Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Hang Tuah: Catatan Okinawa, another myth story ?, hang tuah met Leonardo and japan?

views
     
SUSGion
post Dec 16 2015, 11:26 AM, updated 11y ago

Getting Started
**
Junior Member
186 posts

Joined: Aug 2007
user posted image
QUOTE
Judul: Hang Tuah: Catatan Okinawa
Penulis: Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin
Penerbit: UPM
Tahun: 2015
ISBN:
Bil. Halaman: ix + 204
Harga: RM 58 (Kulit Lembut) / RM78 (Kulit Keras)
Berat:
Pos Laju: Semenanjung - Percuma, Sarawak + RM3, Sabah +RM4
Stok: Tempahan

---

Buku ini memperincikan tentang kewujudan Laksamana Hang Tuah semasa kegemilangan Empayar Melaka hasil daripada kajian pengarang yang dijalankan di Okinawa dengan bantuan Kementerian Pendidikan Jepun. Catatan Empayar Ryukyu (Okinawa) dan penemuan arkeologi membuktikan bahawa Hang Tuah wujud. Hubungan diplomatic antara Empayar Melaka dengan Empayar Ryukyu jelas tercatat di dalam Rekidai Hoan – sebuah dokumen sejarah yang diperakui kesahihannya oleh para sarjana. Dicatatkan juga bahawa Laksamana Hang Tuah adalah diplomat Empayar Melaka ke India, Turki dan Patani. Pengaruh dan kekuatannya diperakui pelbagai pihak seantero dunia.

Penerbitan ini tidak semata-mata bersandarkan kepada buku Hikayat Hang Tuah dan sejarah tempatan sahaja, sebaliknya berdasarkan catatan sahih Empayar Ryukyu yang kini dikenali sebagai Okinawa.


https://www.facebook.com/TamanPustaka/photo...?type=3&theater


why is hang tuah so popular in the myth this year?

This post has been edited by Gion: Dec 16 2015, 11:31 AM
SUSGion
post Dec 16 2015, 11:33 AM

Getting Started
**
Junior Member
186 posts

Joined: Aug 2007
QUOTE(lahart @ Dec 16 2015, 11:32 AM)
Coz hang tuah is not masterrace
Gov want to delete it from history
Protek
*
in sejarah never mention he travel all the way to visit leornada then suddenly he went to visit in japan. LOL
SUSGion
post Dec 16 2015, 11:37 AM

Getting Started
**
Junior Member
186 posts

Joined: Aug 2007
QUOTE
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Surat tulisan Laksamana Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu di Jepun pada abad ke-15 yang ditemui dalam dokumen rasmi Rekidai Hoan membuktikan tokoh itu wujud dan bukan sekadar mitos semata-mata.

Menurut Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Mo­den dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa, surat itu ditulis oleh Hang Tuah bagi pihak Sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah.

Katanya, beliau mendapati surat yang bertarikh 11 April 1480 itu me­lalui kajian yang telah dilakukannya bersama Pensyarah Kanan fakulti itu, Dr. Rohaidah Kamaruddin di Ryukyu atau kini dikenali sebagai Okinawa baru-baru ini.

“Dokumen Rekidai Hoan itu dalam bahasa Cina yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Atushu Kobata dan Mitsugi Matsada diterbitkan pada 1969. Ini bukti terbaharu dalam bentuk primer tentang kewujudan Hang Tuah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana Manuskrip Me­layu - Hang Tuah: Daripada Mitos Kepada Fakta Sejarah anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia di Wisma Sejarah di sini hari ini.

Dalam wacana itu, Hashim menjadi pembentang kertas kerja bersama Rohaidah dan Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Sastera Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Bazrul Bahaman pula sebagai moderator.

Seramai 150 hadirin terdiri daripada sejarawan, ahli akademik, pengkaji manuskrip lama, pengkaji bahasa dan budaya serta mahasiswa dari universiti awam tempatan hadir bagi berkongsi maklumat tersebut.

Selain dicatat dalam sejarah Jepun, Hashim turut menemui ca­tatan yang pernah ditulis oleh Ke­tua Armada Portugis iaitu Alfonso de Albuquerque tentang Hang Tuah yang menambahkan lagi fakta sejarah bukti kewujudan pahlawan itu.

“Alfonso de Albuquerque dalam satu catatannya ada menyebut Hang Tuah berada di Temasik (Si­ngapura) ketika beliau mengetuai armada Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Ketika itu Hang Tuah telah pun berusia 80 tahun,” ujarnya.

Berdasarkan kajiannya bersama Rohaidah, beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Hang Tuah: Ca­tatan Okinawa yang dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 26 November lalu bagi membongkar serta membuktikan kewujudan Hang Tuah.

Menurut Hashim, buku itu dan kajian yang telah dijalankannya selama ini adalah bagi mencari kebenaran sekali gus mengangkat Hang Tuah sebagai ikon orang Melayu yang telah banyak berjasa kepada sejarah serta tamadun bangsa tersebut.

“Menafikan kewujudan Hang Tuah bermakna menghapuskan satu ikon unggul dalam memori bangsa Melayu. Hang Tuah yang memiliki sifat keperwiraan, keberanian, kecekalan, kesetiaan, kebaktian dan kebijaksanaan wajar terus dihargai,” katanya.

Sementara itu, Rohaidah berazam akan terus mencari bukti tentang kewujudan Hang Tuah dalam sejarah negara-negara seperti China, Turki, India dan Kemboja yang pernah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Sambil menegaskan, nama Hang Tuah turut mekar dalam pelbagai lipatan sejarah negara-negara lain yang belum dibongkar termasuklah seperti yang pernah diungkapkan oleh pelukis tersohor, Leonardo da Vinci yang hidup sezaman dengan Hang Tuah.

“Saya mendapat maklumat ada catatan da Vinci yang antara lain menyebut ‘saya melukis gambar kenderaan ke bulan selepas berjumpa dengan orang kaya Melaka’. Saya sedang mengkaji catatan itu yang mungkin merujuk kepada Hang Tuah,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/l...h.tyCFNDH1.dpuf


QUOTE
KUALA LUMPUR: Could famed Renaissance painter and polymath Leonardo da Vinci have met legendary Malay warrior Hang Tuah between 1503 and 1506? This was the tantalising possibility unearthed by researchers from The Notebooks of Leonardo da Vinci, a compilation the Italian master’s writings and sketches. Local researchers are now poring over manuscripts, and may soon seek the help of their European counterparts to ascertain the identity of a Malaccan noble who da Vinci wrote about. In the notes, da Vinci wrote, “I sketched a vehicle after meeting a Malaccan noble”. However, the word after that was unclear. There is a possibility that they met, as both men lived during the same era — da Vinci and Hang Tuah were born in 1452 and 1431 respectively.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/12/115660/...onardo-da-vinci


hang tuah myth story is the most fark up

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0137sec    0.67    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 17th December 2025 - 07:42 PM