Just to share whats been around from watsapp:
PETRONAS, reimagining the future
============================
Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dijangkakan akan mengumumkan langkah drastik dalam usaha untuk mengurangkan kos demi kelangsungan Petronas sebagai satu-satunya syarikat Global Fortune 500 daripada Malaysia.
Ini juga berkait rapat dengan nasib sebilangan daripada 51000 kakitangan Petronas. Adakah Petronas juga akan mengikut langkah Shell, Murphy Oil, Exxon dan Schlumberger?
Apa yang jelas dalam memo dalaman yang lepas, Petronas akan membentangkan struktur baru organisasi. Natijahnya akan ada redundancy. Jika ada redundant maka salah seorang akan harus meninggalkan workstationnya.
Keputusan yang dibuat akan mengambil kira dua latarbelakang
RAPID
Harga minyak
Antara faktor yang boleh menyelamatkan pekerja Petronas di sektor upstream ialah projek RAPID di Penggerang Johor.
Bila siap beroperasi, RAPID akan memerlukan ramai pekerja, oleh itu kakitangan Petronas di Petronas Carigali boleh ditempatkan semula di RAPID nanti.
Seperti yang saya ulaskan dalam artikel terdahulu, di atas kertas nampak cantik, tetapi ada tiga hurdle kepada plan ini,
- Timing
- Downstream and Petrochemical Profit Margin Squeeze
- Non-transferable Skill
Yang paling mustahak di sini ialah timing. Betul Petronas memerlukan ramai pekerja untuk RAPID, tetapi bukan sekarang.
Harga Minyak- Low for Longer or Temporarily Low.
Inilah ketidaktentuan yang paling besar. Harga minyak boleh sahaja terus mencanak tiba-tiba atau terus rendah untuk lima tahun atau lebih lama lagi.
Jika harga minyak tiba-tiba naik, langkah memberhentikan pekerja terbukti salah. Belajar daripada pengalaman, tentulah Petronas tidak mahu bersusah payah sekali lagi mencari pekerja semula. Pekerja yang cemerlang mungkin sudah bekerja dengan pesaing.
Namun, jika harga minyak terus rendah mengekalkan tenaga kerja yang ramai akan melemaskan Petronas itu sendiri. Lagipun Putrajaya lebih suka keuntungan Petronas di salurkan kepada Kerajaan berbanding bayar gaji pekerja yang tiada kerja.
Pilihan yang ada
1. Potong Gaji
2. Potong jumlah hari bekerja
3. VSS
4. Leave of Absence
Potong gaji dan mengurangkan jumlah hari bekerja walaupun boleh mengurangkan kos tetapi tidak dapat meningkatkan kecekapan dan prestasi syarikat.
Survival dalam harga minyak yang rendah memerlukan Petronas yang lebih maskular. Kita tidak mahu kapasiti dan kecekapan menurun dengan menurunkan saiz organisasi.
Umpamanya, pekerja dengan prestasi kerja kurang bermutu masih kekal dalam Petronas dan redundancy masih ada. Bezanya gajinya lebih rendah.
Untuk itu, Petronas perlu buang 'excess fat' dan lebihkan 'muscle' untuk terus kompetatif. Dalam dunia korporat hanya ada dua pilihan, sama ada ditelan atau menelan.
Yang lemah akan ditelan oleh yang kuat.
Jika tidak ada perubahan dan masih dengan tenaga kerja yang besaiz XXL, ada kemungkinan akan diambil alih oleh pesaing. Akhirnya pekerja tetap akan kena buang oleh syarikat yang mengambil alih.
VSS adalah bukti pekerja boleh jadi asset dan bertukar menjadi liabiliti. 'Our greatest asset is our people', seorang CEO pernah berkata. Tetapi pekerja bukanlah boleh dijual untuk membayar hutang atau dapatkan tunai.
Pilihan ini akan melahirkan semula Petronas yang lebih mascular dan lebih kompetatif. Inefficiencies will be eliminated and remaining workforce will become more efficient.
Begitupun, pilihan ini tidak memberi kelebihan jika harga minyak kembali pulih dan kos pampasan juga mahal.
Leave of Absent (LOA).
Ini umpama bercerai dengan ada iddah. Ada seorang pelajar saya yang ditawarkan LOA oleh syarikatnya Schlumberger.
Dalam pakej LOA, gaji pekerja akan dipotong separuh dan tidak perlu datang kerja. Tetapi tidak boleh bekerja sepenuh masa dengan syarikat lain dalam tempoh LOA. Macam tempoh iddah juga.
Tempoh LOA boleh jadi setahun atau dua tahun. Kuantum bayaran boleh berbeza-beza mengikut tempoh LOA.
Dalam kes Schlumberger, untuk memastikan pekerja datang kerja jika dipanggil balik contohnya, hanya 20% daripada gaji setahun akan dibayar lump sum dan baki 30% dibayar bila masuk kerja semula.
Pilihan ini juga menepati dengan jadual projek RAPID dan sekiranya harga minyak kembali pulih dalam masa setahun atau dua.
Lagipun, tiada kos pampasan yang besar.
Kesimpulan
Setiap pilihan di atas ada kelebihan dan kekurangannya sendiri sama ada di pihak Petronas atau pekerja.
Apa pun keputusannya, saya pasti ianya dibuat dengan penuh pertimbangan dan maklumat yang lebih tepat.
Tunggulah Townhall March 2016.
Wassalam
Elias Abllah