Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Military Thread V18

views
     
kerolzarmyfanboy
post Sep 19 2015, 07:37 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(BorneoAlliance @ Sep 19 2015, 07:26 PM)
so basically in Syria's Civil War,

Russia + Iran + Hezbollah + Assad's Syria VS USA + FSA + Saudi + Qatar

kerolzarmyfanboy
post Sep 20 2015, 07:36 AM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(DDG_Ross @ Sep 20 2015, 02:35 AM)
not really a military topic, but oh well..

user posted image

Self-styled Sulu Sultan is dead

PETALING JAYA: The self-styled Sulu Sultan Esmail Kiram II died at 6.20pm on Saturday.

Abraham Idjirani, the brother-in-law of Esmail, confirmed the death of the 76-year-old self-proclaimed Sultan of Sulu.

It is believed that Esmail died of kidney failure in a hospital in Zamboanga City, southern Philippines.

He succeeded his brother Jamalul Kiram III who died in October 2013 in Manila.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015...n-of-Sulu-dead/
facts; 3rd "kiram" to have died since the 2013 lahad datu standoff

kiram III - died in october 2013
agbimuddin kiram - died in january 2015
kiram II - died in september 2015
*
too bad he didn't died from our bullets

that SOAB.... vmad.gif


kerolzarmyfanboy
post Sep 22 2015, 05:43 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(BorneoAlliance @ Sep 22 2015, 05:30 PM)
Satellite Imagery Shows Russian Military Buildup in Syria

user posted image

New commercial satellite imagery shows in remarkable detail Russia’s escalating military buildup in Syria.

Images taken by Europe’s Pleiades satellite network and released by AllSource Analysis in collaboration with GeoNorth and Airbus clearly show four big Su-30SM Flanker-C and 12 smaller Su-25 Frogfoot fighter jets parked Sept. 20 at the al-Assad International Airport in Syria.

The Russian arsenal in Syria has grown over the past few days to include 28 ground-attack and multi-role fighters, including Su-24 Fencers, according to the Pentagon.

Russia has also deployed to the country 14 helicopters, including the Mi-24 Hind gunship and the Mi-17 Hip transport, a number of SA-22 surface-to-air missile systems, and large fixed-wing surveillance drones, according to multiple news organizations, including The Washington Post and Bloomberg.

*
why most of the times they will send out the Hinds and not the Mi-28 Havoc or Kamov Ka-52 Alligator? hmm.gif


changing topic, has anyone watched Bravo 5? reviews anyone? Polis Evo seem to have steal all the glory
kerolzarmyfanboy
post Oct 11 2015, 01:31 AM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(HangPC2 @ Oct 11 2015, 01:16 AM)

*
russia used the high-end Brahmos missile on Syria?
kerolzarmyfanboy
post Oct 16 2015, 08:03 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(BorneoAlliance @ Oct 16 2015, 07:55 PM)
Ecuador grounds made-in-India Dhruv chopper, terminates contract

user posted image
http://www.hindustantimes.com/india/ecuado...JUS4nM1SFL.html
*
lulz

HAL dream too big, but lack of expertise, quality and resources
kerolzarmyfanboy
post Oct 18 2015, 07:59 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(BorneoAlliance @ Oct 18 2015, 07:20 PM)
Sudanese troops arrive in Yemen to battle Houthi rebels

user posted image
http://www.cbc.ca/news/world/yemen-sudan-houthi-1.3276586
*
Sudan? woaa

what's next? South Africa?

the war suddenly just gotten a whole lot larger

This post has been edited by kerolzarmyfanboy: Oct 18 2015, 08:00 PM
kerolzarmyfanboy
post Oct 23 2015, 11:23 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(azriel @ Oct 23 2015, 11:05 PM)
why they always offer F-16 instead of...idk F-15 or F-18 maybe...
kerolzarmyfanboy
post Oct 24 2015, 05:52 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(azriel @ Oct 24 2015, 10:01 AM)
they are so obses with VSHORAD, SHORAD n MANPADS.. sweat.gif

