clearly, malaysia mmg kena amik coach luar.
National Team ▒▓▒▓▒▓ M A L ★ Y S I A ▓▒▓▒▓▒, #TAANAHTUMPAHNYADARAHKU
National Team ▒▓▒▓▒▓ M A L ★ Y S I A ▓▒▓▒▓▒, #TAANAHTUMPAHNYADARAHKU
|
|
Sep 22 2016, 11:28 AM
|
![]()
Newbie
2 posts Joined: Jul 2011 |
clearly, malaysia mmg kena amik coach luar.
|
|
|
|
|
|
Sep 22 2016, 12:07 PM
|
![]()
Newbie
1 posts Joined: Aug 2012 |
QUOTE(iconia17 @ Sep 22 2016, 11:30 AM) ... oks terbawa bawa dgn skuad 2012 olimpik qualifying ni. irfan kapten masa tu.Lg aku xle accept irfan fazail. Ok aritu nak test sbb die ade pengalaman main skuad national tp xnmpak ke mamat tu passenger dlm team and almost zero contribution. Umur 25 tp xleh make the cut to jdt main team nmpak sgt la ade poblem. mmg sedap dia masa ni tp mcm biasa la, pi jdt + injured, terus down. |
|
|
Sep 22 2016, 12:33 PM
|
![]()
Newbie
1 posts Joined: Aug 2012 |
QUOTE(stillriver80 @ Sep 21 2016, 04:57 PM) .. mcm kes dion cools la, mmg better dia main kat liga belgium tp persoalannya utk sarung jersi malaysia tu dia berminat ke tak.. FAM kena usaha lebih sket la utk tarik half blood yg beraksi dgn kelab2 besar ni main utk malaysia.. Players yg bnyk switch nationality lepas sarung team u-19,21 so far paling banyak dari Albania, Algeria, Bosnia, Pinoy, Kosovo, Morocco, Turkey & USA.Xavier Chen (Chinese Taipei national team) dulu kapten Belgium u-19. player2 yg switch bermain utk Albania, bosnia & morocco aku nmpk lebih ke arah bangga berdarah Albanians, Bosnians & Moroccans. |
|
|
Sep 22 2016, 02:16 PM
|
![]()
Newbie
1 posts Joined: Apr 2015 |
http://www.fourthofficial.com/2016/38686/e...an-citizenship/
darren lok akhirnya dpt kerakyatan... so, dia boleh terus bermain utk jdt2 untuk baki saingan liga ke atau kena tunggu pendaftaran pemain utk musim baru nanti? |
|
|
Sep 22 2016, 03:09 PM
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
1. PENILAIAN HAK PENYIARAN & KOMERSIAL: RM1.5 JUTA
Pada Januari 2015, FAM telah menandatangani perjanjian berkaitan hak penyiaran yang paling lumayan dalam sejarah mereka. Perjanjian tersebut menjamin pendapatan sebanyak RM70 juta setahun, berbanding RM30 juta yang dibayar penyiar sebelum ini, Astro. Perjanjian ini ditandatangani dengan MP & Silva. RM70 juta setahun. Wujudkah pasaran untuk hak penyiaran liga tempatan semahal RM70 juta di Malaysia? Ini satu persoalan yang layak bermain di fikiran para pendukung bolasepak tempatan. Pasaran untuk hak penyiaran di Malaysia hanya ada: tiga pelanggan. Tiga pelanggan berkenaan ialah Zenith-IMG Sports, TM-Media Prima dan Astro-Fox International. Media Prima dan Astro ialah dua stesen penyiar yang sudah lama bertapak di negara ini, selain RTM yang merupakan stesen penyiar kerajaan. Namun, tanpa sebarang tawaran yang bermakna daripada RTM, maka bolehlah dianggap bahawa kerajaan Malaysia pun tidak mampu untuk menjadi pelanggan hak penyiaran ini. Makanan ruji bagi Astro bukanlah hak penyiaran Liga M, tetapi hak penyiaran EPL. Ini kerana lebih daripada separuh pelanggannya yang berjumlah 4.2 juta, ialah pelanggan pakej sukan. Oleh sebab itulah Astro sanggup (atau terpaksa) melaburkan lebih daripada RM300 juta setahun (10 kali ganda daripada nilai yang sanggup dibayarnya untuk liga