

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sukan bolasepak adalah sukan nombor satu dari segi popularitinya di Malaysia dan negeri Terengganu merupakan kilang dalam melahirkan beberapa pemain-pemain yang berwibawa seperti Allahyarham Yahya Jusoh, Hairuddin Omar, dan lain-lain. Kejayaan dalam acara bola sepak turut dibuktikan di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA). Tetapi sayangnya sehingga hari ini Terengganu masih ketandusan kejayaan di dalam kancah liga bola sepak profesional walaupun pasukan-pasukan Terengganu merupakan antara pasukan yang disegani di dalam Liga Malaysia
Oleh itu , Terengganu City Football Club telah diwujudkan hasil inisiatif anak-anak muda yang merasakan denyutan penyokong yang mahukan kejayaan dalam menaikkan martabat bolasepak di Terengganu. TCFC telah berdaftar dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada pertengahan 2016 dan akan menyertai liga bola sepak profesional tempatan yang dikelola oleh Football Association of Malaysia (Official) dan juga Football Malaysia LLP untuk membuat transformasi terhadap bolasepak di Malaysia terutamanya di Terengganu sendiri
Untuk memastikan kejayaan bagi Terengganu City Football Club, beberapa perancangan awal dan jangka panjang untuk kelab ini telah dirangka yang melibatkan kerjasama bersama penyokong. Oleh itu #TCFC mewujudkan slogan “Our Cities, Our Club” yang membawa maksud “Bandar Kita, Kelab Kita” dimana TCFC akan mewakili seluruh bandar-bandar di Terengganu dan dalam masa yang sama menggalakkan penyokong untuk turut serta di dalam industri ini secara langsung dengan menentukan pembangunan kelab ini
Buat masa sekarang TCFC masih beroperasi didalam kewangan yang rendah memandangkan TCFC merupakan sebuah kelab yang baru ditubuhkan. Tetapi beberapa perbincangan usahasama bersama penaja-penaja yang berpotensi telah diadakan bagi merealisasikan impian semua penyokong bagi mempunyai sebuah kelab yang professional dan infrastruktur yang terkini dalam pembangunan dalam bola sepak. TCFC juga mengalu-alukan kerjasama dari syarikat-syarikat, jenama, dan agensi-agensi swasta dan kerajaan yang berminat untuk turut serta dalam pembangunan kelab bola sepak ini
Diharap dengan adanya sebuah kelab bola sepak professional ini dapat merancakkan dan memberi persaingan yang sihat didalam usaha untuk merealisasikan impian rakyat Terengganu untuk meletakkan nama Terengganu di tempat yang sepatutnya iaitu sebagai juara di Malaysia dan seterusnya di Asia. Terima kasih atas sokongan penyokong-penyokong yang telah mencurahkan idea-idea dan membantu dalam menjayakan kelab ini
OUR CITIES, OUR CLUB
PENGURUSAN TERENGGANU CITY FOOTBALL CLUB

This post has been edited by HangPC2: Sep 9 2016, 04:19 PM
Sep 9 2016, 11:49 AM, updated 9y ago
Quote











0.0143sec
0.86
6 queries
GZIP Disabled