Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> izara aishah, kila fairy dikecam., i haz sadding.

views
     
TSsoowky
post Aug 22 2016, 10:44 AM, updated 10y ago

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Jul 2009
From: /kay/
Dikritik ‘seksi’ di Minggu Fesyen KL, Izara Aishah terima teguran

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Aktres dan model Izara Aishah terpaksa memohon maaf akibat dihentam hebat sesetengah warga Malaysia yang tidak selesa dengan gambar beliau di “runway” Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 semalam.

Sesetengah peminat memberikan kata-kata kesat dan lucah terhadap beberapa coretan media sosial yang menampilkan beliau dan rakan selebriti Kilafairy mengenakan pakaian sedondon ciptaan pereka Xema Su, kerana dianggap seksi.

“Maaf kepada yang tak selesa. Saya akan pakai lebih baik di masa hadapan,” kata beliau dalam satu coretan di laman Facebook rasminya.

“Saya terima semua teguran anda. Betul juga apa yang anda kata. Maaf ya. Pengajaran diterima.”

Coretan tersebut mendapat reaksi lebih 7,800 pengguna Facebook setakat ini.

Reaksi positif Izara walaupun berdepan dengan kecaman segelintir rakyat Malaysia diterima baik oleh peminat beliau. Berikut merupakan beberapa komen teratas:

Schuhada Ayna: Saya rasa apa yang kamu rasa, Izara. Memang sebagai gadis akan suka muat naik gambar yang kita nampak cantik. Tapi jika pada masa sama gambar tu tak manis dipandang and mendatangkan fitnah makan kita kena kuat untuk turunkan coretan itu.

Sham Qhar Iqa: Baiknya Izara Aishah. Bukan mudah meminta maaf. Niat yang baik berfikiran positif.

Fazrin Kamaruzaman: Ni sebab kenapa saya suka sangat dengan Izara Aishah. Sangat positif dan dapat terima teguran dengan baik.

Akulah Ahmad: Izara memang seorang yang terima teguran dan berbudi bahasa. Moga kekal berjaya dalam apa jua bidang diceburi.

Izara dan Aishah mengenakan dua pakaian berwarna biru elektrik dan pic daripada koleksi Intimité‬ ciptaan Xema Su, yang diinspirasikan daripada pakaian dalam dan waktu malam wanita.

Menurut laman Facebook Su, koleksi Intimité merupakan satu ciptaan yang “beralun, lembut dan ghairah” dengan menggunakan fabrik sutera romantik, kain jarang yang menggoda, dan renda.sos

This post has been edited by soowky: Aug 22 2016, 10:46 AM
TSsoowky
post Aug 22 2016, 11:31 AM

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Jul 2009
From: /kay/
QUOTE(fazlythewarrior @ Aug 22 2016, 11:23 AM)
Aku dah tengok depan mata dah lagi nsfw. Sumpah not my taste.
*
sbb tuan speaker taste politician kan biggrin.gif
TSsoowky
post Aug 22 2016, 11:33 AM

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Jul 2009
From: /kay/
QUOTE(fazlythewarrior @ Aug 22 2016, 11:33 AM)
Err tapi bukan taste macam Najib.  biggrin.gif
*
err... MP ampang?
TSsoowky
post Aug 22 2016, 03:07 PM

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Jul 2009
From: /kay/
QUOTE(mirzan007 @ Aug 22 2016, 02:06 PM)
yg ni takde mufti nak ckp HARAM ker.. kalau pokemon laju jer
*
ini harus...

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0125sec    0.57    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 08:27 AM