
GOBEK API - SATU CIPTAAN MELAYU UNTUK DUNIA
Gobek api ialah sejenis alat yg digunakan utk menyalakan api. Ia diperbuat daripada kayu atau tanduk dan ada yg dihias dgn perak dan emas.
Fungsinya sama dgn lighter hari ini. Gobek api dicipta dan digunakan di nusantara sejak abad ke 17.
Ia berdasarkan prinsip pemampatan (combustion). Udara yg dimampatkan melalui tekanan omboh (piston) menghasilkan kepanasan sehingga 800°F.
Justeru ia boleh membakar cebisan kapas, kekabu atau habuk dari daun enau atau dedalu yg mudah terbakar yg diletakkan di hujung omboh.
Ertinya saintis Melayu dulu dah faham ilmu kimia, fizik dan biologi utk menghasilkan alat kecil yg merupakan inovasi Melayu ini.
Malah seorang saintis Jerman (maaf saya tak ingat namanya) dalam artikel beliau menyatakan kekaguman terhadap ciptaan Melayu ini dan menganggap gobek api inilah yg mencetuskan idea utk Jerman menghasilkan sistem enjin diesel (boleh Google dan baca sendiri).
Apa pun kedatangan explorer Eropah ke Nusantara pada abad ke 18 menyebabkan mereka terlihat gobek api ini lalu dibawa pulang dan dikaji.
Akhirnya pada lewat abad ke 18 saintis Perancis dan Britain mendaftar paten utk alat ini. Awal abad ke 20 pula seorang pereka Amerika Syarikat mendaftar paten di USA di bawah nama fire piston.
Lihatlah betapa mereka menciplak ciptaan nenek moyang kita, memanggilnya dgn nama primitive technology dan kemudian mengaku yg ia hasil ciptaan mereka.
Di mana prinsip intellectual property yg mereka agungkan?
Apapun sedarlah saudara/ri bahawa org Melayu telah mencipta teknologi ini 200 tahun sebelum Barat mampu mencipta alat menghidupkan api. Pada 1805 barulah Jean Chancel mencipta macis di Paris. Pada 1910 barulah Ronson mencipta lighter diikuti Zippo 1932.
Jadi sedarlah wahai org Melayu bahawa anda sebenarnya bangsa yg cerdik dan pernah memberi sumbangan besar kepada tamadun dunia.
rujuk juga :
https://en.wikipedia.org/wiki/Fire_piston
https://www.youtube.com/watch?v=qvZzTWej764
Jul 22 2016, 07:14 PM, updated 10y ago
Quote

0.0402sec
0.76
6 queries
GZIP Disabled