tempatan) bagi hak penyiaran liga bolasepak sebuah negara asing yang terletak 10,000 km jauhnya. Ini hanyalah bisnes. Pasaran untuk Liga M hanya terdiri daripada kaum Bumiputra, yang rata-ratanya pun Melayu. Pasaran ini dapat diterjemahkan kepada kurang 50.1% daripada populasi Malaysia. Manakala pasaran untuk EPL pula ialah semua kaum: Cina, India, bumiputra Kadazan, Iban, Orang Asli, termasuklah juga, kaum Melayu. Media Prima pula boleh sahaja hidup selama 4 tahun daripada 2011-2014 tanpa hak penyiaran Liga M, dengan berbekalkan diet ruji Buletin Utama dan drama Melayu pukul 7. Jadi, mengapa mereka perlu bergolok bergadai untuk menawarkan puluhan juta semata-mata untuk membeli hak penyiaran Liga M yang tidak diperlukannya ini? Apabila tidak diperlukan, maka pelanggannya juga tidak ramai. Sudahlah pelanggannya tidak ramai, malah mereka dilayan dengan buruk pula. Pada penghujung tahun 2014, Astro-Fox International, TM-Media Prima dan Zenith-IMG Sports telah menawarkan harga masing-masing untuk bertarung merebut tender hak penyiaran Liga M :- a. Astro-Fox menawarkan RM50 juta; b. TM-Media Prima menawarkan RM55 juta; dan c. Zenith-IMG Sports dengan tawaran tertinggi sebanyak RM75 juta. Siapakah yang menilai tender tersebut ? Pada 28 Oktober 2014, The Edge Financial Daily telah melaporkan bahawa para pegawai FAM tidak berpuas hati dengan perlantikan Hashim Natt untuk menilai tender berkenaan. Hashim telah dilantik oleh Timbalan Presiden FAM yang baru memenangi jawatan dalam Kongres FAM pada tahun yang sama, iaitu Datuk Mokhtar Ahmad. Malah, Hashim dikhabarkan memiliki hubungan persaudaraan dengan Mokhtar. Ini bagaimanapun telah dinafikan oleh Mokhtar. Tidak sampai sebulan kemudian, media melaporkan bahawa Kevin Ramalingam dan syarikatnya Red Card pula dilantik sebagai konsultan untuk penilaian tender. Apabila Mokhtar ditanya mengenai perlantikan Kevin, beliau menjawab “lebih baik soalan-soalan ini diajukan kepada tuan Presiden”. Mana pula para pegawai FAM yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Hashim Natt sebelum ini ? Semuanya diam. Siapakah yang memenangi tender hak penyiaran tersebut ? Pada Januari 2015, apabila pengumuman berkaitan hak penyiaran dibuat oleh FAM, Zenith-IMG Sports yang menawarkan jumlah tertinggi tidak diumumkan sebagai pemenang tender. Jadi, adakah TM-Media Prima pemenangnya ? Pun tidak. Begitu juga Astro-Fox Sports. Nampaknya, ketiga-tiga pihak seolah-olah telah dipermainkan dalam satu proses tender yang tiada pemenang. Berapakah harga yang dibayar oleh FAM untuk proses 'penilaian hak penyiaran & komersial' ini? Sila rujuk gambar 1: RM1.5 juta ! FAM kemudiannya memutuskan, ataupun mungkin konsultannya yang memutuskan, perlantikan MP & Silva sebagai ‘penasihat hak media’. Konsultan itu kemudiannya telah dilantik menjadi CEO syarikat usahasama FAM-MP & Silva, iaitu FMLLP. Nampaknya FAM telah melantik penasihat hak media, setelah melantik konsultan dan penasihat tender. FAM -> penasihat tender -> konsultan -> penasihat hak media. Apa maknanya semua ini? Ini maknanya FAM, dengan barisan Exco pemakai blazernya: tidak cukup bijak untuk membuat keputusan bagi masa hadapan bolasepak Malaysia. Mereka yang telah berhempas pulas untuk merebut jawatan di dalam Kongres FAM paling sengit dalam sejarah (sehingga jawatan Presiden dipertandingkan) sebelum penswastaan dilaksanakan, malangnya kini umpama boneka. Disailang oleh pihak yang lebih berkuasa. 