mengendalikan isu 1MDB. Beliau kini bersama PKR.

Katanya, Umno kini menyimpang jauh daripada matlamat asalnya, dan daripada “berjuang” kini kepada “berwang” dan “beruang”.

“Umno pernah berjuang dulu. Tetapi sekarang orang tanya saya, apa sebenarnya yang mereka buat, dan saya kata berwang. Kemudian mereka tanya saya, maksudnya ‘beruang’? Saya kata kedua-duanya,” katanya.

Saifuddin berkata orang Melayu sepatutnya meninggalkan Umno kerana ia tidak lagi menjaga orang Melayu sebagai satu kumpulan masyarakat, tetapi hanya memilih segelintir saja.

“Contohnya, pergi tanya orang dalam dunia pembinaan. Mereka akan beritahu anda orang macam mana dapat kontrak, terutama di negeri di bawah BN. Saya tak perlu cakap banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan berbelanja berlebihan juga ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, tetapi nampak hasil yang ketara.

“Anda dapat lihat KLCC, jambatan Pulau Pinang, Putrajaya. Ya, dia belanja besar. Ya, dia boros, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat sesuatu daripada duit itu.

“Najib belanja banyak duit, tetapi ada kita nampak duit itu? Tak, kita tak nampak. Kita cuma nampak jet peribadi, beg tangan, kenduri mewah.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/...kata-saifuddin/
SUS~Sherlock~
post Dec 5 2016, 12:25 PM

New Member
*
Junior Member
42 posts

Joined: Oct 2010


Kfc penuh, highway penuh. Ekonomi bagus. /Kolos thread.
thelws
post Dec 5 2016, 12:25 PM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Jan 2005


jangan persoal
TendouJigoku
post Dec 5 2016, 12:28 PM

New Member
*
Junior Member
45 posts

Joined: Nov 2013
From: Wandering aimlessly.
Cash is king.

Jangan persoal.
LamboSama
post Dec 5 2016, 12:30 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
746 posts

Joined: Aug 2011
As if kids of other ministers that is not prime minister understand the struggle. laugh.gif
Nub!
post Dec 5 2016, 12:30 PM

Casual
***
Junior Member
478 posts

Joined: May 2007
+1

Better than reading umno has a big heart because forgives bla bla...
wanritsu
post Dec 5 2016, 12:34 PM

Getting Started
**
Junior Member
267 posts

Joined: Jul 2012
From: live and let live

Love this fella
statikinetic
post Dec 5 2016, 12:35 PM

BaneCat
*******
Senior Member
2,903 posts

Joined: Jan 2010
Hishamuddin triggered.
maraippo
post Dec 5 2016, 12:40 PM

~PoPoPoPoPo~
******
Senior Member
1,163 posts

Joined: Jul 2008
From: Kami's Palace


poddah

lagi 15 tahun korang puji najib pulak nak jatuhkan pm masa tu
SUSVape [On]
post Dec 5 2016, 12:44 PM

Regular
******
Senior Member
1,098 posts

Joined: Nov 2015
QUOTE(maraippo @ Dec 5 2016, 12:40 PM)
poddah

lagi 15 tahun korang puji najib pulak nak jatuhkan pm masa tu
*
Lagi 15 tahun ko vera dalam seluar.



budakgua
post Dec 5 2016, 03:15 PM

New Member
*
Newbie
0 posts

Joined: Jun 2016


QUOTE(Toyoi @ Dec 5 2016, 03:13 PM)
Budakgua: janji enjoice karaoke Shalalalalala....
*
yang penting kampung ppl dapat brim. rclxms.gif
loon90
post Dec 5 2016, 03:15 PM

Getting Started
**
Junior Member
172 posts

Joined: Mar 2010


Tong simen inkambing
ticke
post Dec 5 2016, 03:16 PM

****E***y*u***i***@**
******
Senior Member
1,637 posts

Joined: Oct 2004
From: let there be rain


bukan isu perlu tak perlu. sama ada berkaliber atau tidak, u soalannya...

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0128sec    0.33    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 11:22 PM