Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> BONGKAR: Bekas Tonto Dedah Kisah Silam

views
     
TSRaymond T.
post May 4 2016, 05:24 PM, updated 8y ago

Glock 19 Holder
******
Senior Member
1,147 posts

Joined: Aug 2010
KUALA LUMPUR: Kay (bukan nama sebenar) hanya berusia 20 tahun ketika ‘terjun’ ke dunia tonto.

Ketika itu Kay terdesak untuk mendapatkan wang untuk membayar denda dan dia berkemungkinan sukar untuk mencari kerja lain, justeru dia mengambil keputusan untuk melakukan pekerjaan ini.

Dia kini yang tidak lagi bergelar tonto berkata pengalamannya telah membuka peluang untuk dirinya melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku dalam dunia tonto.

“Sebagai sub-kontraktor haram, saya telah diberi projek oleh kontraktor utama untuk menimbun tanah ke sebuah tapak pembinaan di Kedah.

“Ia adalah sebidang sawah padi yang bertukar menjadi sebuah pasar raya besar. Itu adalah kejadian lapan tahun lalu.

“Saya hanya mahu memastikan projek saya dapat disempurnakan. Saya mahu mengelak daripada membayar denda yang besar. Untuk melindungi periuk nasi saya, saya menjadi tonto,” kata Kay.

Dia berkata kadang kala kontraktor terpaksa membawa barangan melebihi had muatan lori kerana mereka mempunyai bilangan kenderaan yang terhad dan tarikh akhir untuk dipenuhi.

Dia juga berkata, setiap lori mempunyai ciri khas supaya ia boleh dikenal pasti dengan mudah oleh tonto-tonto seperti kombinasi nombor plat khas, pelekat atau cat yang digunakan untuk mengenal pasti lori dari syarikat-syarikat yang membayar wang perlindungan.

“Sebagai contoh, beberapa kepala lori dicat dengan warna putih, dan hijau pada badan dengan garisan kuning. Ada yang dilengkapi dengan antena panjang untuk set radio mereka,” kata Kay.

Dia berkata syarikat-syarikat lori juga boleh menyewa peralatan untuk mendengar perbualan radio tonto pada kos yang berpatutan antara RM600 hingga RM800 sebulan.

Saluran itu antara lain menyiarkan kawasan sekatan jalan raya, pergerakan kenderaan JPJ dan serbuan yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk pejabat-pejabat tanah.

Menurut Kay, Tonto memegang peranan yang berbeza. Mereka yang memperoleh pendapatan tertinggi antara RM2,500 dan RM3,000 sebulan perlu menunggu di luar ibu pejabat JPJ atau pejabat tanah kira-kira 12 jam sehari, dari pukul 7 pagi -7 malam untuk memantau pergerakan kenderaan penguatkuasa dan mengintip tonto lain.

“Dua kereta atau kadang-kadang motosikal akan bersiap sedia di luar ibu pejabat JPJ supaya mereka boleh mengekori kenderaan pegawai-pegawai apabila mereka keluar,” katanya.

Di Melaka, seorang ketua tonto berusia 28 tahun berkata, pelanggan membayar kira-kira 25 peratus daripada keuntungan mereka kepada tonto untuk tugas-tugas yang terdiri daripada menjaga pelanggan yang sukar dikawal dan mengelakkan serbuan.

‘Kepakaran’ Ah Meng adalah menjaga pusat perjudian haram.

Katanya, dia dan rakan-rakannya hanya cuba untuk ‘cari makan’.

Ah Meng berkata Tonto mempunyai cara mereka sendiri untuk mendapatkan maklumat mengenai serbuan. Dia enggan memberikan butiran lanjut.

“Kita mempunyai ‘orang’ yang sentiasa bersedia dan biasanya kita memberi amaran kepada pelanggan-pelanggan kami jika kenderaan penguatkuasaan dilihat datang ke pusat-pusat hiburan,” katanya.

Ah Meng berkata, pasukannya hanya akan bertukar agresif jika serbuan dilakukan terlalu kerap di premis yang ‘dijaga’ oleh mereka.

“Kebanyakan masa, kita tidak cuba menggunakan kekerasan tetapi beberapa pegawai penguatkuasa juga kurang ajar kepada kami ketika serbuan,” katanya.-MS.
NUR_VER.3
post May 4 2016, 05:32 PM

Casual
***
Junior Member
308 posts

Joined: May 2008
From: Dun ya



K pipu 20k inkambing
K.I.T.T
post May 4 2016, 05:34 PM

On my way
****
Junior Member
647 posts

Joined: Sep 2008
kay is stupid tahap leverpool cause bocor rahsia.

ahmeng is genius tahap angel didnt tell whole secret
am3rr
post May 4 2016, 05:41 PM

Kan? Kan?
*******
Senior Member
2,131 posts

Joined: Sep 2010



bodonya kay. why did he tell the story
silent_stalker
post May 4 2016, 05:42 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
852 posts

Joined: Apr 2012


Max pay is between rm2k-rm3k? I thought should be around rm10k since the risk of this job is high
Zarazagoza
post May 4 2016, 05:45 PM

Getting Started
**
Junior Member
246 posts

Joined: Sep 2006
QUOTE(K.I.T.T @ May 4 2016, 05:34 PM)
kay is stupid tahap leverpool cause bocor rahsia.

ahmeng is genius tahap angel didnt tell whole secret
*
kay mostly involved with DOSH, Immigration and JPJ.
while ahmeng involved with police. so Kay risk is lower.
NeoMnemonic
post May 4 2016, 05:47 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
760 posts

Joined: Jun 2008


kebodohan apo ni? ingat pegang buah kelapa boleh tau segala. Mesti ada inside job, money is king.
HolySatan
post May 4 2016, 06:04 PM

Regular
******
Senior Member
1,080 posts

Joined: Dec 2009
najib got many tonto
andrewhtf
post May 4 2016, 06:21 PM

Regular
******
Senior Member
1,576 posts

Joined: Apr 2006
From: Clerking. Data Entry like a Mad Man


Syukur ikut nasihat menteri buat kerja sampingan
SUSwaiora_protuner
post May 4 2016, 10:00 PM

Getting Started
**
Junior Member
237 posts

Joined: Jun 2011
QUOTE(K.I.T.T @ May 4 2016, 05:34 PM)
kay is stupid tahap leverpool cause bocor rahsia.

ahmeng is genius tahap angel didnt tell whole secret
*
Kay bersara

Ahmeng still in line

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0136sec    0.20    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 04:39 AM