Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

Local Clubs Paroi Stars Football Club

views
     
TSHangPC2
post Sep 24 2016, 06:53 PM, updated 10y ago

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Paroi Stars Football Club



user posted image


Logo Rasmi ' Paroi Stars Football Club ' bertemakan bendera Negeri Sembilan dimana kelab ini berasal dari Negeri Sembilan. Memilih nama Paroi adalah dinamakan Paroi adalah lokasi berkumpulnya semua peminat bola sepak negeri sembilan di STAR paroi. Kerbau adalah haiwan yang popular di Negeri Sembilan.

Selain membentuk satu pasukan kelab kecil dari Negeri Sembilan, misi kelab ini adalah memberi tentangan dan persaingan sihat didalam aktiviti penganjuran bola sepak dibawah anjuran FA Negeri. Selain pada itu, PSFC bakal memberikan peluang kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang betul-betul minat untuk menyertai pasukan ini dari umur 12 tahun (bakal dibentuk dalam perancangan Klinik Bola Sepak U12), membentuk pasukan U16 dan seterusnya pasukan Senior 17 tahun keatas.

Berbalik kepada objektif kelab, bakal menggunakan konsep 'kuasa fans' dimana ahli (fans) yang bakal mendaftar menjadi ahli kelab mempunyai KUASA BERSUARA bagi menentukan hala tuju kelab. Sebagai contoh undian dalam Mesyuarat Agung dalam membentuk Ahli Jawatankuasa yang mantap serta undian ketidakpuashatian terhadap AJK yang tidak menunjukkan kebolehan dalam mengurus AJK membentuk pasukan atau pembangunan kelab.

Dana atau yuran dari ahli nanti digunakan sebaiknya untuk mengurus kelab serta pembangunan anak muda didalam aktiviti bola sepak negeri. Itulah perlunya fans didalam sebuah kelab dan tidak bergantung 100% pada sumbangan atau 'sponsorship' pihak luar yang berkemungkinan akan menamatkan kontrak jika pasukan tidak terurus dan tidak cemerlang.


- Pengasas Paroi Stars FC -







 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0138sec    0.70    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 20th December 2025 - 01:08 PM