Joined: Feb 2007
From: Im a Medical Officer in /K. I'm here to lepak.
First of all... praise be to God for sending this bastard penipu scammer to prison...
Tipu tanah RM9.3 juta: Bekas broker tanah antara tiga dipenjara
16 Jun 2015 1:43 AM
PUTRAJAYA 15 Jun – Dua lelaki dipe- rintah menjalani hukuman penjara enam tahun manakala seorang lagi selama tiga tahun bermula hari ini atas kesalahan menipu melibatkan pembelian tanah bernilai RM9.3 juta menggunakan nama Menteri Besar Johor, hampir 20 tahun lalu.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang mengetuai panel tiga hakim bersidang memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir ketiga-tiga lelaki tersebut.
Bekas broker hartanah, Yap You Jee, 66, dipenjara tiga tahun bagi satu tuduhan menipu; pengamal perubatan tradisional, Md. Jhomi Md. Supian, 61, dipenjara dua tahun bagi setiap tiga tuduhan manakala ahli perniagaan,Johari Mansor, 57, dipenjara tiga tahun bagi setiap dua tuduhan yang dihadapi.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Keputusan yang turut dicapai oleh Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat itu mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya.
Hakim Tengku Maimun ketika membacakan alasan penghakiman itu menyatakan, panel tersebut berpuas hati bahawa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf ketika mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap ketiga-tiganya.
Ujar beliau, tiada sebab bagi pa- nel itu mengganggu usik atau mengubah keputusan yang telah dicapai oleh dua mahkamah terdahulu.
Kuorum tersebut tidak bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa hakim bicara yang mengambil alih prosiding pada peringkat pembelaan telah melakukan salah laksana keadilan dan menyebabkan prejudis kepada perayu-perayu.
Pada hemat panel itu, tiada salahnya hakim berkenaan mengambil alih kes pada peringkat itu kerana beliau telah meneliti kes dan kete- rangan saksi-saksi secara keseluruhan, bukan secara terpencil.
Hakim Tengku Maimun selanjutnya menyatakan, bukti menunjukkan wang sebanyak RM1.8 juta dimasukkan ke dalam akaun You Jee (perayu pertama) dan bukannya ke dalam akaun kerajaan negeri.
Sehubungan itu, panel tersebut berpendapat sabitan dan hukuman yang dijatuhkan adalah selamat dan tiada alasan bagi mereka untuk campur tangan dalam keputusan dua mahkamah terdahulu.
Sebelum itu pihak pembelaan memohon agar perayu-perayu diberikan bon jaminan berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah kerana kes itu sudah berlarutan hampir 20 tahun dan penjara bukan hukuman yang sesuai.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad memohon hukuman penjara dikekalkan kerana kesalahan itu serius dan melibatkan imej Kerajaan Negeri Johor dan pemalsuan dokumen sulit serta minit-minit Exco.
Mereka dituduh menipu Pengarah Solid Estate Sdn. Bhd., Datuk Ding Lian Cheon dari Sibu, Sarawak dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa mereka telah mendapatkan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Negeri Johor bagi syarikat itu untuk membeli tanah Lot 21448 dan 1152 yang terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan.
Ketiga-tiga mereka didakwa memberitahu Lian Cheon bahawa tanah itu boleh diperoleh pada harga RM7.5 juta dengan premium tidak melebihi RM15 setiap kaki persegi.
Mereka melakukan kesalahan itu di Hotel Hyatt Regency di antara 28 Jun 1995 dan 25 Julai 1995. Perbicaraan pula berlarutan selama 14 tahun.
Mereka didakwa menerima sekeping perintah juruwang (cashier’s order) Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited, Singapura bernilai S$3.45 juta daripada Lian Cheon, yang ditunaikan dengan kad pengenalan palsu tertera nama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
He has been cheating people everywhere from Peninsular to Sabah/Sarawak not only with his "scam surgeries" but with investment scams as well.
He and two of his accomplice were found guilty in 2010 for scamming a Sarawakian Businessman:
QUOTE
Tiga Dipenjara Tipu Ahli Perniagaan Sarawak Guna Nama MB Johor
Diterbitkan: Sabtu 24 Apr, 2010
JOHOR BAHARU: Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun manakala seorang lagi tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mendapati mereka bersalah dalam kes penipuan pembelian tanah bernilai RM9.3 juta menggunakan nama Menteri Besar Johor.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Hakim Sabariah Atan menjatuhi hukuman tiga tahun penjara bagi satu pertuduhan ke atas broker hartanah Yap You Jee, 61; dua tahun penjara bagi setiap tiga pertuduhan ke atas pengamal perubatan tradisional Md Jhomi Md Supian, 56; dan tiga tahun bagi setiap dua pertuduhan ke atas ahli perniagaan Johari Mansor, 52.
Mereka dituduh menipu pengarah syarikat Solid Estate Sdn Bhd, Datuk Ding Lian Cheon dari Sibu, Sarawak dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa mereka telah mendapatkan kelulusan dari Majlis Mesyuarat Negeri Johor bagi syarikat itu untuk membeli tanah Lot 21448 dan 1152 yang terletak di Jalan Skudai di sini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan.
Ketiga-tiga mereka didakwa memberitahu Ding bahawa tanah itu boleh diperolehi pada harga RM7.5juta dengan premium tidak melebihi RM15 setiap kaki persegi.
Mereka melakukan kesalahan itu di Hotel Hyatt Regency di sini antara 28 Jun, 1995 dan 25 Julai, 1995.