2. 'TAJAAN' MEDIA PRIMA & RTM TAHUN 2015: RM12.7 JUTA MP & Silva yang dilantik sebagai ‘penasihat hak media’, telah menjanjikan RM1.26 bilion sepanjang tempoh 15 tahun kepada FAM. Big money. Pasukan-pasukan liga sudah mula mengimpikan jumlah geran tahunan yang lebih besar, sepertimana pendapatan hak penyiaran dibahagi-bahagikan kepada kelab EPL. Barisan Exco FAM pula mula menyaksikan sinar era baru kemakmuran bolasepak tempatan. Malangnya, MP & Silva bukanlah stesen penyiar. MP & Silva tiada wartawan, tiada pengulas perlawanan, tiada krew, tiada kamera: ia hanyalah ‘penasihat hak media’, bukannya pelanggan hak media. Siapakah pelanggan hak media? Pelanggan hak media masih tetap Media Prima, Astro, RTM: rangkaian stesen-stesen penyiar tempatan. Maka, MP & Silva yang bukan stesen penyiar kini terpaksa menjaja sekali lagi hak penyiaran kepada stesen-stesen penyiar tempatan yang telah dipermainkan dalam proses tender pertama sebelum ini. Bezanya, dalam proses tender terdahulu, Media Prima dan Astro masing-masing telah menawarkan jumlah sebanyak RM50-55 juta setahun. Kini setelah Media Prima dan Astro ‘dipermainkan’, mereka diharapkan untuk membayar harga yang lebih mahal: iaitu RM70 juta pula. Pada 2015, maka bermulalah musim kelam-kalibut bagi Liga M. Pasukan Liga Super yang menerima geran sebanyak RM350,000 sebelum ini, kini dilaporkan hanya bakal menerima bayaran di akhir musim. Jumlah bayaran? Berdasarkan merit. Berbeza daripada pembahagian hak penyiaran EPL, pasukan-pasukan Liga M sebagai pemegang taruh tidak akan menerima bahagian terbesar daripada pendapatan hak penyiaran. Sebaliknya, FAM yang akan menerima bahagian terbesar sebanyak 40%, kononnya sebagai “pemegang hak milik intelektual Liga-M”. Seolah-olah rakyat Malaysia mengikuti Liga M untuk menonton muka-muka Exco FAM, dan bukannya pasukan-pasukan yang bertanding. Era kemakmuran yang diharap-harapkan kini kelihatan lebih menyerupai era mimpi ngeri. Tanpa penyiar rasmi pada 2015, banyak perlawanan yang tidak dapat disiarkan. Agak aneh, walaupun tanpa penyiar rasmi pada tahun 2015, Media Prima dan RTM telah menyiarkan beberapa perlawanan di saluran masing-masing. Berapa harga yang telah dibayar oleh Media Prima dan RTM ? Sila rujuk gambar 2: 'tajaan' masing-masing sebanyak RM6.7 juta dan RM6 juta. Jumlahnya RM12.7 juta. Berapa banyak beza daripada RM70 juta ? Setelah setahun tanpa penyiar rasmi pada 2015, proses pencarian pelanggan hak media dijangkakan telah sempurna sebelum musim 2016 bermula. Jangkaan ini bagaimanapun meleset. Sebaliknya, tender dimulakan lewat & liga bermula pada bulan Februari. Musim Liga M 2016 terpaksa dianjakkan sehingga ke bulan Februari, ketika Media Prima akhirnya diumumkan sebagai pemegang hak penyiaran sehari sebelum liga bermula. Adakah kelewatan yang diakibatkan oleh tender kedua hak penyiaran ini ada disebut sebagai antara sebab mengapa jadual liga menjadi padat? Tidak. Walau apapun, tahun 2015 dalam ertikata penyiaran dan pendapatan kepada industri bolasepak tempatan, telah menjadi tahun yang ghaib. Siapa yang menyebabkan kerugian dalam proses decision-making hak penyiaran yang caca marba ini ? Penyokong ? ![]() ![]() #PENYATAFAM - Rimau XI - |
