Outline ·
[ Standard ] ·
Linear+
National Team ▒▓▒▓▒▓ M A L ★ Y S I A ▓▒▓▒▓▒, #TAANAHTUMPAHNYADARAHKU
|
juragan_19
|
Mar 29 2017, 12:43 PM
|
New Member
|
saudi sejak bawah bert van maajwick ni improve abis.
btul ke kena ada coach luar baru main sedap?
siam pn game smlm balance posession dgn jepun tp kena 4 bijik. gameplay tak blh open sgt bila lawan team yg almost perfect mcm jepun
|
|
|
|
|
|
juragan_19
|
Mar 29 2017, 12:47 PM
|
New Member
|
QUOTE(iconia17 @ Mar 29 2017, 01:15 PM) Aku rase some team dah naikkan smpai rm15. Fair enuf la kot sbb tiket wayang pn kdg almost 15 inggit skarang. last aku pi stadium tiket masa tu rm12. skrg mostly mmg dh naik rm15 ehh? hmm harap game pn improve la klu rm15
|
|
|
|
|
|
stillriver80
|
Mar 29 2017, 12:57 PM
|
New Member
|
QUOTE(exkaizen @ Mar 29 2017, 11:52 AM) ukur baju pada diri sendiri la... hahaha... btw dr awal kita dah nampak gaji melambung untuk killing competition... tp ada yang tak sedar... mmg utk killing competition.. liga kita ni kira nak jadi mcm liga spain la.. 2 team dominate liga, barca & real.. sbb kuasa beli yg tinggi dan mudah dapatkan pemain2 muda berbakat.. kat sini JDT la.. sebelum ni rasanya liga kita takde la didominasi sgt oleh satu2 pasukan je.. aku harap at least dlm masa terdekat ni muncul pasukan yg bole bersaing kuat dgn pasukan selatan ni dlm jangkamasa panjang.. bukan hanya kat padang tapi dalam semua aspek.. lg satu.. dgn kemenangan tmj ni nmpknya cadangan utk menetapkan gaji siling pemain hanya akan tinggal cadangan...
|
|
|
|
|
|
stillriver80
|
Mar 29 2017, 12:59 PM
|
New Member
|
QUOTE(juragan_19 @ Mar 29 2017, 12:43 PM) saudi sejak bawah bert van maajwick ni improve abis. btul ke kena ada coach luar baru main sedap? siam pn game smlm balance posession dgn jepun tp kena 4 bijik. gameplay tak blh open sgt bila lawan team yg almost perfect mcm jepun kita perlu pasukan kuat mcm australia bermain dalam pertandingan serantau.. tak kira la apa jugak pertandingan, AFF ke, asean under age tourney ke.. sbb bila slalu sparring dgn lawan yg kuat ni kita boleh improve dari segi mentaliti..
|
|
|
|
|
|
G3-X
|
Mar 29 2017, 02:15 PM
|
|
akhirnya FB dan Twitter FAM akan sentiasa diupdate oleh JST
|
|
|
|
|
|
G3-X
|
Mar 29 2017, 02:17 PM
|
|
QUOTE(iconia17 @ Mar 29 2017, 12:15 PM) Aku rase some team dah naikkan smpai rm15. Fair enuf la kot sbb tiket wayang pn kdg almost 15 inggit skarang. Tiket Wayang sekarang RM 20.00
|
|
|
|
|
|
gry
|
Mar 29 2017, 04:47 PM
|
|
QUOTE(iconia17 @ Mar 29 2017, 12:15 PM) Aku rase some team dah naikkan smpai rm15. Fair enuf la kot sbb tiket wayang pn kdg almost 15 inggit skarang. Hehe kota bharu open rm16, astaka 48-68
|
|
|
|
|
|
syazwan
|
Mar 29 2017, 06:04 PM
|
|
Yg aku perasan tiket naik lps gopal masok semi dgn final aff..jilaker...aftereffect dia tiket final standard 50 ler kekekekke
|
|
|
|
|
|
juragan_19
|
Mar 29 2017, 07:10 PM
|
New Member
|
QUOTE(gry @ Mar 29 2017, 05:47 PM) Hehe kota bharu open rm16, astaka 48-68 terbuka pun 16 ? aku rasa dh mahal tu. aku harap paling tidak pun stadium sultan mohd ke4, darul makmur buat la seat mcmni. ni stadium manahan solo taksalah aku. seat nampak kemas. takyah berebut tempat dh
|
|
|
|
|
|
syazwan
|
Mar 29 2017, 10:34 PM
|
|
Pkns hampir dapat afc licensing jgk
|
|
|
|
|
|
G3-X
|
Mar 30 2017, 10:19 AM
|
|
Lokasi Stadium baru PKNS strategik juga
|
|
|
|
|
|
tensai_kamen
|
Mar 30 2017, 11:30 AM
|
New Member
|
Dah confirm kat mana lokasi stadium PKNS ?
