Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
7 Pages < 1 2 3 4 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

 ▒▓▒▓▒▓ M A L ★ Y S I A ▓▒▓▒▓▒, #TANAHTUMPAHNYADARAHKU

views
     
HangPC2
post Sep 19 2015, 07:05 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Mengapa Annuar Musa sedang menyusahkan Kelantan FA



By Keeshaanan Sundaresan

Translated by Omar Zin

- September 19, 2015



Cuba fikir sejenak. Melihat dari satu sudut, kita ada Johor DT – pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh dan satu-satunya pasukan yang sentiasa mencipta sejarah bola sepak Malaysia.

Jika dilihat dari satu lagi sudut, anda ada Kelantan FA (KAFA) – pasukan yang pernah mendominasi bola sepak tanah air, tetapi kini telah dihambat dengan krisis kewangan.

KAFA masih belum membayar para pemainnya selama hampir tiga bulan, walaupun Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sering memberikan jaminan awal. Namun ia telah sampai pada satu tahap di mana para pemain mula mendedahkan situasi mereka secara sarkastik di media sosial terhadap pihak pengurusan. Tetapi kita tidak boleh salahkan mereka


Pada masa yang sama, mereka juga sedang menghadapi masalah dengan bekas ketua jurulatih Steve Darby – mereka mempunyai hutang sebanyak RM630,000 selepas bersetuju untuk menamatkan kontraknya pada April 2014. Wang pampasan untuk Azraai Khor Abdullah dan Obinna Nwaneri juga masih belum dilangsaikan.

Namun di tengah-tengah krisis kewangan yang melanda KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah membuat satu kenyataan kontroversi semasa ‘ Himpunan Rakyat Bersatu ‘ semalam. “ Perkauman adalah perkara yang dituntut dalam Islam, selagi mana tidak melakukan kezaliman pada orang lain. Perhimpunan ini kalau kata perkauman, saya jawab ya memang betul. Apa nak takut ? ”

Saya serahkan kepada pakar-pakar politik, wartawan, pakar-pakar agama dan ulama-ulama untuk mengkaji kenyataannya secara logik (bukannya ianya tidak dilakukan langsung di media sejak 12 jam yang lalu) jadi mari kita lihat perkara ini dari sudut kesukanan.


Jika sekali imbas, ianya mungkin kelihatan seperti satu lagi kenyataan taksub yang berbaur perkauman. Tetapi ini adalah satu koleksi buah mulut semua orang untuk membentuk satu tanggapan mereka terhadap TSAM, yang juga mempunyai kaitan langsung dengan persepsi mereka terhadap KAFA. Siapakah orang-orang ini sekali lagi ? Saya , anda, dan seluruh individu yang mewakili syarikat-syarikat multinasional (MNC) serta jenama korporat besar di luar sana.


2016 merupakan tahun yang penting buat bola sepak Malaysia kerana liga-liga tempatan akan mula diswastakan, bermakna pasukan-pasukan bola sepak perlu mula beroperasi sebagai syarikat swasta, dengan keperluan untuk menjana keuntungan sendiri demi memastikan kelancaran beroperasi. Sudah tentu, proses ini akan mengambil masa selama beberapa peringkat, supaya setiap pasukan mempunyai peluang untuk membiasakan diri dengan perubahan tersebut, tetapi suka atau tidak, mereka perlu mula memberikan tumpuan kepada membentuk kerjasama dengan ahli korporat.

Tetapi sekarang timbul pula tanda tanya berkenaan dengan keupayaan KAFA untuk menarik jenama-jenama besar, selepas kenyataan ‘ perkauman ‘ TSAM itu, semalam. Usah kita bercakap pun tentang kesahihan fakta atau kata-kata retorik beliau. Dari perspektif perniagaan itu sendiri, ia adalah satu kenyataan yang tidak patut dibuat. Para pemimpin sesebuah organisasi bertanggungjawab ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat, dan ia biasanya membawa kesan yang mendalam terhadap organisasi mereka sendiri.

Fungsi penaja korporat bukan sekadar menjadi rakan kongsi dengan mereka. Ianya menunjukkan bahawa terdapat nilai dalam bola sepak tempatan dan juga nilai dalam jenama pasukan bola sepak kita. Mengapa perlu jenama korporat mengaitkan diri mereka dengan organisasi yang mempunyai pemimpin yang bersifat perkauman ? Pasukan itu mungkin pasukan yang kuat, mempunyai reputasi yang tinggi dalam arena bola sepak tempatan. Tetapi perlu diingat, dunia perniagaan juga adalah tentang persepsi.


