Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Education Fairs and Open Days

views
     
cain
post Feb 1 2007, 03:15 PM

User is delinquent
****
Senior Member
676 posts

Joined: Nov 2005
From: Shah Alam
QUOTE
LAN perlu idea tingkat pendidikan tinggi

LEMBAGA Akreditasi Negara (LAN) menyedari perubahan ekonomi, sosial dan pembangunan teknologi sejagat kini menuntut pembaharuan dan inovasi dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi.

Pengerusi LAN, Prof Datuk Dr Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata pembaharuan itu memerlukan cadangan idea bernas semua pihak bagi memastikan program pendidikan tinggi dilaksanakan mengikut keperluan semasa.

Beliau berkata, cabaran itu perlu dilihat sebagai perubahan yang memerlukan perhatian khusus menerusi kegiatan berkaitan antaranya persidangan dan diskusi pelbagai pihak terbabit.

"Perbincangan perlu merangkumi aspek pendidikan tinggi kerana ia dapat berkongsi amalan yang boleh diterima pakai bagi memastikan jaminan kualiti diselaraskan bersama.

"Program sedemikian memupuk kerjasama serantau antara agensi jaminan kualiti dalam merangka pelan tindakan mengenai visi jaminan kualiti program pengajian tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Seminar Peluang Pendidikan Tinggi di Malaysia, Persidangan Rangkaian Kualiti Asia Pasifik (APQN) 2007 dan Pameran Pendidikan Tinggi Persatuan Universiti dan Kolej Swasta Malaysia (Macpu)-LAN 2007 di Petaling Jaya, semalam.

Ketiga-tiga program berkenaan adalah inisiatif LAN, Kementerian Pengajian Tinggi dan Macpu akan berlangsung selama lima hari bermula 3 Februari ini.

Perasmian seminar itu akan disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada 4 Februari ini.

Program seminar menurut Mohamed Salleh, akan disertai kira-kira 50 pegawai dari negara yang menghantar pelajar mereka belajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Beliau berkata, atase pendidikan daripada pelbagai negara yang bertugas di sini turut dijemput.

Katanya, seminar bertujuan mendedahkan peserta mengenai peluang pengajian tinggi di negara ini sama ada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS).

Beberapa tokoh akademik akan membentang kertas kerja masing-masing, antaranya Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Kolej Universiti Antarabangsa Inti, Tan Yew Sing dan Ketua Pengarah Maldives Accreditation Board, Dr Ahmed Anwar.

Sementara itu, persidangan APQN bertema "Emerging Challenges, Emerging Practices: Sharing a Global Vision of Quality Assurance in Higher Education" berlangsung selama tiga hari bermula 5 Februari ini.

Mohamed Salleh berkata, persidangan yang akan disertai 300 peserta, bertujuan mengutarakan cabaran dan isu semasa mengenai jaminan kualiti pengajian tinggi, berkongsi amalan bijak untuk diguna pakai pada peringkat antarabangsa.

Katanya, perbincangan itu nanti akan merangka pelan tindakan mengenai visi serantau jaminan kualiti dalam pengajian tinggi.

Beberapa tokoh akademik dalam bidang jaminan kualiti turut membentangkan kertas kerja masing-masing, antaranya Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Presiden APQN, Peter PT Cheung dan Ketua Eksekutif New Zealand Qualitications Authority, Karen Potousi.

Bagi Pameran Pengajian Tinggi LAN-MAPCU 2007 pula, ia bermula pada 3 dan 4 Februari di Ruang Legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pameran itu akan dijayakan 80 IPTA dan IPTS.


Source: Google cached link

So it is confirmed that there is an edu fair at PWTC on 3rd and 4th of Feb, guys.
cain
post Mar 8 2007, 10:10 AM

User is delinquent
****
Senior Member
676 posts

Joined: Nov 2005
From: Shah Alam
More fairs...

http://www.studyguardian.com/2007/feb2007_10.htm
cain
post Sep 21 2007, 03:29 PM

User is delinquent
****
Senior Member
676 posts

Joined: Nov 2005
From: Shah Alam
There is a Linden U.S. University Fair in KL on 3rd of Oct.

Wednesday, October 3, 2007
Renaissance Kuala Lumpur Hotel - Ballroom A
Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang
4:00-7:00 pm

Presentations:
3:00 pm - Choosing the Right University
3:30 pm - Insider Tips from Admissions Officers

List of participating universities available here

More info here

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0142sec    0.76    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 26th November 2025 - 09:14 AM