|
|
|
|
|
|
juragan_19
|
Mar 30 2017, 12:40 PM
|
New Member
|
5 teams dari (Liga Super & Premier) dilaporkan x bayar hutang players dlm 5 juta ringgit.
Fuhhhhh RIP la teams2 ni
|
|
|
|
|
|
sam.hajime
|
Mar 30 2017, 01:11 PM
|
Getting Started

|
Mengapa Tidak Memilih Beraksi Untuk Liga Malaysia?
“Tidak, saya melihat pertandingan bola sepak di Indonesia lebih menarik,” katanya.
“Saya tahu kalau Persib mempunyai ramai fans fanatik. Ini membuatkan saya bersemangat ingin bermain di kelab ini. Bermain di hadapan puluhan ribu fans merupakan sesuatu yang membanggakan bagi seorang pemain bola sepak , tak terkecuali saya,” ujar Cole.
“Saya sudah biasa makan masakan ala Malaysia yang hampir mirip rasanya dengan Indonesia. Soal gaya bermain sepak bola Indonesia, saya yakin juga mampu beradaptasi dengan cepat.”
|
|
|
|
|
|
stillriver80
|
Mar 30 2017, 05:54 PM
|
New Member
|
QUOTE(sam.hajime @ Mar 30 2017, 01:11 PM) Mengapa Tidak Memilih Beraksi Untuk Liga Malaysia? “Tidak, saya melihat pertandingan bola sepak di Indonesia lebih menarik,” katanya. “Saya tahu kalau Persib mempunyai ramai fans fanatik. Ini membuatkan saya bersemangat ingin bermain di kelab ini. Bermain di hadapan puluhan ribu fans merupakan sesuatu yang membanggakan bagi seorang pemain bola sepak , tak terkecuali saya,” ujar Cole. “Saya sudah biasa makan masakan ala Malaysia yang hampir mirip rasanya dengan Indonesia. Soal gaya bermain sepak bola Indonesia, saya yakin juga mampu beradaptasi dengan cepat.” siapa ni bro?
|
|
|
|
|
|
toshio14
|
Mar 30 2017, 07:17 PM
|
|
QUOTE(stillriver80 @ Mar 30 2017, 05:54 PM) Carlton Cole bang, budak Chelsea dulu kalau tak salah
|
|
|
|
|
|
shafique2511
|
Mar 30 2017, 07:57 PM
|
New Member
|
QUOTE(syazwan @ Mar 29 2017, 06:04 PM) Yg aku perasan tiket naik lps gopal masok semi dgn final aff..jilaker...aftereffect dia tiket final standard 50 ler kekekekke Hahahaha aku igt benda nie bro..Time negeri sembilan 2 kali berturut masuk final Piala Malaysia..tahun pertama masa 2011or 2012 ticket final rm30 xsalah aku .Then tahun depan nyer plak trus rm50..UN9 siap boikot la time tu xnk beli ticket..Masuk time halftime..
|
|
|
|
|
|
syazwan
|
Mar 31 2017, 12:52 AM
|
|
Rizal Hashim dtg lg...apamachiiemmm
APAKAH beza kes pemacu simpanan dengan surat terbuka?
Masih ingat lagi dengan kes dakwaan korupsi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kononnya terkandung dalam pemacu pena yang didedahkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim?
Urutan peristiwanya begini.
Pada 18 Julai 2016, Tunku Ismail mendakwa menerima pemacu pena yang mengandungi bukti salah laku dalam FAM, termasuk ketirisan dalam penjualan tiket. Dakwaan ini menjadi tular selepas laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers mendedahkannya.
Pada 26 Ogos, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), menyerahkan pemacu pena itu kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Khairy kemudian mendedahkan dalam pemacu pena itu ada 279 halaman berhubung pelbagai maklumat mengenai FAM, lalu menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 September.
Sehari sebelum itu, FAM mengeluarkan kenyataan mahu menyiasat siapa dalang yang membocorkan maklumat-maklumat teknikal kepada TMJ.