|
|
Sep 22 2016, 03:42 PM
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
448 posts Joined: Nov 2004 |
QUOTE(HangPC2 @ Sep 22 2016, 03:09 PM) 1. PENILAIAN HAK PENYIARAN & KOMERSIAL: RM1.5 JUTA Hahahaha akhirnya somebody faham apa point aku sblm ni.Pada Januari 2015, FAM telah menandatangani perjanjian berkaitan hak penyiaran yang paling lumayan dalam sejarah mereka. Perjanjian tersebut menjamin pendapatan sebanyak RM70 juta setahun, berbanding RM30 juta yang dibayar penyiar sebelum ini, Astro. Perjanjian ini ditandatangani dengan MP & Silva. RM70 juta setahun. Wujudkah pasaran untuk hak penyiaran liga tempatan semahal RM70 juta di Malaysia? Ini satu persoalan yang layak bermain di fikiran para pendukung bolasepak tempatan. Pasaran untuk hak penyiaran di Malaysia hanya ada: tiga pelanggan. Tiga pelanggan berkenaan ialah Zenith-IMG Sports, TM-Media Prima dan Astro-Fox International. Media Prima dan Astro ialah dua stesen penyiar yang sudah lama bertapak di negara ini, selain RTM yang merupakan stesen penyiar kerajaan. Namun, tanpa sebarang tawaran yang bermakna daripada RTM, maka bolehlah dianggap bahawa kerajaan Malaysia pun tidak mampu untuk menjadi pelanggan hak penyiaran ini. Makanan ruji bagi Astro bukanlah hak penyiaran Liga M, tetapi hak penyiaran EPL. Ini kerana lebih daripada separuh pelanggannya yang berjumlah 4.2 juta, ialah pelanggan pakej sukan. Oleh sebab itulah Astro sanggup (atau terpaksa) melaburkan lebih daripada RM300 juta setahun (10 kali ganda daripada nilai yang sanggup dibayarnya untuk liga tempatan) bagi hak penyiaran liga bolasepak sebuah negara asing yang terletak 10,000 km jauhnya. Ini hanyalah bisnes. Pasaran untuk Liga M hanya terdiri daripada kaum Bumiputra, yang rata-ratanya pun Melayu. Pasaran ini dapat diterjemahkan kepada kurang 50.1% daripada populasi Malaysia. Manakala pasaran untuk EPL pula ialah semua kaum: Cina, India, bumiputra Kadazan, Iban, Orang Asli, termasuklah juga, kaum Melayu. Media Prima pula boleh sahaja hidup selama 4 tahun daripada 2011-2014 tanpa hak penyiaran Liga M, dengan berbekalkan diet ruji Buletin Utama dan drama Melayu pukul 7. Jadi, mengapa mereka perlu bergolok bergadai untuk menawarkan puluhan juta semata-mata untuk membeli hak penyiaran Liga M yang tidak diperlukannya ini? Apabila tidak diperlukan, maka pelanggannya juga tidak ramai. Sudahlah pelanggannya tidak ramai, malah mereka dilayan dengan buruk pula. Pada penghujung tahun 2014, Astro-Fox International, TM-Media Prima dan Zenith-IMG Sports telah menawarkan harga masing-masing untuk bertarung merebut tender hak penyiaran Liga M :- a. Astro-Fox menawarkan RM50 juta; b. TM-Media Prima menawarkan RM55 juta; dan c. Zenith-IMG Sports dengan tawaran tertinggi sebanyak RM75 juta. Siapakah yang menilai tender tersebut ? Pada 28 Oktober 2014, The Edge Financial Daily telah melaporkan bahawa para pegawai FAM tidak berpuas hati dengan perlantikan Hashim Natt untuk menilai tender berkenaan. Hashim telah dilantik oleh Timbalan Presiden