y u no S-300, BUK-M2 drool.gif
kerolzarmyfanboy
post Nov 1 2015, 04:48 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
can't wait for the big players to start shooting at each other...atm they're just shooting at each other's pawns...
kerolzarmyfanboy
post Nov 5 2015, 07:13 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(AxeFire @ Nov 5 2015, 04:27 PM)
2015 SPM Sejarah paper

user posted image

Mana Su 30mkm!!!
*
wonder what are the students' answers... hmm.gif

probably hippies' answers laugh.gif
kerolzarmyfanboy
post Nov 8 2015, 07:27 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE
Black Hawk Down, Mogadishu 1993 - 19th Battalion Royal Malay Regiment in Joint Rescue Operation.

"The sight of Americans and Malaysians locked in soldierly embrace at the battle's end is one I will never forget. It was my honour and privilege to be in command of this coalition task force of this day. Truly the MALBATT more than lived up to its motto - Tigers. Displaying the utmost discipline, patience, determination and courage. No commander should have asked for more."
With Deepest Respect
Lt. Col Wlliam C. David
HQ, 2nd Battalion, 14th Infantry Regiment

Begitulah antara kandungan surat penghargaan bertarikh 9 Oktober 1993 dihantar kepada Kol. Abdul Latif atas penglibatan anggota-anggota dari Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam insiden yang lebih dikenali sebagai "Black Hawk Down".
Pada 3 Oktober 1993, satu kompeni US Rangers telah menjalankan Operasi Gothic Serpent secara sendirian dengan bantuan helikopter Quick Reaction Force (QRF) disekitar kawasan Bakara Market. Objektif operasi ini adalah menangkap 2 orang kuat General Aidid yang sedang bermesyuarat. Pasukan ini dinamakan Task Force Ranger dan terdiri dari unit-unit berikut:
Kompeni Bravo, Batalion ke-3, 75th Ranger Regiment, US Army
C Squadron, 1st Special Forces Operational Detachment (Delta Force).
Batalion Pertama, 160th Special Operations Aviation Regiment
krew-krew dari Air Force Combat Controllers dan Pararescue
komando SEAL dari Naval Special Warfare Development Group.

Ketika operasi sedang berjalan, 2 buah helikopter UH-60 Black Hawk telah ditembak jatuh di Rujukan Grid 365263 dan 363265. Kumpulan bersenjata General Aideed bertanggungjawab menembak helikopter tersebut. Sehingga jam 1630 dilaporkan 70 anggota Rangers dan 5 krew udara terperangkap dilokasi tersebut.
Berikut adalah rigkasan dan susunan semula dari cerita asal tulisan Mejar Syed Othman Syed Omar. Buku bertajuk "19 RAMD Mekanis di Somalia". Cetakan 1995.
Pada 4 Oktober 1993 MALBATT (Malaysian Battalion) telah diletakkan didalam keadaan siap-sedia serta merta mulai jam 1755, sejurus selepas dimaklumkan akan turut serta didalam misi menyelamat di timur Pasar Bakara. Setengah jam kemudian, Markas UNOSOM II sekali lagi menghubungi Lt. Kol Mohd. Rozi meminta MALBATT menyediakan satu kompeni lagi bagi misi menyelamat tersebut.
Lebih kurang jam 6.45 petang, Kompeni A, Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah tiba di New Port. Ketika itu, Pegawai Gerakan Mejar Mohd. Arif Shafie dan Kompeni B, 19 RAMD telah berada disitu. Anggota-anggota dari Batalion ke-2, 14th Infantry Regiment, 2nd Brigade, Task Force 10th Mountain Division, US Army sampai kira-kita jam 9 malam, manakala Komander QRF Col. Lawrence E. Casper tiba setengah jam kemudian.

Dalam perbincangan seterusnya, Komander QRF meminta MALBATT menurunkan kesemua anggota sebuannya dan digantikan dengan oleh anggota dari Batalion ke-2, 14th Infantry Regiment didalam setiap APC yang telah MALBATT sediakan.
Hanya para pegawai, ketua kenderaan, penembak belakang, pemandu dan jururadio dikekalkan dalam setiap APC bagi memudahkan komunikasi. Seramai 11 pegawai dan 102 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam gerakan bersama ini. Baki 134 anggota telah diarahkan pulang ke Kem Lapangan Terbang, Mogadishu. Untuk makluman, anggota komando dari 11 Rejimen Gerak Khas juga terlibat semasa menyelamatkan krew helikopter Super 6 - 1.

