i send email to aduanskmm@cmc.gov.my using below ayat.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Title: Layanan tidak adil dan caj tinggi TM terhadap pengguna Streamyx
Salam sejahtera.
Kami sebagai pengguna streamyx ingin menyuarakan ketidakpuas hati kami terhadap perkhidmatan Streamyx dari pembekal perkhidmatan TM. Kami telah sekian lama dianiaya oleh pihak TM dan apabila kami mengadu terdapat masalah, caj lebih mahal dimana terdapat pengguna diberi offer secara sembunyi, dan juga untuk meminta rangkaian Unifi, pihak TM seolah-olah tidak mempedulikan suara kami sebagai pengguna Streamyx.
Kami telah sekian lama menggunakan perkhidmatan Streamyx dari TM, dan kami tiada pilihan lain selain TM. Pihak TM masih mengenakan caj langganan yang mahal berbanding dengan pengguna Unifi. Purata caj bayaran per 1Mbps untuk pengguna Streamyx adalah RM37, dan di mana caj pengguna Unifi hanyalah RM 6 per 1Mbps.
Dan di sini kami merujuk kepada laporan "Network Performance Report 2016" bertarikh 27 Januari 2017 di mana pengguna Streamyx tidak menikmati kelajuan seperti dijanjikan oleh pihak TM. Pihak TM hanya menggunakan alasan "teknikal" disebabkan perkhidmatan Streamyx menggunakan talian telefon tembaga. Pihak TM tahu akan masalah tersebut, tetapi tidak mengambil tindakan apa-apa untuk memperbaiki mutu ataupun meluaskan rangkaian Unifi mereka kepada kami. Ini menyebabkan majoriti pengguna Streamyx masih lagi menggunakan 1Mbps pada tahun 2017.
Pihak TM ada menjalankan kempen "Thank you surprises" untuk pengguna TM, di mana majoriti pengguna Streamyx hanya diberi pilihan untuk melanggan Webe, Hypptv ataupun kupon GemFive. Kami agak tidak berpuashati kerana ramai pengguna Unifi diberi naik taraf kelajuan percuma, dan pengguna Streamyx terpaksa memilih untuk melanggan Webe, di mana tidak semua tempat ada liputan 4G webe, dan pengguna Streamyx perlu lagi melanggan sebanyak RM79 hanya untuk Webe.
Dan kami berasa agak kesal kerana pihak SKMM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak TM walaupun setiap tahun pihak SKMM mengeluarkan laporan yang sama, tetapi tiada tindakan untuk memperbaiki keadaan kami sebagai pengguna Streamyx. Kami berharap pada tahun 2017 pihak SKMM akan mengambil tindakan lebih tegas untuk memperbaiki mutu perkhidmatan Streamyx ataupun meluaskan perkhidmatan jalur lebar gentian optic kepada pengguna Streamyx.
Kami mengharap agar pihak tuan memandang serius akan perkara ini, kita sudah masuk tahun 2017, tetapi pengguna Streamyx masih membayar caj bulanan yang mahal untuk kelajuan yang sudah ketinggalan zaman. PM DS Najib sendiri sudah menyatakan bahawa penyedia perkhidmatan fixed line broadband agar menyediakan perkhidmatan kelajuan tinggi pada harga yang lebih rendah. Tetapi majoriti yang menerima naik taraf perkhidmatan tersebut majoriti adalah pengguna Unifi, tetapi kami sebagai pengguna Streamyx dianaktirikan dan dilayan secara tidak adil.
Sekian, terima kasih.
now they reply me. i don't know how to answer it. haha.
still using 1mbps for rm66 and get offer upgrade to 2mbps for rm100.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Tuan,
Terima kasih kerana menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Merujuk aduan dibawah, pihak kami mohon kerjasama tuan supaya memberikan maklumat di bawah dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk tindakan lanjut pihak kami:
1. Nama penuh pengadu:
2. No. Kad Pengenalan:
3. Alamat penuh:
4. Nombor laporan TM:
5. Nombor akaun TM:
6. Nombor telefon yang boleh dihubungi:
Sila hubungi kami sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini melalui emel atau ditalian aduan 1800 188 030 (Isnin-Jumaat 8.30am - 5.30pm).
Sekian, terima kasih.
Syahidatul Fitriah Ishak
Biro Aduan Pengguna
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
1mb@rm66, wat package?? i know package jimat 1mb@rm68, if upgrade to 2mb or above the price still remain below rm90..