Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Kemalangan maut berlaku jam 0230 hrs, Updated Post #2618

views
     
Boy96
post May 5 2015, 06:35 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang




QUOTE(Zaryl @ May 5 2015, 05:46 PM)
Always put on your seatbelt BEFORE starting journey!

last time when I go Eurotrip, i rented a Renault compact car. The thing would buzz to me like hell if i don't put seat belt, both driver and passenger side.

It had changed my habit of wearing seatbelt till today. Thank you Europa!

You all should too, even if your journey is 1meter need to put seatbelt ok?  flex.gif
*
QUOTE(LTZ @ May 5 2015, 05:50 PM)
Thats why I am using Europa car now...see what my pug do to me.....ko tak pkai seatbelt...sampai ke sudah la telinga kena tahan bunyi bingit dia....makin lama makin kuat. All for 7 seats.
*
This one very hot item now

https://forum.lowyat.net/topic/3540224/

This post has been edited by Boy96: May 5 2015, 06:37 PM
Boy96
post May 5 2015, 11:59 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(silent_stalker @ May 5 2015, 11:50 PM)
I also trying to figure out at which point the seat belt became an issue. But already so many pages lazy to read back
*
If I am not wrong cause there was a post here about the recent Proton Prevé rolled many times at 160km/h yet the driver came out without a scratch.. Thats what triggered the seatbelt posts..

This post has been edited by Boy96: May 6 2015, 12:00 AM
Boy96
post May 6 2015, 06:10 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(theskems @ May 6 2015, 05:29 PM)
Selagi kes ni tak tutup and pesalah tak dihukum.. Selagi tu orang malaysia marah..

user posted image
*
Dah la. No need to buy MyVi anymore. The car is irrelevant nowadays. Either u get Axia or if budget permits, Iriz
Boy96
post May 7 2015, 11:58 AM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


Now issue is hogging pulak

I am waiting for the issue of ESC to appear. Since the maibee hit the right rear of the pajero. If pajero got ESC it will cut power to the frt left wheel so minimal chance to roll over since it wasnt a direct hit from the side like a normal T junction T bone accident
Boy96
post May 7 2015, 09:09 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(seijiseimura84 @ May 7 2015, 09:00 PM)
[attachmentid=4439668]

recognize this girl??
*
So slutty
Boy96
post May 8 2015, 05:51 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(kenshin9880 @ May 8 2015, 04:38 PM)
every club should organize race in Sepang circuit only
got open track day

dun race in public road.
be safe and enjoy race in Sepang only
*
So expensive..

They should make a drag race track RM10/entry can drag how many times u want..

I sure lepak there everyday
Boy96
post May 8 2015, 05:59 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(torreto @ May 8 2015, 05:58 PM)
Every Thursday night at Terengganu stadium runtuh. 50 bucks drag sampai lebam
*
Terengganu for whatttt

KL pipu how
Boy96
post Oct 18 2016, 11:46 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


> Kakak mangsa luahkan isi hati
> Wang sumbangan orang ramai RM300,000 hanya dapat RM12,000
> Adik-adik mangsa dakwa wang itu hak mereka


user posted image
Firuza Amira (kanan) mencium Yusnidah Hussain sambil diperhatikan Nur Firuza Aqilah. Kedua kanak-kanak itu menjadi anak yatim piatu selepas tragedi kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang yang mengorbankan kedua ibubapa mereka pada tahun lalu. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 18 Okt. 2016.

user posted image
Yusnidah Hussain (tengah) tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika mengenangkan nasib yang menimpa Firuza Amira (kanan) dan Nur Firuza Aqilah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 18 Okt. 2016.

Seorang waris kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan tahun lalu mendakwa dua anak saudara hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

Yusnidah Hussain, 48, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam, 35, berkata, wang sebanyak itu diperolehi selepas dia membuat laporan polis pada 22 Jun tahun lalu.

Beliau mendakwa, semua wang sumbangan orang ramai itu dimasukkan atas nama akaun bank peribadi dua adiknya yang lain.

"Saya sedih kerana wang yang sepatutnya menjadi hak dua anak saudara saya tidak sampai ke tangan mereka untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian demi masa depan.

"Alasan yang diberikan oleh adik-adik saya, wang itu hak mereka kerana akaun bank peribadi atas nama mereka.

"Mereka turut memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.

"Padahal saya yang menjaga dua anak saudara saya selepas seminggu kematian ibu bapa mereka hingga ke hari ini.

"Namun disebabkan pertikaian wang sumbangan itu, hubungan kami adik-beradik berpecah sehingga berlaku saman-menyaman dan kes kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur," katanya di sini hari ini.

Yusnaidah mengadakan sidang media yang turut ditemani dua anak saudaranya, Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqilah, 5.

Pada 2 Mei tahun lalu, Fairuz Nizam dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa terbunuh di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta di sini pukul 1.05 pagi.

Yusnidah yang memiliki tujuh anak dan dua anak angkat kini mendapat hak penjagaan sementara Amira dan Aqilah daripada mahkamah.

Anak keduanya telah meninggal dunia manakala menantu serta seorang cucu turut tinggal bersamanya.