Pasukan kenderaan MALBATT terdiri dari:
Platun 4, Kompeni B - ZA 9467, ZA 9582, ZA 9435, ZA 9421, ZA 9422
Markas Kompeni B - ZA 9438, ZA 9395
Platun 5, Kompeni B - ZA 9440, ZA 9295, ZA 9360, ZA 9279
Platun 6, Kompeni B - ZA 9413, ZA 9389, ZA 9592, ZA 9462, ZA 9365
Platun 2, Kompeni A - ZA 9341, ZA 9220, ZA 9383, ZA 9340
Markas Kompeni A - ZA 9431, ZA 9357, ZA 9589, ZA 9509
Platun 1, Kompeni A - ZA 9221, ZA 9417, ZA 9384, ZA 9269
Platun 3, Kompeni A - ZA 9381, ZA 9420, ZA 9414, ZA 9429

Leftenan Kamal Idris selaku ketua platun, terpaksa memilih anggota yang akan mengikuti misi tersebut kerana tidak semua anggotanya dapat turut sama setelah berlaku perubahan rancangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Komander QRF.
"Saya hendak pergi bertempur, siapa yang hendak menuruti saya biar kita pergi dan mati sekali, kalau kita dapat balik, bertuahlah!" katanya Lt. Kamal kepada anak buahnya. Kesemua anggota bujang termasuk 3 ketua seksyen yang telah berkahwin sedia untuk mengikut misi tersebut.
Lt, Kamal kemudian memilih anggota yang bujang sahaja, tindakan ini dibantah oleh lain-lain anggota yang telah berkahwin. Mereka berpendapat kebanyakan anggota bujang masih baru dan tidak cukup pengalaman, tetapi Lt. Kamal menerangkan dia tidak sampai hati hendak membawa anggota yang sudah berkahwin, mentelah lagi, inilah masa yang sesuai untuk anggota-anggota baru mendapat pengalaman bertempur.

Kol. Casper telah membahagikan pasukan penyelamat seperti berikut:
Combat Team Charlie - (Kompeni A) - menggunakan kesemua 14 APC Condor dan 2 kenderaan Platun Anti-Kereta Kebal membawa anggota Kompeni C, 2nd Battalion, 2nd Brigade, 14th Infantry Regiment, 10th Mountain Division
Combat Team Alpha - (Kompeni B) - membawa anggota Kompeni A, 2nd Battalion, 2nd Brigade, 14th Infantry Regiment, 10th Mountain Division
Combat Team Bravo - baki anggota Ranger menaiki kenderaan Humvee
Combat Team Alpha - diarah pergi ke objektif sebelah kanan bagi menyelamatkan 70 anggota Rangers yang terperangkap
Combat Team Charlie - diarahkan menyelamat juruterbang dan krew helikopter QRF disebelah kiri
Combat Team Bravo - ditugaskan membantu kedua-dua Combat Team Alpha dan Charlie

Mengikut perancangan, pergerakan didahului oleh Trup Kereta Kebal Pakistan (19th Lancers) diikuti oleh Combat Team Alpha, Bravo dan Charlie. Bagaimanapun, apabila hendak memulakan pergerakan Trup Pakistan enggan mendahului konvoi dengan alasan mereka tiada alat pandang malam. Mejar Rashid kemudian memaklumkan kepada Trup Pakistan kenderaan MALBATT juga tiada alat pandang malam. Akhirnya Trup Pakistan memberitahu mereka tidak mendapat kebenaran dari Pemerintah Briged mereka untuk melaksanakan tugas pada malam itu. Trup Pakistan bersetuju untuk mengiringi sehingga ke Strong Point 69 sahaja.
Konvoi meninggalkan New Port menuju ke objektif melalui Strong Point 73, Strong Point 69 dan Strong Point 207 kemudian ke National Street untuk sampai ke sasaran. Konvoi tiba di Strong Point 207 pada jam 0238, 4 Oktober 1993. Disini, setiap Combat Team akan berpecah menuju objektif masing-masing.