Tradisinya, kebanyakan syarikat MNC telah menjauhkan diri daripada pasukan Malaysia kerana wujudnya sikap kurang profesionalisme.Satu perbualan baru-baru ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail mendedahkan bahawa terdapat beberapa pasukan Malaysia yang masih lagi tidak mempunyai sebuah jabatan media sendiri, yang boleh dijadikan sebagai medan rujukan dengan segera. Ia mengambil masa yang lama untuk berhubung dengan beberapa pasukan tersebut. Pengarah Teknikal FAM Fritz Schmid juga mengeluarkan sentimen yang serupa : “ Kami sedang bergerak ke arah penswastaan, tetapi kebanyakan pasukan Malaysia tidak mempunyai sebarang struktur perniagaan yang asas, ” katanya.

Sebaliknya, lihatlah JDT. Ia bukanlah perkara yang sukar untuk difahami mengapa banyak syarikat berlumba-lumba mahu menjadi rakan kongsi dengan mereka. Selain mempunyai reputasi tinggi dari segi profesionalisme di Malaysia, dan mungkin juga Asia Tenggara, keupayaan TMJ untuk menyinar dari segi kelebihan moral (moral high ground) telah memainkan peranan yang sangat penting. Baginda sentiasa menyuarakan pendapat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan peminat-peminatnya, dan berjaya mencipta reputasi ‘ wira yang disegani ‘ untuk dirinya sendiri – suatu konotasi positif yang digemari oleh jenama-jenama terkemuka.

Baiklah, KAFA masih mempunyai peluang untuk menjana pendapatan daripada Piala Malaysia. Mereka juga bakal menjana pendapatan daripada hak perjanjian TV yang baru, yang akan bermula tahun depan. Khabar angin juga mengatakan bahawa mereka mungkin akan menjual beberapa pemain bergaji tinggi untuk meringankan beban pasukan.

Tetapi untuk terus berkembang sebagai sebuah kelab bola sepak, pendapatan pasukan perlulah sentiasa meningkat. Untuk memperkasakan sistem pembangunan belia yang kukuh, ia memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Untuk tingkatkan prasarana untuk pemain, ia memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Untuk menarik perhatian pemain terbaik untuk datang dan bermain untuk pasukan, ia juga memerlukan satu perbelanjaan yang besar.

Ianya satu situasi yang sedih sebenarnya. Untuk satu pasukan yang telah berjaya serta dikagumi ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melihat mereka kini dibelenggu dengan krisis kewangan merupakan satu perkara yang mengecewakan. Tetapi apa yang lebih mengecewakan ialah apabila pihak pengurusan dan pemimpin kelab, membuat keputusan dan mengeluarkan kenyataan, tanpa mengambil kira kebajikan pasukan itu sendiri.


Sudahlah ianya cukup sukar untuk berhubung dengan warga korporat, kenyataan TSAM akan membuatkannya lebih sukar untuk KAFA membentuk hubungan dengan warga korporat. Lebih buruk lagi, ia akan terus mempengaruhi persepsi ramai terhadap situasi liga tempatan – zalim, tidak matang dan ia menjadi medan buat sekumpulan individu yang kurang sensitif.

Mungkin ianya kedengaran seperti terlalu diperbesar-besarkan, tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka, apabila sikap kurang profesionalisme sering ditonjolkan oleh individu-individu yang sepatutnya melindungi dan membantu pembangunan bola sepak Malaysia.



Sources : http://www.fourthofficial.com/















HangPC2
post Sep 21 2015, 01:41 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا








HangPC2
post Oct 13 2015, 11:33 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Seronok Tengok suasana Bolasepak Thailand dan Vietnam meriah pada tahun 2015....
HangPC2
post Oct 13 2015, 11:48 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(dedark @ Oct 12 2015, 09:56 PM)
Arwah Ahmad Basri Akil ada suarakan dulu..
HangPC2
post Oct 15 2015, 11:33 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



jadi JDT layak ke Final lah
HangPC2
post Oct 15 2015, 02:40 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(stillriver80 @ Oct 15 2015, 11:48 AM)
confirm ke?
*
tunggu keputusan selepas pukul 5.00
HangPC2
post Oct 17 2015, 03:09 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(menj @ Oct 17 2015, 02:51 PM)
Jalan pintu belakang,  no honour in that.
*
Kuwait cari pasal...

Rezeki bagi JDT



user posted image
HangPC2
post Oct 17 2015, 10:58 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(Monolog @ Oct 17 2015, 10:37 PM)
Kena ada byk team bervisi mcm JDT mcm ni baru liga dan NT mantap mcm Thai..Buriram, Muangthong dll ni pejam mata je laukkan Jdt.
*
Kelab Thailand


- Buriram United

- Muangthong United

- Chonburi

- BEC Tero Sasana

- Bangkok Glass




Kelab Malaysia


- JDT
HangPC2
post Oct 18 2015, 03:37 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(OvenBaked @ Oct 18 2015, 10:24 AM)
one off je, advantage untuk istiklol

