Jangan terkejut kerana ianya memang benar! Sikap isteri yang suka membebel dan suami gemar melakukan seks ganas merupakan antara punca utama kes perceraian di Selangor meningkat saban tahun.
Memetik laroran daripada Utusan Online, faktor lain yang menyumbang kepada penceraian adalah jahil ilmu agama, masalah ekonomi rumah tangga, campur tangan pihak ketiga dan masalah anak.
Ketua Pendaftar, Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman berkata, tabiat negatif sedemikian yang sering dipraktikkan oleh pasangan suami isteri pada masa kini terus meningkat sekali gus menjurus kepada peningkatan perceraian.
“Jumlah statistik perceraian pada tahun lalu meningkat kepada 6,912 kes berbanding 6,162 kes pada 2013.
“Kes perceraian tertinggi adalah melibatkan pasangan muda berusia 31 hingga 35 tahun dengan 915 kes setakat Mei tahun ini manakala pada 2014, pasangan dalam lingkungan usia tersebut mencatatkan 3,156 kes.
“Jumlah peningkatan ini perlu diberikan perhatian dan usaha membendungnya akan dipertingkatkan termasuk menambah baik modul dari semasa ke semasa,” katanya.
http://selangorpost.com/?p=4341
Isteri Kuat Membebel Dan Suami Suka Seks Ganas
Jun 11 2015, 07:56 AM, updated 11y ago
Quote
0.0144sec
0.47
5 queries
GZIP Disabled