
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Skim Pinjaman Rumah Panjang di Long Luput dan Long Loyang, di kawasan tengah Baram, petang ini.
Najib yang mendapat gelaran 'Amai Aya' (bahasa Kayan iaitu Ketua Pemimpin Keluarga) daripada calon Barisan Nasional (BN) berkata, sejumlah RM50 juta diperuntukkan untuk skim itu di Sarawak, yang mana tiada kadar feadah dikenakan terhadap pinjaman itu.
Berucap di hadapan lebih 3,000 penduduk dari etnik Kayan, beliau berkata, kos itu boleh digunakan membina rumah panjang baru atau menambah baik kediaman sedia ada.
"Saya juga meluluskan pembinaan Dewan Masyarakat, sekolah rendah yang baru bagi Sekolah Rendah (Sk) Long Luput. Begitu juga dengan tapak rumah bagi pembinaan rumah panjang Long Luput," katanya pada Majlis Pelancaran Skim Pinjaman Rumah Panjang di Long Laput, dekat pekan Long Lama.
Beliau berkata, pengundi di Sarawak tidak seharusnya mengambil pendekatan jangka pendek untuk menilai calon. "Sebaliknya, kena fikirkan kesan jangka panjang bagi setiap keputusan yang dibuat hari ini," katanya.
http://www.bharian.com.my/node/148708
This post has been edited by ironmaid89: Apr 29 2016, 08:09 PM
Attached thumbnail(s)
Apr 29 2016, 08:09 PM, updated 10y ago

Quote
0.0160sec
0.92
7 queries
GZIP Disabled