FAM yang baru memenangi jawatan dalam Kongres FAM pada tahun yang sama, iaitu Datuk Mokhtar Ahmad. Malah, Hashim dikhabarkan memiliki hubungan persaudaraan dengan Mokhtar. Ini bagaimanapun telah dinafikan oleh Mokhtar. Tidak sampai sebulan kemudian, media melaporkan bahawa Kevin Ramalingam dan syarikatnya Red Card pula dilantik sebagai konsultan untuk penilaian tender. Apabila Mokhtar ditanya mengenai perlantikan Kevin, beliau menjawab “lebih baik soalan-soalan ini diajukan kepada tuan Presiden”. Mana pula para pegawai FAM yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Hashim Natt sebelum ini ? Semuanya diam. Siapakah yang memenangi tender hak penyiaran tersebut ? Pada Januari 2015, apabila pengumuman berkaitan hak penyiaran dibuat oleh FAM, Zenith-IMG Sports yang menawarkan jumlah tertinggi tidak diumumkan sebagai pemenang tender. Jadi, adakah TM-Media Prima pemenangnya ? Pun tidak. Begitu juga Astro-Fox Sports. Nampaknya, ketiga-tiga pihak seolah-olah telah dipermainkan dalam satu proses tender yang tiada pemenang. Berapakah harga yang dibayar oleh FAM untuk proses 'penilaian hak penyiaran & komersial' ini? Sila rujuk gambar 1: RM1.5 juta ! FAM kemudiannya memutuskan, ataupun mungkin konsultannya yang memutuskan, perlantikan MP & Silva sebagai ‘penasihat hak media’. Konsultan itu kemudiannya telah dilantik menjadi CEO syarikat usahasama FAM-MP & Silva, iaitu FMLLP. Nampaknya FAM telah melantik penasihat hak media, setelah melantik konsultan dan penasihat tender. FAM -> penasihat tender -> konsultan -> penasihat hak media. Apa maknanya semua ini? Ini maknanya FAM, dengan barisan Exco pemakai blazernya: tidak cukup bijak untuk membuat keputusan bagi masa hadapan bolasepak Malaysia. Mereka yang telah berhempas pulas untuk merebut jawatan di dalam Kongres FAM paling sengit dalam sejarah (sehingga jawatan Presiden dipertandingkan) sebelum penswastaan dilaksanakan, malangnya kini umpama boneka. Disailang oleh pihak yang lebih berkuasa. 2. 'TAJAAN' MEDIA PRIMA & RTM TAHUN 2015: RM12.7 JUTA MP & Silva yang dilantik sebagai ‘penasihat hak media’, telah menjanjikan RM1.26 bilion sepanjang tempoh 15 tahun kepada FAM. Big money. Pasukan-pasukan liga sudah mula mengimpikan jumlah geran tahunan yang lebih besar, sepertimana pendapatan hak penyiaran dibahagi-bahagikan kepada kelab EPL. Barisan Exco FAM pula mula menyaksikan sinar era baru kemakmuran bolasepak tempatan. Malangnya, MP & Silva bukanlah stesen penyiar. MP & Silva tiada wartawan, tiada pengulas perlawanan, tiada krew, tiada kamera: ia hanyalah ‘penasihat hak media’, bukannya pelanggan hak media. Siapakah pelanggan hak media? Pelanggan hak media masih tetap Media Prima, Astro, RTM: rangkaian stesen-stesen penyiar tempatan. Maka, MP & Silva yang bukan stesen penyiar kini terpaksa menjaja sekali lagi hak penyiaran kepada stesen-stesen penyiar tempatan yang telah dipermainkan dalam proses tender pertama sebelum ini. Bezanya, dalam proses tender terdahulu, Media Prima dan Astro masing-masing telah menawarkan jumlah sebanyak RM50-55 juta setahun. Kini setelah Media Prima dan Astro ‘dipermainkan’, mereka diharapkan untuk membayar harga yang lebih mahal: iaitu RM70 juta pula. Pada 2015, maka