Condor bernombor ZA 9647 yang mendahului Combat Team Alpha, dipandu oleh Pbt. Rizal Ismail, diketuai oleh L/Kpl Md. Nayan Ismail dan L/Kpl Abdullah Din sebagai penembak belakang. Mereka diarahkan membelok ke kanan setelah melintasi satu lampu isyarat, tidak berapa jauh dari Strong Point 207. Bermula saat itulah kenderaan APC MALBATT telah diserang dengan tembakan pelbagai senjata, dari sejata ringan, heavy machine-gun sehinggalah RPG (Rocket Propelled Grenade).

L/Kpl Abdullah membalas tembakan sehinggalah senjatanya mengalami kerosakan. Dia kemudiannya membantu menyambung peluru untuk digunakan oleh L/Klp Md. Nayan. Ketika itulah ZA 9647 terkena tembakan RPG dan mencederakan L/Kpl Md Nayan dan pemandu Pbt. Rizal Ismail. APC tersebut rosak dan kesemua anggota infantri keluar mengambil perlindungan disebuah rumah kosong kira-kira 30 meter dari kenderaan itu.
ZA 9582 berhenti apabila nampak kereta perisai dihadapannya (ZA 9647) terkena tembakan RPG. Ia juga menjadi sasaran tembakan militia dan tayar hadapannya meletup terkena tembakan. Sejurus anggota-anggota infantri keluar dari ZA 9582, sebutir peluru RPG membolosi dinding belakang Condor ini dan melumpuhkan sistem persenjataannya. Kpl Manaf Mohammad (ketua kereta) dan L/Kpl Rosdi Abdullah (pembantu gunner) cedera ringan terkena serpihan RPG. Kesemua krew berlari keluar dan selang seketika, bahagian hadapan Condor itu kena tembakan RPG dan kenderaan itu terus terbakar.

Lt. Zunaidi Hassan yang mengetuai ZA9435 mengarahkan pemandunya Pbt. Abdullah Aziz memotong dua buah kereta kebal Pakistan dihadapannya dan membuka sportlight untuk mencari ZA 9647 dan ZA 9582 yang telah ditembak itu. Disamping itu, Lt Zunaidi mengarahkan 2 kereta perisai dibelakangnya (ZA 9421 dan ZA 9422) meneruskan perjalanan ke objektif.

Pbt. Rizal yang cedera parah berada selama sejam didalam ZA 9647 sebelum dikeluarkan oleh seorang anggota Ranger. Dia dibawa kesebuah rumah kosong dan dirawat oleh Tentera Amerika setelah setengah jam disitu. Ketika itu dia terasa sesuatu yang terlalu dingin masuk melalui kedua hujung kakinya dan bergerak perlahan-lahan naik ke paras pinggang. Di saat itu dia tidak lagi dapat melihat dan sukar untuk bernafas. Rasanya ajal sudah sangat hampir, tetapi tiba-tiba sebutir mortar telah meledak dihadapan rumah tersebut, dia dapat merasakan dingin tadi mula menurun ke kaki dan beransur hilang. Tiba-tiba dia rasa yakin untuk terus hidup setelah dapat bernafas kembali.

Ketua Kompeni, Mejar Abd. Rashid Ahmad memaklumkan kepada semua ketua kereta perisai agar membalas tembakan dan terus bergerak ke sasaran. Kereta kebal Pakistan telah pun beredar meninggalkan lokasi pertempuran. Mejar Abd. Rashid mengarahkan Platun 6 pimpinan Lt. Muda Khairul Anuar Abd. Aziz (ZA 9389) menggantikan Platun 4 mendahului konvoi.

