
KPDNKK akan mengadakan perbincangan semula dengan BNM menyelesaikan isu tanda harga membabitkan nilai satu sen dan bundar kepada sen terdekat.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan perbincangan semula dengan Bank Negara Malaysia (BNM) menyelesaikan isu tanda harga membabitkan nilai satu sen dan bundar kepada sen terdekat berikutan syiling 1 sen sudah tiada dalam pasaran.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, disebabkan banyak isu tanda harga itu timbul, beliau mengarahkan pegawainya berbincang semula dengan BNM mengenai perkara itu.
"Kalau ianya menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima oleh pengguna, terutama (tanda harga) di pasar raya, terlampau banyak yang menjadi isu, (maka) saya akan berbincang dengan Bank Negara secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas Program Karisma Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana, Parlimen Larut, di sini, hari ini.

HAMZAH (tengah) menyampaikan sumbangan kepada peserta tadarus di Program Karisma Tadarus dan Khatam Al-Quran di Masjid al-Karauwi di Batu Kurau, hari ini.
Beliau mengulas laporan BH hari ini bahawa kementerian itu dan BNM masih buntu untuk menyelesaikan isu tanda harga membabitkan nilai satu sen dan bundar kepada sen terdekat berikutan syiling 1 sen sudah tiada dalam pasaran.
Mengikut laporan itu, selepas pertemuan khas minggu lalu, kedua-dua pihak masih meneliti keseluruhan isu berkaitan tanda harga terbabit kerana turut membabitkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus sejak 1 April 2015.
Pada 21 Mei lalu, KPDNKK dan BNM telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu tanda harga yang menggunakan nilai satu sen, termasuk mekanisme penggenapan 5 sen ke bawah, bukan 5 sen terdekat.
BH sebelum ini mendedahkan taktik peniaga meletakkan tanda harga menggunakan nilai 99 sen tetapi pengguna perlu membayar RM1 mengikut mekanisme penggenapan kepada 5 sen terdekat seperti ketetapan BNM sebelum ini.
http://www.bharian.com.my/node/170728
Jul 2 2016, 10:27 PM, updated 10y ago

Quote
0.0166sec
0.24
5 queries
GZIP Disabled