Akhirnya, pada 5 September, drama pemacu pena selesai apabila SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti rasuah daripada maklumat berkenaan.
Surat terbuka pula baru-baru ini dikarang oleh bekas Ketua Jabatan Pemasaran FAM, Sayf Ismail.
Beliau dipetik sebagai mendakwa bahawa rasuah berleluasa dalam FAM, termasuk salah guna kuasa dalam pemberian kontrak dan perbelanjaan yang melampau serta tidak wajar.
Malangnya, luahan Sayf disambut dengan nada sinis.
Keikhlasannya dipertikaikan manakala Tan Sri Aseh Che Mat dan Datuk Wira Yusoff Mahadi menasihati Sayf supaya mengikut saluran yang betul.
Kenapa pula ketika TMJ sebagai orang luar FAM bersuara dahulu, Aseh dan Yusoff tidak mempertahankan badan induk itu?
Sedangkan Aseh adalah pengerusi Jawatankuasa Integriti manakala Yusoff ahli jawatankuasa eksekutif FAM waktu itu?
Perbezaannya cukup jelas. Dwistandard diamalkan.
Sayf yang bertugas dalam FAM untuk tempoh hampir tiga tahun dianggap tidak ikhlas dan ada agenda tertentu.
Dalam tuduhan membabitkan rasuah atau salah laku, tidak wajar dwistandard diamalkan.
Aseh dan Yusoff boleh bila-bila masa saja memberi tekanan kepada barisan kepimpinan FAM baharu untuk membuat satu audit bebas terhadap FAM dan menyiasat dakwaan ini.
Lagipun, ia menepati kenyataan TMJ bahawa beliau mahu membersihkan rumah sejurus disahkan selaku Presiden FAM.
Ini juga menepati gesaan TMJ agar FAM kena bijak mengurus persepsi.
Sayf sebenarnya menggunakan saluran media sosial dan kemudian dipetik oleh portal berita disebabkan sebagai bekas staf FAM, kedudukannya agak unik.
Lagipun, bukankah ini trendnya hari ini, apabila maklumat dikemas kini menerusi media sosial, sebagaimana TMJ menggunakan Facebook Johor Southern Tigers untuk mengkritik FAM dan melontar pelbagai dakwaan?
Bagi rakyat marhaen, saluran betul kadang-kadang sukar ditembusi.
Begitu juga dengan wartawan. Berkajang-kajang ditulis tetapi tiada reaksi positif dalam kalangan pembuat dasar, bahkan lazimnya pemegang jawatan mana-mana organisasi akan menyapu dakwaan-dakwaan ini di bawah permaidani cantik mahupun usang.
Wahai FAM, panggilah Sayf.
Jika dakwaan itu benar, SPRM boleh buka kertas siasatan. Jika tidak, nama FAM dibersihkan dan niat sebenar Sayf akan terbongkar jua.
Sayf warga Malaysia dan ada akses kepada maklumat sensitif. Wartawan pun rakyat Malaysia tetapi terikat dengan undang-undang dan etika.
Benarkah bola sepak milik rakyat?
|
|
|
|
|
|
skylinelover
|
Mar 31 2017, 07:52 AM
|
|
QUOTE(G3-X @ Mar 29 2017, 02:15 PM) akhirnya FB dan Twitter FAM akan sentiasa diupdate oleh JST Dan akhirnya saya dpt tujuan ikut FAM page hahahaha
|
|
|
|
|
|
skylinelover
|
Mar 31 2017, 07:57 AM
|
|
QUOTE(sam.hajime @ Mar 30 2017, 01:11 PM) Mengapa Tidak Memilih Beraksi Untuk Liga Malaysia? “Tidak, saya melihat pertandingan bola sepak di Indonesia lebih menarik,” katanya. “Saya tahu kalau Persib mempunyai ramai fans fanatik. Ini membuatkan saya bersemangat ingin bermain di kelab ini. Bermain di hadapan puluhan ribu fans merupakan sesuatu yang membanggakan bagi seorang pemain bola sepak , tak terkecuali saya,” ujar Cole. “Saya sudah biasa makan masakan ala Malaysia yang hampir mirip rasanya dengan Indonesia. Soal gaya bermain sepak bola Indonesia, saya yakin juga mampu beradaptasi dengan cepat.” Kalau hentikan liga hari rabu mungkin lebih banyak ultras akan sokong team masing masing di hari liga
|
|
|
|
|