--------------------------

Gila terbakar bontot dorang ni  laugh.gif  laugh.gif

user posted image
*
dekat forum mana nih ?
HangPC2
post Oct 19 2015, 11:01 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Tahun depan Pahang FA diswastakan adakah logo Pahang FA dijenamakan semula macam JDT ?
HangPC2
post Oct 19 2015, 01:40 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



2015 AFC CUP | FC ISTIKLOL VS JOHOR DARUL TA'ZIM




The 2015 AFC Cup final between FC Istiklol and Johor Darul Ta'zim will take place at the Central Republican Stadium in Dushanbe, Tajikistan this Saturday, October 31st at 4:00pm local time (7:00pm in Malaysia).



user posted image




HangPC2
post Oct 19 2015, 02:40 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Cerita di sebalik gangsa Sukan Asia 1974



Wednesday, October 14, 2015



user posted image



PERSIAPAN menjelang Sukan Asia di Tehran pada 1-15 September, 1974, tidak seperti diduga. Tujuh belas pemain dikehendaki melaporkan diri ke latihan pusat pada 11 Ogos dan berlepas ke Iran pada 23 Ogos tetapi anak didik Allahyarham Jalil Che Din hanya berangkat ke Tehran, empat hari kemudian.



KES jurulatih merajuk, kecederaan yang menimpa bek kanan utama, perbezaan kem pemain mengikut sentimen kenegerian – antara masalah dalaman skuad bola sepak negara menjelang dan ketika Sukan Asia 1974 di Tehran rancak berjalan.

Hanya beberapa minggu selepas skuad negara merangkul Piala Merdeka di Ipoh, misi lebih besar menanti anak didik Jalil, bekas pemain pertahanan negara era 1950-an yang juga seorang pegawai Penjara.

Tanpa beberapa tonggak seperti penjaga gol Lim Fung Kee dan perancang utama Wong Choon Wah yang berhijrah ke Hong Kong sejurus misi di Pestabola Merdeka serta Shaharuddin Abdullah, skuad negara menyiapkan diri ke Tehran dalam suasana yang kurang ideal.

Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Sabena Airlines, syarikat penerbangan Belgium, memaklumkan penerbangan ditunda dan penumpang terpaksa berlepas mengikut jadual seterusnya, iaitu empat hari kemudian disebabkan masalah teknikal.

Pemain tengah, Datuk Shukor Salleh, mengenang detik itu. “ Disebabkan masalah tayar pesawat yang mengakibatkan penerbangan ditunda, penumpang ditempatkan di Hotel Equatorial di Kuala Lumpur waktu itu, ” kata Shukor.

Apa yang berlaku seterusnya ? Benarkah pemain memulau jurulatih ? Benarkah pemain hanya dihadiahkan seutas jam berjenama selepas menduduki tangga ketiga ? Siapa 17 pemain yang tersenarai ?




Sources : http://rizalhashim.blogspot.my




HangPC2
post Oct 20 2015, 03:50 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Mael memang Kaki Troll lah.. patutnya FB JST tak patut campur aduk hal peribadi dan politik...


cerita pasal hal bolasepak jer lah...
HangPC2
post Oct 22 2015, 12:26 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image


Dari Stadium Merdeka Majlis Pelancaran filem #OlaBola yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan pengarah dari filem #TheJourney yang akan menemui penonton semua di pawagam awal tahun 2016 . Filem yang akan #KembalikanKeyakinan kita.


user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image









HangPC2
post Oct 23 2015, 02:25 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(kucinganaz @ Oct 23 2015, 02:16 PM)
takder logo adidas jer..
*
tak ada
HangPC2
post Oct 25 2015, 02:44 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Malaysia Pre Olympic Team (1971)


user posted image

user posted image


HangPC2
post Oct 26 2015, 04:48 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(stillriver80 @ Oct 26 2015, 04:15 PM)
mungkin sbb populariti kot.. AFC cup dan ACL tak sepopular UEFA Champions League.. siapa nak tengok final kalau kat neutral ground.. patutnya AFC Cup kena buat mcm ACL la, home and away..
*
mungkin sebab faktor Kos dan masa....
HangPC2
post Oct 29 2015, 01:01 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(Monolog @ Oct 28 2015, 09:13 PM)
Pusing2 sekali hire Raddy Avramovic..kepala bana dia
*
blink.gif
HangPC2
post Oct 30 2015, 07:49 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Peruntukan untuk Aktiviti Bolasepak Selangor


user posted image
HangPC2
post Nov 1 2015, 09:23 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(dedark @ Nov 1 2015, 12:59 AM)
Hahaha ni win family ipar dah start war cakap kalau selangor menang 33 kali malaysia cup pun x guna kalau x pernah juara piala asia....darn it
*
itu pentingnya kejohanan AFC Cup yang selama ini.. Kelab dari Malaysia tak ambil pusing... cuma pentingkan Piala Malaysia

7 Pages < 1 2 3 4 > » Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0459sec    0.68    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 21st December 2025 - 07:35 PM