Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

Chat Streamyx - Unifi Lite rebrand?, Bye stimix, hello unifi lite? Rebranded

views
     
zurbox31
post Jan 25 2017, 06:45 PM

New Member
*
Newbie
12 posts

Joined: Sep 2009
Hi Guys, already report with below detail:


Salam sejahtera,
Saya adalah pengguna streamyx sejak tahun 2015, dan sedang menggunakan perkhidmat streamyx 4MBPS yang berharga RM140 (sebelum GST) sampai sekarang.

Sekarang yang menarik perhatian saya adalah pengguna baru diberi yuran langganan yang lebih murah daripada harga langgan pengguna lama, beza adalah dalam RM 20 - RM 30 dan saya mendapati ini adalah tidak adil kepada pengguna streamyx yang lama seperti saya. Perkara tersebut didedahkan oleh pengguna laman sosial yang lain apabila mereka mendapat panggilan daripada TM di mana mereka diberi tawaran upgrade streamyx yang lebih murah daripada harga biasa, walhal pengguna streamyx yang telah sekian lama menggunakan perkhidmatan TM tidak pula mendapat diskaun ataupun tawaran istimewa.

Terdapat juga pengguna streamyx yang hanya membayar sebanyak RM 88 (sebelum GST) sebulan untuk capaian 4Mbps, di mana saya perlu membayar RM 140 sebelum GST) dan saya berasa ini adalah tidak adil kepada saya sendiri dan juga pengguna streamyx yang lain perlu membayar harga yang lebih mahal, sedangkan terdapat segelintir pengguna yang membayar dengan harga lebih murah. Terdapat juga pengguna 8Mbps yang hanya membayar dalam RM 130 [sebelum GST). Selain itu, kualiti perkhidmatan yang disediakan juga semakin merudum.

Baru baru juga pihak TM ada melancarkan kempen "Thank you surprises" untuk pelanggan TM. Untuk pengguna unifi, mereka layak untuk mendapat kelajuan berganda tanpa sebarang bayaran, contoh dari 30Mbps ke 50Mbps di mana harga langganan adalah tetap sama. Tetapi sebaliknya untuk pengguna Streamyx, di mana saya perlu membayar 140 (sebelum GST), dan saya tidak mendapat sebarang pertambahan kelajuan, sebaliknya hanya voucher RM 10 sahaja.

Tawaran yang diberi hanyala voucher code, di mana
webe rebate RM10 = Ini adalah servis yang berbeza, dan ianya bukan untuk streamyx.
Gem5 voucher = Ini tiada langsung kaitan dengan servis streamyx, KAMI MAHUKAN harga package untuk STREAMYX diturunkan atau pertambahan kelajuan STREAMYX
Hyptv channel = Yang diberi hanyalah sebagai promotion ataupun percubaan.

Ini adalah sangat tidak munasabah bagi saya, di mana PM Najib sendiri telah menyebut plan broadband untuk 2017 di mana pengguna internet akan menikmati kelajuan yang berganda tetapi membayar pada kadar lebih murah.

Capaian ke laman sosial tersebut. https://forum.lowyat.net/topic/4024893 Mohon jasa baik pihak tuan SKMM, CFM mengambil serius mengenai isu terhadap yuran langgan dan kempen TM Suprise untuk pengguna streamyx.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0186sec    0.18    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 07:08 AM