bermulalah musim kelam-kalibut bagi Liga M. Pasukan Liga Super yang menerima geran sebanyak RM350,000 sebelum ini, kini dilaporkan hanya bakal menerima bayaran di akhir musim. Jumlah bayaran? Berdasarkan merit. Berbeza daripada pembahagian hak penyiaran EPL, pasukan-pasukan Liga M sebagai pemegang taruh tidak akan menerima bahagian terbesar daripada pendapatan hak penyiaran. Sebaliknya, FAM yang akan menerima bahagian terbesar sebanyak 40%, kononnya sebagai “pemegang hak milik intelektual Liga-M”. Seolah-olah rakyat Malaysia mengikuti Liga M untuk menonton muka-muka Exco FAM, dan bukannya pasukan-pasukan yang bertanding. Era kemakmuran yang diharap-harapkan kini kelihatan lebih menyerupai era mimpi ngeri. Tanpa penyiar rasmi pada 2015, banyak perlawanan yang tidak dapat disiarkan. Agak aneh, walaupun tanpa penyiar rasmi pada tahun 2015, Media Prima dan RTM telah menyiarkan beberapa perlawanan di saluran masing-masing. Berapa harga yang telah dibayar oleh Media Prima dan RTM ? Sila rujuk gambar 2: 'tajaan' masing-masing sebanyak RM6.7 juta dan RM6 juta. Jumlahnya RM12.7 juta. Berapa banyak beza daripada RM70 juta ? Setelah setahun tanpa penyiar rasmi pada 2015, proses pencarian pelanggan hak media dijangkakan telah sempurna sebelum musim 2016 bermula. Jangkaan ini bagaimanapun meleset. Sebaliknya, tender dimulakan lewat & liga bermula pada bulan Februari. Musim Liga M 2016 terpaksa dianjakkan sehingga ke bulan Februari, ketika Media Prima akhirnya diumumkan sebagai pemegang hak penyiaran sehari sebelum liga bermula. Adakah kelewatan yang diakibatkan oleh tender kedua hak penyiaran ini ada disebut sebagai antara sebab mengapa jadual liga menjadi padat? Tidak. Walau apapun, tahun 2015 dalam ertikata penyiaran dan pendapatan kepada industri bolasepak tempatan, telah menjadi tahun yang ghaib. Siapa yang menyebabkan kerugian dalam proses decision-making hak penyiaran yang caca marba ini ? Penyokong ? ![]() ![]() #PENYATAFAM - Rimau XI - Wujud ke org nak beli content smp 70 juta ni? Dah la kena bayar kat third party. Dats y i aku x terkejut liga super 2 tahun xde title sponsor. It is a common sense..utk title sponsor...it is not 5-10mils definitely. Persoalannya...sapa nak bayar 70 juta? Market yg paling dekat ada astro tm media prima konsortium & zenith. Tapi 2-2 last2 xdpt hahahahaha. (.ada big rumours zenith siap sponsor tiket world cup utk org fam huhuhu) Shady gila duit dapat 1 mils je. Itu pn bagi lambat. Duit sapa tah ni? Haha |
|
|
|
|
|
Sep 22 2016, 04:19 PM
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
408 posts Joined: Nov 2006 From: LANGKASUKA مليسيا |
QUOTE(syazwan @ Sep 22 2016, 03:42 PM) Hahahaha akhirnya somebody faham apa point aku sblm ni. itu sebab FAM bikin merchandise siap tukar logo lagi sebab ini lah...Wujud ke org nak beli content smp 70 juta ni? Dah la kena bayar kat third party. Dats y i aku x terkejut liga super 2 tahun xde title sponsor. It is a common sense..utk title sponsor...it is not 5-10mils definitely. Persoalannya...sapa nak bayar 70 juta? Market yg paling dekat ada astro tm media prima konsortium & zenith. Tapi 2-2 last2 xdpt hahahahaha. (.ada big rumours zenith siap sponsor tiket world cup utk org fam huhuhu) Shady gila duit dapat 1 mils je. Itu pn bagi lambat. Duit sapa tah ni? Haha |