Mereka didakwa menerima sekeping "Cashier’s Order" Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited, Singapura bernilai S$3.45 juta dari Ding, yang ditunaikan dengan kad pengenalan palsu tertera nama Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
Md Jhomi dan Johari juga didakwa menipu Ding dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai mereka telah mendapatkan pembatalan tuntutan premium ke atas tanah tersebut dari Majlis Mesyuarat Negeri Johor di Hotel Tanahmas di Sibu, Sarawak pada 10 September, 1995.
Justeru itu, kedua-dua tertuduh telah mendapat bayaran sebanyak RM2 juta dari Ding di Hotel Hyatt Regency di sini pada 23 September, 1995.
Md Jhomi, yang menyamar sebagai setiausaha sulit Menteri Besar Johor telah didakwa menipu Ding dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai dia telah mendapatkan kelulusan untuk memanjangkan tempoh pajakan kedua-dua bidang tanah itu dari 99 tahun kepada 999 tahun.
Dengan itu dia mendapat bayaran RM1.3 juta dari Ding.
Ketiga-tiga tertuduh telah didakwa di mahkamah pada 2 Februari, 1996 dan dibebaskan dengan jaminan RM1 juta dan seorang penjamin setiap seorang.
Sabariah berkata hukuman tersebut dibuat setelah mahkamah mengambil kira masa yang lama bagi perbicaraan kes itu, kehadiran tertuduh ke mahkamah dan rayuan mereka.
Pada masa yang sama mahkamah juga telah mengambil kira kepentingan umum dan fakta kes.
Dalam rayuan terhadap hukuman itu, Gwee Soon Seng yang mewakili Yap, R.K. Menon yang mewakili Johari dan Arziah Mohd Apandi yang mewakili Md Jhomi, memohon mahkamah menangguhkan hukuman terhadap anak guam mereka sementara menunggu notis rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi pada Isnin.
Mereka juga berharap anak guam mereka dibebaskan dengan ikat jamin.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad berkata menfailkan notis rayuan bukan suatu alasan bagi penangguhan hukuman secara automatik.
Beliau berkata, pihak pembelaan harus mengemukakan alasan yang istimewa bagi membolehkan penangguhan itu dilaksanakan.
Bagaimanapun, Sabariah membenarkan penangguhan hukuman itu dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin setiap seorang, yang mesti dikemukakan pada 10 pagi Isnin ini.
Sepanjang tempoh perbicaraan selama 14 tahun itu, beberapa pegawai kerajaan negeri Johor telah dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan termasuk Abdul Ghani. - BERNAMA
He went from sessions court then to the High court, he was still found guilty. He went to Appeal court with GOBIND SINGH DEO to represent this scammer, yet still he loses. Must be the prayers from the people scammed by him had come true.
QUOTE
Appeals Court upholds Convictions and Jail Sentence on Trio for Land Fraud
15 June 2015 | Source: Bernama
PUTRAJAYA, June 15 (Bernama) -- Three men were sent to prison to serve between three years to six years jail sentence after they failed in their final appeal to set aside their convictions and sentences for committing land fraud amounting to RM9.3 million.
They committed the offence by fraudulently using the former Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman's name.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
A three-member Court of Appeal panel chaired by Court of Appeal President Tan Sri Md Raus Sharif unanimously dismissed the appeals by land broker Yap You Jee, Md Jhomi Md Supian and businessman Johari Mansor.
The panel had upheld the decision of the High Court which had affirmed the Sessions Court's decision to sentence Yap to three years jail on one count of committing fraud, Md Jhomi to two years jail each for three counts and Johari to three years jail on two charges.
Md Jhomi and Johari were ordered to serve their jail sentences consecutively.
Presiding with him were Court of Appeal judges Datuk Wira Mohtaruddin Baki and Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Justice Tengku Maimun in delivering the judgement held that there was no reason for the court to disturb the findings of the High Court which was correctly made.
Yap, 67, Md Jhomi, 60, and Johari, 57, were found guilty of the charges by the Sessions Court in Johor Baharu in April 2010 and sentenced to jail. They lost in their appeal at the High Court which had upheld the Sessions Court's decision.
They were charged with cheating Solid Estate (Sarawak) Sdn Bhd director Datuk Ding Lian Cheon, into believing that they had gained approval for Solid Estate's purchase of Lots 21448 and 1152 (acreage not mentioned), from the Johor state executive council.
They had allegedly told Ding at Hotel Hyatt Regency here between June 28, 1995 and July 25, 1995 that the land located in Jalan Skudai here could be acquired for a price of RM7.5 million at a rate of RM15 per sq feet as land premium charges.
They were accused of having received a Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited cashier's order for S$3.45 million (RM6.14million), which they had eventually cashed out by using a false identity card bearing the Johor Menteri Besar's name.
Md Jhomi and Johari were also charged with cheating Ding into believing that they had obtained a cancellation of premium payments from the state executive council at Hotel Tanahmas in Sibu, Sarawak on Sept 10 1995.
Subsequently, both accused had obtained a payment of RM2 million from Ding at Hotel Hyatt Regency in Johor Baharu on Sept 23, 1995 for that particular service.
Md Jhomi, who had posed as the Johor Mentri Besar's private secretary, was also charged with cheating Ding into believing that he had obtained an approval to prolong the lease of the two plot of lands from 99 years to 999 years and received RM1.3 million for the services.
Here is the full Case from Court file (very interesting case):
Spread the good news for this scammer will rot in prison for a total amount of 6 years for two counts of crime (each 3 years jail term running consecutively)...
This post has been edited by CyberSetan: Jun 24 2017, 02:46 PM