Setibanya dipersimpangan jalan besar, Lt. Muda Khairul Anuar bertanya kepada ketua pasukan Rangers arah manakah harus dituju. Dia mengarahkan Lt. Muda Khairul Anuar melintasi jalan berkenaan dan memasuki lorong tanah merah. Disitu keretanya ditembak dari arah hadapan. Dia membalas tembakan sambil mengarahkan kenderaan belakang berundur. Apabila semua telah selamat berundur, mereka berhenti dan memanggil ketua platun Rangers yang berada diluar APC menunjukkan arah lokasi helikopter itu ditembak jatuh.

Setelah tiba dilokasi dimana 70 anggota Rangers terperangkap, anggota Rangers yang tercedera telah dimuatkan kedalam APC manakala yang telah terkorban diletakkan sahaja diatas kereta perisai itu. Mana-mana anggota yang selamat berjalan mengiringi APC.

Mereka kemudian bergerak menuju ke lokasi helikopter yang jatuh itu untuk mengambil mayat krew helikopter tersebut. Mereka berada dilokasi itu kira-kira jam 0100 (4 Oktober 1993). Rangers menggunakan chainsaw untuk memotong badan pesawat sebelum dapat megeluarkan mayat krew helikopter. Pada masa yg sama, pihak militia terus menembak bertubi-tubi. Anggota-anggota Rangers mengabil perlindungan setiap kali mereka ditembak. Kerja-kerja mengeluarkan mayat selesai kira-kira jam 0430.

Pertempuran: Combat Team Charlie

Mejar Ab. Aziz Ab. Latif mengetuai Combat Team Charlie. Konvoi bergerak menurut susunan berikut - Platun 2 mendahului konvoi, diikuti dengan Markas Kompeni dan Platun 1 ditengah-tengah manakala Platun 3 mengekori dibelakang. Konvoi mula diserang pada jam 2340 iaitu sejak di Strong Point 69 lagi. "Macam ini ke berperang?" tanya Prebet Mat Aznan Awang melalui radio. "Ha...macam inilah, hang jaga sikit" jawab L/Kpl Mohd Sabri, ketua kereta ZA 9341 dari Platun 2, Kompeni A. kesemua anggota infantri meminta diturunkan selepas konvoi meninggalkan simpang empat sejauh kira-kira 1000 meter. Konvoi mara sambil membalas tembakan kearah kedudukan militia. Walaupun dihujani peluru dan halangan dijalan, konvoi berjaya tiba di objektif kira-kira jam 0230. Disebabkan APC berada dilorong kecil yang terdapat bangunan disekelilingnya, Mejar Ab. Aziz mengarahkan semua APC merapat ke bangunan. Disebabkan terlalu banyak halangan, konvoi hanya bergerak 100 meter dalam masa sejam setengah.

Ketua platun infantri yang berada didalam kereta Mejar Ab. Aziz meminta untuk diturunkan. Walaupun dihalang oleh Mejar Ab. Aziz kerana tembakan musuh bertubi-tubi, mereka berkeras untuk turun dan cuba membuka pintu. Tiga anggota mereka rebah setelah terkena tembakan semasa hendak keluar dari kereta perisai. Mereka diseret ke longkang berhampiran untuk berlindung.

Ketua Kompeni Rangers, Capt. White Stone yang berada didalam ZA 9357 bersama-sama Kapt. Abd. Latif Ladin terus menerus mengadakan perhubungan dengan juruterbang helikopter di udara bagi mengetahui kedudukan objektif. Helikopter akan memancarkan cahaya yang boleh dilihat dengan alat pandang malam (Night Vision Goggle). Helikopter dapat merapati sasaran setelah ZA 9589 dan ZA 9357 menembak serentak musuh diatas bumbung bangunan 4 tingkat yang sedang mengendalikan senjata anti pesawat udara. Tembakan tersebut telah berjaya meruntuhkan lantai bangunan dan memusnahkan kedudukan militia itu.

Lebih kurang pada jam 0250, ZA 9340 telah terkena tembakan RPG. APC tersebut kelihatan bergegar dan asap putih menyelubunginya. Pintu kiri APC ditembusi RPG dan serpihannya mencederakan L/Kpl Suleiman Aziz. Selain itu, keseluruhan sistem elektrik dan sistem hidraulik APC berkenaan juga lumpuh. Tidak lama selepas itu, ZA 9341 pula kena tembakan RPG. Menurut L/Kpl Mohd Sabri, kenderaannya ditembak dari 3 arah, tembakan dari hadapan menembusi cermin hadapan dan peluru RPG tersebut meletup sehinggakan helmet yang dipakai oleh L/Kpl Mohd Sabri tercampak. Prebet Mat Aznan, pemandu ZA 9341 telah terkorban dalam letupan itu.