|
|
Sep 22 2016, 04:52 PM
|
![]()
Newbie
1 posts Joined: Apr 2015 |
QUOTE(syazwan @ Sep 22 2016, 03:42 PM) Hahahaha akhirnya somebody faham apa point aku sblm ni. FAMB mmg menjahanamkan bolasepak malaysia....Wujud ke org nak beli content smp 70 juta ni? Dah la kena bayar kat third party. Dats y i aku x terkejut liga super 2 tahun xde title sponsor. It is a common sense..utk title sponsor...it is not 5-10mils definitely. Persoalannya...sapa nak bayar 70 juta? Market yg paling dekat ada astro tm media prima konsortium & zenith. Tapi 2-2 last2 xdpt hahahahaha. (.ada big rumours zenith siap sponsor tiket world cup utk org fam huhuhu) Shady gila duit dapat 1 mils je. Itu pn bagi lambat. Duit sapa tah ni? Haha |
|
|
Sep 22 2016, 10:44 PM
|
![]() ![]()
Junior Member
82 posts Joined: Nov 2009 |
Tak terkejut pun
Memang exco2 FAM terdiri dari manusia2 yang bangang |
|
|
Sep 23 2016, 12:15 AM
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
1,180 posts Joined: Jun 2010 From: Chickentown |
memang diketahui bangang, tapi the hopelessness feeling yang puak2 tu dibiarkan berkuasa - itu yang buat sakit hati.
|
|
|
Sep 23 2016, 10:26 AM
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
706 posts Joined: Dec 2007 |
QUOTE(HangPC2 @ Sep 22 2016, 03:09 PM) a. Astro-Fox menawarkan RM50 juta; Kalau I Astro mesti marah. b. TM-Media Prima menawarkan RM55 juta; dan c. Zenith-IMG Sports dengan tawaran tertinggi sebanyak RM75 juta. I develop the product for FAM from zero & increase my offer to 50 million. But FAM ungrateful stab Astro in the back to greedy chase another 20 million then end up with nothing. |
|
|
Sep 23 2016, 10:34 AM
|
![]() ![]()
Junior Member
244 posts Joined: Jun 2006 From: Subang Bangi |
Sedih gila tengok bola Malaysia ni. Kelabu mata terus.
|
|
|
Sep 23 2016, 08:07 PM
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
448 posts Joined: Nov 2004 |
Test2..skuad teong kim asik kena lauk je kt korea ni. Kasi up lg pressure...heheehhe
|
|
|
|
|
|
Sep 23 2016, 10:19 PM
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
448 posts Joined: Nov 2004 |
QUOTE(berzerk @ Sep 23 2016, 10:26 AM) Kalau I Astro mesti marah. That is why astro doesnt wants to play that stupid game along. Dah la kena game..nak suruh bid lg skali.I develop the product for FAM from zero & increase my offer to 50 million. But FAM ungrateful stab Astro in the back to greedy chase another 20 million then end up with nothing. As said before..astro tak memerlukan liga M pun. Dorg lebih perlukan epl And arena channel just got very very big boosts during recent olympics. All the sidelines interview..exclusive lps habit match talk... ala bbc channel style...ko tgu lah lps ni..sukan sea next year. Mana ada arena mampus. Siap dah maintain HD Channel lg. And if u look carefully...the so called tv sponsorship is only 12mils+ They paid consultant 1.5mils and only get 12mils from tv? This post has been edited by syazwan: Sep 23 2016, 10:29 PM |
|
|
Sep 24 2016, 12:50 AM
Show posts by this member only | IPv6 | Post
#515
|
![]()
Junior Member
8 posts Joined: Nov 2012 |
The problem is not with the planning. Tp execution.
