Selepas sehari ditayangkan di seluruh negara semalam, filem pertama arahan bersama Pekin Ibrahim dan Syafiq Yusof, Mat Moto meraih kutipan RM1 juta.
Filem terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Production Sdn Bhd dan Fimtab Professional Film itu menjadi filem kedua mencatat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan selepas KL Gangster yang mengaut RM1.5 juta pada tahun 2011.
Penerbit, Datuk Yusof Haslam, berkata sambutan hari pertama belum menentukan kejayaan sebenar filem Mat Moto yang masih berdebar-debar menantikan tempoh dua minggu tayangan mengikut syarat Wajib Tayang ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
"Buat masa ini, jumlah tidak rasmi yang kita peroleh daripada pihak panggung menghampiri jumlah RM1 juta. "Kita masih menunggu beberapa pawagam lagi untuk memberi laporan jumlah kutipan semalam. Ini tidak termasuk pawagam di Singapura dan Brunei.
"Bagaimanapun, saya masih berdebar menantikan tayangan untuk tempoh paling tidak empat hari selepas ini. Jika jumlah kutipannya konsisten, InsyaAllah filem ini boleh meraih kutipan yang baik sepanjang dua minggu mengikut syarat Wajib Tayang," katanya ketika dihubungi BH Online.
Filem lakonan Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof, Falisha Crosley dan Kamarool Yusof mengisahkan AL iaitu pemilik syarikat suntingan filem menjelajah empat negeri bagi menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang terkorban dalam nahas jalan raya.
Misi AL yang dilakonkan Pekin, adalah untuk mencari empat topi keledar yang menjadi buruan penggemar motosikal di seluruh negara.
Turut serta dalam misi itu adalah pelajar praktikal, Sikha lakonan Falisha. Dalam diam, AL dan Sikha memendam perasaan apabila masing-masing saling jatuh cinta. Begitupun Sikha menyembunyikan rahsia yang boleh menggugat hubungan mereka.
Only encourage local to be more rempit ....... even the language spoken also so rempit those who went to primary and 2ndary school in smk also dunno 80% on what they are talking about.
I know why this movie got people going in. There are a few actors there that has bike related movies and they quoted movie titles that are bike related also.
But the actual fact is, people wanna see criminals in action. People already got bored with religious love stories and ghost stories.