Lt. Kol Mohd Rozi berjaya berhububg dengan Mejar Ab Aziz dan memerintahkannya berundur. Dia kemudiannya memberitahu Lt. Kol Mohd Rozi bahawa anggota tentera Amerika masih dikawasan objektif, jikalau dia meninggalkan mereka, mereka akan menjadi sasaran mudah militia. Lagipun sekiranya Mejar Ab Aziz memilih untuk meninggalkan kawasan objektif, belum tentu dia boleh keluar dengan selamat. Lt. Kol Mohd Rozi kemudiannya menyerahkan kepada budi bicara Mejar Ab Aziz untuk membuat tindakan wajar. Mejar Ab Aziz kemudiannya mengarahkan Platun 1 mara kehadapan menggantikan Platun 2 yang hanya tinggal 2 kenderaan dalam keadaan baik.

Mejar Ab. Aziz menghubungi Kapt. Zawawi bagi membuat koordinasi pengunduran dengan Ketua Kompeni Rangers. Kapt. Zawawi terpaksa keluar mencari Capt. White Stone untuk membincangkan koordinasi pengunduran. Beliau mencapai M16 dan 5 magazin peluru sambil meminta L/Kpl Ahmad Nadzri Husain menyampaikan pesan buat keluarganya seandainya beliau tidak kembali. Sejurus selepas turun dari kereta, beliau menghampiri bangunan berdekatan dan ternampak sebutir peluru RPG menuju kearahnya. Beliau sempat mengambil perlindungan, tetapi peluru itu mengenai 3 orang tentera Amerika dihadapannya. Selepas setengah jam mencari, beliau dapat menemui Capt. White Stone lalu berbincang mengenai koordinasi pengunduran.

Setelah berlindung kira-kira 4 jam disebuah rumah kosong, anggota Rangers memberitahu terdapat APC pasukan sahabat kira-kira 1000 meter dari rumah itu. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan, sekumpulan Rangers berada dihadapan, Anggota Rangers yang cedera bersama 6 anggota MALBATT ditengah dan dibelakang sekali satu lagi kumpulan Rangers. Pbt. Rizal yang cedera parah telah diusung dengan stretcher oleh Kpl Manaf, L/Klp Md Nayan, L/Kpl Abdullah dan Pbt. Mohd. Sabri. Kumpulan mereka diserang, seorang Rangers di kumpulan hadapan cedera parah, manakala Pbt. Rizal tercampak dari stretcher. Anggota Rangers mencampak penanda yang boleh dilihat oleh NVG. Helikopter kemudian memberi bantuan tembakan perlindungan. Setelah sejam disitu, 3 buah APC dari Platun 3, Kompeni A telah sampai untuk menyelamatkan mereka.

Setelah mendapat persetujuan Timbalan Komander MALBATT, Mejar Ab Aziz memohon helikopter memusnahkan APC yang telah rosak kerana tembakan RPG supaya senjata dan peluru yang masih tinggal tidak jatuh ketangan militia. Pengunduran dibuat kira-kira jam 0545 dan pihak militia masih lagi melepaskan tembakan. Semasa konvoi lalu dikawasan perumahan, sebahagian penghuni dilihat sedang merokok dan menggosok gigi dengan selamba diluar rumah. Konvoi bergerak menuju ke Stadium Mogadishu yang merupakan kem tentera Pakistan.