Fam,mp silva, fmlpp, media prima, semua bad integration and cannot come with one solution to promote the league. There was a report couple of weeks showing that the tv reach for msl actually become larger due to free tv tp xde org come out dgn proper promotion package forwarded to possible sponsor. Last2 muka vida je flash out stiap kali match. I reckon mp silva would be booted out because i dont see them improving things on the corporate side. Fmlpp should be retained tp everyone kena admit failure at this stage. But no. Astro is not a solution. Collaboration package is. Going back to single source contract would be counter productive. |
|
|
Sep 24 2016, 07:50 AM
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
448 posts Joined: Nov 2004 |
QUOTE(iconia17 @ Sep 24 2016, 12:50 AM) But no. Astro is not a solution. Collaboration package is. Going back to single source contract would be counter productive. There was a last minit bid TM -Media Prima- Astro joint consortium. All win win solution. Tp FAM lg berminat nak sakau extra 10-20mils |
|
|
Sep 24 2016, 09:35 AM
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
1,555 posts Joined: Aug 2005 From: Oslo, Norway |
|
|
|
Sep 24 2016, 02:52 PM
|
![]()
Junior Member
8 posts Joined: Nov 2012 |
QUOTE(syazwan @ Sep 24 2016, 07:50 AM) Let me repeat myself Of course ppl will go with what perceived as the best deal. Plus mp silva looks experienced. 10-20 mil sgt bnyk. There was a last minit bid TM -Media Prima- Astro joint consortium. All win win solution. Tp FAM lg berminat nak sakau extra 10-20mils Again problem execution. Leader mcm bangang buat keje x meet kpi. |
|
|
Sep 24 2016, 09:38 PM
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
448 posts Joined: Nov 2004 |
QUOTE(iconia17 @ Sep 24 2016, 02:52 PM) Of course ppl will go with what perceived as the best deal. Plus mp silva looks experienced. 10-20 mil sgt bnyk. Mind to elaborate why tm astro mediaprima consortium it is not the best compared to d rest? Of course it will solve so many things by now..atleast.Again problem execution. Leader mcm bangang buat keje x meet kpi. 1. Title sponsors 2. Broadcasting issues 3. Great prospects for potential sponsors for clubs. 4. Better matchday experience. 5. Competitive competition for all related tv channels..masing2 nak produce the best content. 6. Not Having to sell back the league again. The 'experienced ' mp silva pun open tender broadcaster bln december 2015. Menang bid setahun lps 2014. Tu yg announce winner sehari sebelum liga start. Takkan nak bg first year syndrome lg. 10-20mils is a lot...but did u forget the previous evaluation of astro to sponsor m league was 20-30mils to begin with. The consortiums or even zenith, fox etc bid to 50mils-60m already.Tak cukup byk? That is insane number already. Current league is worth by 70 mils? Seriously. Tak lebih 30mils pn for me (of coz this is subjective) Im very concerned more on the shady business..fmllp pakai kroni..duit masuk lmbt..(kata guarantee 70mils..) 1.5mils for nothing and etc. Not just knp astro tm x menang. Lel Syukur atleast media prima dah solve satu isu atleast until next 2 years This post has been edited by syazwan: Sep 24 2016, 11:00 PM |
|
|
Sep 24 2016, 10:42 PM
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
448 posts Joined: Nov 2004 |
Bye2 ganu?
Weird felda macam kelong gila in recent matches je 3-3 dgm sarawak Official attendance ganu game 76' Pengumuman rasmi jumlah penonton malam ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah seramai 768 orang #TerKed 0-2 Lol seriously wtf This post has been edited by syazwan: Sep 24 2016, 11:03 PM |
|
Topic ClosedOptions
|
| Change to: | 0.0413sec
1.10
6 queries
GZIP Disabled
Time is now: 20th December 2025 - 07:55 PM |