Cara Membeli di iHerb
Oleh kerana dengan membeli di iHerb, anda juga dikira sebagai mengimport produk supplemen/kosmetik. Jadi, terdapat peraturan dan langkah yang perlu anda ikuti untuk mengelakkan masalah
1. Pastikan produk yang anda beli tidak mengandungi bahan terlarang. Anda boleh rujuk senarai produk tempatan yang dilarang dan lihat bahan larangannya di
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/adulterated2. Ingat, anda tak dibenarkan untuk mengimport bagi tujuan komersil. Anda dibenarkan mengimport bagi tujuan penggunaan peribadi selama 1 bulan. Oleh itu, ikuti langkah-langkah berikut
3. Beli menggunakan nama dan alamat persendirian, bukan perniagaan. Kalau anda menggunakan alamat atau nama perniagaan, pihak kastam akan mengesyaki anda mengimport bagi tujuan komersil
4. Hadkan pembelian anda kepada RM400. Jangan tamak nak beli banyak-banyak sekaligus.
5. Anda boleh order pelbagai produk, tetapi bagi setiap produk, hadkan kepada 2unit sahaja. Ingat, anda dibenarkan mengimport bagi penggunaan peribadi selama sebulan sahaja. Contohnya
produk A: 2 unit
Produk B:1 unit
produk C: 2 unit
6. Kalau nak order banyak, pecahkan kepada beberapa order, jangan order banyak sekaligus
7. Tunggu order dah diclearkan oleh kastam, baru buat order berikutnya
8. Kalau anda betul-betul tak boleh sabar, anda boleh gunakan nama dan alamat orang lain bagi order kedua.
9. Kalau jumlah order adalah ratusan ringgit, gunakan DHL sebagai delivery method. DHL ada agen di lapangan terbang dan akan cuba menyelesaikan masalah (sekiranya ada) dengan pihak kastam, selagi anda mengikuti langkah-langkah di atas
Walaupun anda mengikuti langkah-langkah di atas, saya tak menjamin anda takkan berhadapan dengan sebarang masalah dari pihak kastam. Tapi ia akan mengurangkan kebarangkalian timbul masalah.
Saya dah bertahun-tahun membeli dari iHerb dan setakat ini hanya sekali sahaja produk saya sangkut dengan kastam. Itupun telah diuruskan oleh pihak DHL. Terima kasih DHL!