QUOTE(zltan @ Dec 1 2006, 08:21 PM)
Nolah...I clearly remember she got 1 A2 for something....and where on earth did you hear that rubbish?
oh..u shud read alot
13 March 2005
Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak
KEJAYAAN pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor, Nur Amalina Che Bakri memperoleh 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu menjadi bualan masyarakat.Pencapaian membanggakan itu mencatat sejarah negara sehingga mendapat pujian dan perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pelbagai pihak lain.
Kecemerlangan bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru itu memberi semangat baru kepada pelajar lain, terutama yang akan menduduki SPM tahun ini.
Tidak kurang juga ibu bapa menjadikan Nur Amalina sumber inspirasi kepada anak mereka bahawa kejayaan boleh dicapai jika ada kemahuan.
Bagaimanapun, ingatan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya semua pihak tidak menawarkan imbuhan wang ringgit secara keterlaluan kepada Nur Amalina kerana dikhuatiri akan merosakkan masa depannya, memang ada baiknya.
Beliau tidak mahu Nur Amalina menjadi seperti atlit negara yang merosot pencapaian mereka selepas menerima imbuhan apabila berjaya dalam sesuatu kejohanan. Tabib juga berharap Nur Amalina tidak besar kepala dan khayal dengan kejayaannya kerana masih banyak lagi perlu ditempuhi untuk mengejar kejayaan hidup.
Dalam kita sibuk bercakap mengenai kejayaan Nur Amalina dan pelajar lain yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM, ramai juga gagal meraih kejayaan diharapkan. Ada yang menangis mengenang nasib, ada yang berkurung dalam bilik kerana malu keluar rumah dan ada yang menerima kritikan ibu bapa yang tidak boleh menerima hakikat keputusan diperolehi anak anak mereka.
Hakikatnya, apabila gagal, semua orang tidak mempedulikan kita hingga kita berasakan masa depan gelap, seolah-olah tiada lagi cahaya di hujung terowong. Ingin Tabib menasihatkan pelajar yang menerima nasib sedemikian supaya bersikap optimis.
Perlu diingat, gagal bukan bererti dunia sudah kiamat. Sekali gagal tidak bermakna kita terus gagal. Ramai yang berjaya hari ini pernah gagal tetapi mereka belajar daripada kesilapan dan bangkit semula mengejar impian.
Kita juga jangan lupa bahawa ada pelajar yang bersinar dalam pelajaran, tetapi gagal apabila memasuki alam pekerjaan. Sebaliknya, mereka yang terkandas dalam pelajaran kini berjaya sebagai kontraktor, usahawan dan ahli perniagaan.
Bagi pelajar yang gagal mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), mereka berpeluang meneruskan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang banyak di negara ini.
Ramai anak rakan Tabib yang memasuki IPTS berjaya mendapatkan pekerjaan setaraf dengan kelulusan mereka di sektor swasta. Malah, ada yang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negara.
Jadi, jangan bimbang jika gagal mencatat keputusan cemerlang dalam SPM kerana masih banyak ruang untuk memajukan diri. Yang penting, kita ada kemahuan.
Dalam hal ini, sokongan moral ibu bapa penting bagi anak yang tidak cemerlang dalam SPM. Jangan marahkan anak yang gagal kerana ia tidak berguna lagi. Sebaliknya, cari jalan lain untuk membantu anak anda mengejar kejayaan.
http://www.hmetro.com.my/Sunday/Tabib/2005...0/sun_artrevamp==================
http://fotoweb.bernama.com/fotoweb/preview...modifytime_descread dis website oso la
==================
Amalina lanjut pelajaran A-Level di UK September
Utusan Malaysia
15 Julai 2005
ARAU 14 Julai - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang
mendapat keputusan 17A1, Nur Amalina Che Bakri, 18, akan melanjutkan pelajaran peringkat A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kindom (UK), September ini.
Beliau akan bertolak ke negara itu Ogos ini apabila sesi pertama pembelajarannya di kolej berkenaan bermula bulan tersebut.
Pelajar pintar itu akan mengikuti pelajaran di kolej tersebut selama dua tahun atas tajaan Bank Negara Malaysia (BNM).
Sebagai persediaan sebelum ke UK, Nur Amalina akan mengikuti kursus bahasa Inggeris selama dua minggu di British Council bermula bulan depan.
``Di peringkat A-Level, saya akan berusaha mendapatkan keputusan cemerlang bagi membolehkan saya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Cambridge.
``Namun segala-galanya akan ditentukan oleh pihak kolej berdasarkan keputusan yang saya peroleh kelak,'' katanya.
Nur Amalina berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perlis dan pelajar dari beberapa sekolah di negeri ini yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiktirafan membentangkan kajiannya kepada anggota Parlimen United Kingdom di London pada 14 Mac lepas, Najmil Faiz Mohamed Aris, 26.
Mengulas lanjut, Nur Amalina berkata, beliau kini sedang membuat persiapan dari segi mental dan fizikal sebagai persediaan ke luar negara.
``Persediaan ini untuk memastikan saya tidak mengalami kejutan budaya. Untuk itu, saya banyak membuat kajian sendiri mengenai keadaan dan taraf hidup di United Kingdom dan Cheltenham Ladies College menerusi buku dan Internet,'' katanya.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor itu juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan tidak akan menghampakan harapan pelbagai pihak yang mahu melihat beliau berjaya di luar negara.
``Saya berjanji akan mencipta kejayaan demi kejayaan kerana ramai rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi dan mahu melihat saya mengharumkan Malaysia di luar negara,'' jelasnya yang mengaku meminati program realiti televisyen terbitan Astro, Akademi Fantasia (AF).
Menurutnya, kejayaan yang ditempa semasa SPM tahun lalu akan dijadikan sebagai cabaran untuk meneruskan kecemerlangan dan beliau sendiri tidak mahu `tewas' ketika berada di peringkat yang lebih tinggi.
Justeru, tambahnya, beliau mengharapkan doa daripada semua pihak agar pembelajarannya di luar negara akan berjalan dengan baik.
Kategori : Kenyataan Akhbar
Laman ini telah dilihat : 1510
Laman ini dikemaskini : 15 Julai 2005
Maklumat Lanjut :
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
This post has been edited by fadhilah7: Dec 1 2006, 08:33 PM