
SUBANG JAYA – Seorang lelaki layak digelar binatang apabila tergamak merogol anak saudara tirinya.
Perbuatan itu terbongkar selepas ibu mangsa membaca kandungan perbualan mesej di antara suspek dan anak gadisnya di laman aplikasi Whatsapp telefon bimbit milik anaknya.
Dalam kejadian 21 Julai lalu, mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut sebuah kolej sebelum itu dicabul dalam kereta oleh suspek berusia 29 tahun.
Suspek dikenali sebagai ‘abang boy’ mencabul kehormatan gadis itu ketika mangsa tertidur dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, mangsa menegur perbuatan bapa saudara tirinya itu sebelum kembali tidur dalam kereta jenis Honda Vitec dipandu suspek.
Sebaik terjaga kira-kira jam 6 pagi, mangsa terkejut dibawa ke sebuah pangsapuri di Saujana Puchong dan dipaksa naik ke tingkat dua.
Ketika berada di dalam bilik, suspek menolak mangsa ke katil dan merogolnya. Mangsa cuba menjerit namun suspek menutup mulutnya dengan tangan.
Suspek mengugut supaya tidak menceritakan apa yang berlaku kepada sesiapa sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Bersatu kira-kira jam 7.30 pagi hari yang sama.
Tidak cukup dengan perbuatan keji dilakukan, suspek mengajak mangsa bertemu dan meminta wang sebanyak RM500 daripada mangsa untuk membaiki kereta, seminggu selepas kejadian berlaku.
This post has been edited by 2msia: Aug 25 2015, 10:40 PM
Aug 25 2015, 10:40 PM
Quote




















0.0226sec
0.60
6 queries
GZIP Disabled