Ok sengaja aku post macam tu sebab nak genapkan post dan masuk page baru.
Baru selesai pc dengan Datuk Seri Aizzudin. Antara point menarik:
Presiden AFF dari Malaysia. Dapat support dari semua orang besar di Asean. Kalau kita tarik diri, akan lose the respect from them. Sponsor pun akan tarik diri in the future.
High risk of getting banned from FIFA. Siapa yang support Malaysia kena banned tu boleh join the wagon dan tepuk tangan Jumaat ni.
Dan macam yang kita tahu, kena banned dengan FIFA bermaksud team Malaysia tak boleh join any tournament including club level. Goodbye JDT. Boleh concentrate pada Piala Malaysia lepas ni.
SEA Games 2017 adalah kerja paling besar buat KJ setakat ni. Kalau kena banned, Malaysia tak boleh join event bola sepak SEA Games. Ibu segala pingat woi. Apa guna menang banyak emas tapi tak menang emas bola sepak? KJ boleh terima ke? Hehe
Itu je la point penting berserta dengan komen aku sendiri. Kita tunggu keputusan esok.