Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Ketua Menteri: Melaka Sasar Pelaburan 
Berjumlah, RM30 Bilion Dari China News

views
     
TSironmaid89
post Sep 30 2016, 08:21 AM, updated 8y ago

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: Aug 2012
user posted image
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (tiga dari kiri) bersalaman bersama salah seorang pegawai kerajaan Wilayah Guangdong China setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka pada Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat China Southern Airlines dari Wilayah Guangdong China ke negeri Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam,Datin Seri Fadilah Abdullah (dua dari kiri) di sini

Kerajaan ne­geri Melaka bercadang menarik pelaburan berjumlah kira-kira RM30 bilion dari syarikat China dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang sejajar dengan kewujudan penerbangan secara terus dari wilayah Guangdong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam yang bermula hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pelaburan dari China itu akan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu peringkat pertama untuk lima tahun iaitu kerajaan negeri akan melaksanakan pelan perancangan, pelaksanaan dan pengisian manakala fasa kedua pula melibatkan pemba­ngunan keseluruhan.

Katanya, menerusi fasa ketiga pula pihaknya akan melakukan kerja-kerja penyempurnaan ke­seluruhan proses pelaburan itu dan proses itu dijangka memakan masa antara 15 hingga 20 tahun.

user posted image
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (tiga dari kiri) bersalaman bersama salah seorang pegawai kerajaan Wilayah Guangdong China setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka pada Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat China Southern Airlines dari Wilayah Guangdong China ke negeri Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam,Datin Seri Fadilah Abdullah (dua dari kiri) di sini

“Kerajaan negeri telah menerima beberapa tanda awal penglibatan pelabur dari China di Melaka antaranya kita dapat saksikan pembabitan China Power (CGN) dalam sektor industri tenaga, diikuti Edra Energy Sdn. Bhd. (Edra), Xingyi Corporation yang melabur dalam bidang pengeluaran kaca dan kita juga ada kerjasama dengan pihak swasta iaitu Melaka Gateway yang mempunyai banyak rakan pelabur dari China untuk datang ke negeri ini.

“Ini semua adalah antara pelaburan utama yang akan berlaku dan kerajaan negeri menjangkakan nilai pelaburan itu boleh mencecah antara RM20 bi­lion hingga RM30 bilion,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan ketibaan penerbangan pertama secara terus dari wilayah Guangdong yang membawa sebanyak 119 penumpang ke LTAM di sini hari ini.

Penerbangan pertama menggunakan pesawat Airbus A319 milik Southern China Airlines itu tiba di LTAM pada pukul 1.20 petang membawa tetamu kehormat dari Guangdong, pegawai-pegawai kerajaan, wakil agensi pelancongan, petugas media dan wakil kerajaan negeri Melaka.
user posted image
Idris Haron (enam dari kiri), Huang Huikang (empat dari kiri) bersama para tetamu undangan menunjukkan isyarat bagus setelah pesawat Southern China Airlines dari Wilayah Guangdong, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam, semalam.

Yang turut hadir, Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Naim Abu Bakar.

Penerbangan pertama sewa khas antara Guangdong ke Melaka itu adalah antara 26 perkhidmatan penerbangan terus syarikat penerbangan dari China ke negeri ini rentetan daripada hubungan kerjasama yang terjalin antara Melaka dan wilayah itu yang akan beroperasi sehingga Januari tahun depan.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/me...-china-1.388781
*

kons
post Sep 30 2016, 08:34 AM

Конс
Group Icon
Moderator
6,142 posts

Joined: Oct 2004



spec itam tu..
keny2020j
post Sep 30 2016, 08:39 AM

Casual
***
Junior Member
409 posts

Joined: Jun 2009


tong san incoming, wonder when china street will appear at melaka?
pobox
post Sep 30 2016, 08:43 AM

On my way
****
Junior Member
532 posts

Joined: May 2013


Are they going to build a China town in Malacca?
SUSapj8188
post Sep 30 2016, 08:45 AM

Getting Started
**
Junior Member
198 posts

Joined: Mar 2014
Why they take china southern? Why no take MAS?? Why they come our land but never respect us??? Why no suppork our product and services????? Can they speak our bahasa??????
heavenly91
post Sep 30 2016, 08:45 AM

Follow One Course Until Successful.
******
Senior Member
1,717 posts

Joined: Apr 2010
From: Selangor



Mana itu "Asalkan orang kite" punya orang?
Sudah diam ke whistling.gif
IReallyNeed Answers
post Sep 30 2016, 08:54 AM

Krazeybender
*****
Senior Member
913 posts

Joined: Jan 2008
From: Cheras


QUOTE(apj8188 @ Sep 30 2016, 08:45 AM)
Why they take china southern? Why no take MAS?? Why they come our land but never respect us??? Why no suppork our product and services????? Can they speak our bahasa??????
*
lenglui, chill la.

Ini tongsan kasi suap makan, so kena jinak2 sikit

limfreelance
post Sep 30 2016, 08:56 AM

Casual
***
Junior Member
335 posts

Joined: Jul 2011
From: Land of SaberLion :3
biarlah hilang tanah, rezeki..janji orang kito!!
SUSAllnGap
post Sep 30 2016, 08:57 AM

[ Modding with Passion(tm) ]
*******
Senior Member
4,561 posts

Joined: Jan 2003
From: Penangites



QUOTE(apj8188 @ Sep 30 2016, 08:45 AM)
Why they take china southern? Why no take MAS?? Why they come our land but never respect us??? Why no suppork our product and services????? Can they speak our bahasa??????
*
Money is fwen.

quartre88
post Sep 30 2016, 08:57 AM

Getting Started
**
Junior Member
230 posts

Joined: Feb 2007
From: Bukit Padang Mental Hospital



melibatkan duit, "orang lain" secara otomatiknya menjadi "orang kita sementara".

from the pic u see how they wear their shades cool2.gif conlanfirm taw niat sebaliknya whistling.gif

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0129sec    0.33    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 01:53 PM