Semasa pertempuran itu, kerosakan aset MALBATT adalah seperti berikut:
3 x Condor dengan GPMG berkembar musnah
1 x Condor dengan 20mm Oerlikon rosak pada tayar
3 x Condor dengan GPMG berkembar rosak pada tayar

Kemalangan jiwa:

Pbt. Mat Aznan bin Awang - terkorban

Kecederaan:

PW2 Rofei bin Jasin
Kpl Manaf bin Mohammad
L/Kpl Suleiman bin Aziz
L/Kpl Mohd Sabri bin Ahmad
L/Kpl Rosdi bin Abdullah
L/Kpl Aziz bin Barakatollah
Pbt. Rizal bin Ismail
Pbt. Noorazam bin Baharom

Tentera Amerika yang terkorban:

MSG Gary Ivan Gordon (1st SOFOD - Delta Force)
SFC Randy Shughart (1st SOFOD - Delta Force)
SSG Daniel D. Busch (1st SOFOD - Delta Force)
SFC Earl Robert Fillmore, Jr (1st SOFOD - Delta Force)
MSG Timothy "Griz" Lynn Martin (1st SOFOD - Delta Force)
CPL James "Jamie" E. Smith (Batalion 3, 75th Ranger Regiment)
SPC James M. Cavaco (Batalion 3, 75th Ranger Regiment)
SGT James Casey Joy (Batalion 3, 75th Ranger Regiment)
CPL Richard W. Kowalewski, Jr (Batalion 3, 75th Ranger Regiment)
SGT Dominick M. Pilla (Batalion 3, 75th Ranger Regiment)
SGT Lorenzo M. Ruiz (Batalion 3, 75th Ranger Regiment)
SSG William David Cleveland, Jr (160th Special Operations Aviation Regiment)
SSG Thomas J. Field (160th Special Operations Aviation Regiment)
CWO Raymond A. Frank (160th Special Operations Aviation Regiment)
CWO Clifton P. Wolcott (160th Special Operations Aviation Regiment)
CWO Donovan Briley (160th Special Operations Aviation Regiment)
SGT Cornell Lemont Houston, Sr (Batalion 2, 14th Infantry Regt, 2nd Brigade, 10th Mountain)
PFC James Henry Martin, Jr (Batalion 2, 14th Infantry Regt, 2nd Brigade, 10th Mountain

Sumber dari militia mengatakan 315 anggota mereka terbunuh dan 812 mengalami kecederaan.
Pada bulan Ogos 2013, bangkai helikopter Super 61 telah dibawa balik ke Amerika dan dipamerkan di Muzium Airborne and Special Operations, Fort Bragg atas usaha David Snelson dan Alisha Ryu.

Sumber - "19 RAMD Mekanis di Somalia". Cetakan 1995.


This post has been edited by kerolzarmyfanboy: Nov 8 2015, 07:29 PM
kerolzarmyfanboy
post Nov 9 2015, 10:56 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(alaskanbunny @ Nov 9 2015, 07:04 PM)
rmaf still sticking with mrca? shouldnt it focus on air superiority considering indon is getting the advance su35?
*
what Indo wants to buy is not really a concern

currently China PLA-Navy is a much bigger threat + Suluks

also, MRCA plan has been delayed too long..
kerolzarmyfanboy
post Nov 14 2015, 06:25 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(BorneoAlliance @ Nov 14 2015, 05:32 PM)
France's only aircraft carrier to leave for Middle East on Wednesday

user posted image
https://www.rt.com/news/321873-france-aircr...-carrier-Syris/
*
morale of their troops currently must be at all-time high after today's catastrophe in their homeland..pretty sure they're very eager to be sent to middle east to get revenge..
kerolzarmyfanboy
post Nov 30 2015, 10:39 AM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Feb 2013
QUOTE(BorneoAlliance @ Nov 29 2015, 05:17 PM)
Russian Advanced T-90 Tanks Arrive in Southern Aleppo to Resume the Syrian Army Offensive

*
i hope the T-90s is not 'naked' like Iraq's Asad Babil

QUOTE(BorneoAlliance @ Nov 29 2015, 06:13 PM)
5 Turkish Weapons of War Russia Should Fear


user posted image
http://nationalinterest.org/blog/the-buzz/...ould-fear-14447
*
that's it? that's all Turkey's got to counter a superpower? laugh.gif

Bump Topic Topic ClosedOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0699sec    0.61    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 4th December 2025 - 07:53 AM