Bagus lah kalau kamu dah insaf, beta pun loya fikir bagaimana rupa pondan 50 tahun yang masih aktif dipersada pelacuran.
Alor Setar: Setiap kali mendengar zikir taubat di telefon bimbit, hatinya tersentuh dan mengalir air mata keinsafan mengenang kehidupan lampaunya bergelumang dengan dosa sebagai mak nyah.
Malah, selama 28 tahun berperwatakan wanita, Suhaimi, 50, dari Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar, di sini, seperti hilang arah dan tenggelam dalam kemaksiatan.
Dia yang menggunakan gelaran Mellisa ketika itu juga hanyut dalam kehidupan itu selepas tertarik dengan kesenangan dan kemewahan akibat menjalankan perkhidmatan songsang kepada lelaki yang ingin mendapat belaian mak nyah.
Bagaimanapun hidayah muncul ketika Ramadan tahun lalu apabila dia terdetik untuk menunaikan solat Tarawih yang tidak pernah dilakukannya sepanjang bergelar mak nyah.
Keinsafan timbul selepas mendengar bacaan ayat suci al-Quran ketika solat Tarawih menyebabkan dia akhirnya nekad untuk berubah menjadi lelaki semula.
http://ow.ly/KAnI301VdQ2
Mak nyah insaf
Jul 5 2016, 01:53 PM, updated 10y ago
Quote
0.0167sec
0.65
5 queries
GZIP Disabled