Terima kasih kerana menghubungi TM.
Merujuk kepada e-mel bertarikh 31hb Januari 2017 berkenaan isu " free upgrade", kami ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.
Oleh yang demikian, untuk makluman tuan, pelanggan Unifi sahaja yang layak untuk mendapat "free upgrade". Walaubagaimanapun, tertakluk kepada kriteria berikut:
1. Pelanggan tidak diberi penaiktarafan secara percuma sebelum bajet 2017 diumumkan (antara Mei hingga September 2016)
2. Teknikal dan ketersediaan servis
3. Pelanggan di bawah "Unifi Smart Partnership"
4. Pelanggan "SMART Partnership"
Berkenaan isu tuan, sila maklum bahawa, pakej Streamyx tidak layak untuk menerima "free upgrade", tetapi pihak TM telah memberikan tawaran lain kepada pelanggan Streamyx bagi menghargai pelanggan kami.
Namun, hasil semakan kami dapati tuan telah melanggan pakej Streamyx Blockbuster Combo 4.0M, tetapi telah didaftarkan untuk
segmen bagi akaun syarikat. Oleh itu, sila maklum bahawa, "free upgrade" tidak ditawarkan kepada pelanggan bagi segmen akaun syarikat.
Kerjasama dan pemahaman daripada tuan amat kami hargai.
“Untuk pertanyaan atau maklum balas lanjut, berbuallah dengan kami di
https://mytm.tm.com.my bagi mendapatkan bantuan secara online dengan lebih pantas. Tuan juga boleh tweet kami di @TMConnects, berikan maklum balas di laman Facebook kami, Everyone Connects atau nikmati khidmat bantuan layan diri menerusi laman web TM Self Help di www.tm.com.my.�?
“Maklum balas tuan amat kami hargai. Kami berbesar hati jika tuan dapat meluangkan sedikit masa untuk menilai interaksi tuan dengan unit TM E-mail dalam menyelesaikan pertanyaan yang diajukan. Kaji selidik ini amat penting untuk kami meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami di masa akan datang. Sila klik pada pautan di bawah untuk mengakses kaji selidik tersebut. Terima kasih di atas kerjasama tuan.(Pautan akan tamat selepas tempoh 3 hari)�?
segmen bagi akaun syarikat.???
This post has been edited by AsuKi: Jan 31 2017, 12:19 PM