Mengulas lanjut, Yusnidah yang terpaksa menutup bisnes restoran dan kedai kek gara-gara konflik keluarga itu turut kesal kerana wang pampasan insurans arwah adiknya itu telah dituntut oleh keluarga sebelah isterinya.

Ini kerana jelasnya, satu sen wang pampasan itu tidak diberikan kepada dua anak saudaranya itu.

"Saya menjaga mereka siang malam dan melayan tangisan trauma pada waktu-waktu tertentu.

"Jangan kata hendak bertanya khabar, hantar buah atau makan pun tidak pernah.

"Tapi bila timbul isu wang sumbangan orang ramai dan pampasan insurans, mereka cepat ambil seolah-olah hak mereka.

"Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.

"Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.

"Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.

"Justeru kami mengalu-alukan orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah tampil membuat laporan polis," katanya.

Nahas yang mendapat kecaman masyarakat mengakibatkan dua pemandu kereta Perodua Myvi didakwa di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak itu.

Pada 8 Mei tahun lalu, juruteknik komputer, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, dan Penolong Pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd. Said, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan.

Kedua-duanya didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam.

Dalam kejadian itu, Mohamad Fizal Reza yang juga bapa kepada dua anak memandu kereta Myvi bernombor pendaftaran WXE 695 berwarna putih manakala Siti Noor Aini yang merupakan ibu kepada seorang anak, memandu kereta W 5192 F berwarna kuning.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Attached Image


http://malaysiagazette.com/ms/nasional/ami...000-ibu-saudara
Boy96
post Oct 19 2016, 03:14 AM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(monara @ Oct 19 2016, 02:45 AM)
Faizz nur tu sedara belah mana?
Ermm, sesama adik beradik pun boleh bergaduh berebutkan harta yg not even theirs.. what a very corrupt world we are living in right now. ~Menggelengkan kepala~
*
This guy right here

user posted image
user posted image

His FB

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid...100009316729259
Boy96
post Oct 19 2016, 05:02 AM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(popcornflavaa @ Oct 19 2016, 02:21 AM)
they only care about the money and not the welfare of the children. they forgot about divine retribution. 300k rich now, 7 generations poor.
*
Andrew? hmm.gif
Boy96
post Oct 19 2016, 06:04 AM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


That guy main MLM

user posted image
Boy96
post Oct 19 2016, 07:08 AM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(Black Red @ Oct 19 2016, 07:05 AM)
dunno what to say anymore.
*
Should see his wedding photos, so fancy
Boy96
post Oct 19 2016, 04:25 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(BlueButtBaboon @ Oct 19 2016, 04:23 PM)
I donated. Can i make polis report he scam me?

I donated for the child not him.
*
Can. They are urging those who donated to lodge a police report
Boy96
post Oct 21 2016, 10:32 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


Kami akan saman malu, kata peguam Faizznur

KUALA LUMPUR - Peguam bapa saudara anak mangsa nahas Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke), Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar mendakwa pihaknya mempunyai segala bukti untuk menangkis segala tuduhan yang dikemukakan oleh ibu saudara dua beradik itu, Yusnida Hussain.


Kata Muhamad Akmal, pihaknya mempunyai bukti-bukti seperti slip transaksi bank dan rekod-rekod lain bagi membuktikan dakwaan sebenar terhadap Muhammad Faizznur Asyraf Husain.

"Duit sumbangan (orang ramai) masih ada. Tidak ada masalah tentang itu. Kami sedang bersedia mengumpul bukti untuk dibawa ke mahkamah nanti," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mahkamah hari ini memutuskan, kedua-dua bapa saudara kanak-kanak malang itu gagal untuk mengetepikan perintah membekukan akaun mereka yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Ini susulan Mahkamah Tinggi Syariah mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank itu dan menolak permohonan Hamlizar Husain dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain yang mencabar perintah berkenaan.

Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz membuat keputusan memerintahkan akaun itu dibekukan sehingga kes membabitkan hak penjagaan dan nafkah kanak-kanak tersebut iaitu Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqila, 4, selesai.

Sebelum ini, Muhammad Faizznurr didakwa hanya menyerahkan RM12,000 daripada RM300,000 hasil sumbangan orang ramai kepada dua kanak-kanak terbabit.

Oleh yang demikian, Muhamad Akmal berkata pihaknya juga akan mengemukakan saman malu terhadap ibu saudara dua beradik, Yusnida dan suaminya berikutan tuduhan pecah amanah yang dibuat ke atas Muhammad Faizznur.

"Kami akan keluarkan saman malu selepas notis tuntutan dikemukakan kepada Yusnida dan suaminya.

"Sidang media yang diadakan telah mengemukakan tohmahan yang tidak berasas (kepada Muhammad Faizznur) dan kami punya bukti yang sangat kukuh bahawa Muhammad Faizznur tidak bersalah," katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan Yusnida mengadakan sidang media tergempar tempoh hari hanya memburukkan keadaan dan mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan ketika itu.

Akibat daripada tindakan Yusnida, katanya, Muhammad Faizzur dan keluarga berdepan ugutan dan ancaman oleh masyarakat sekeliling.

"Orang ramai yang tidak tahu hal sebenar telah mengecamnya menerusi media sosial dan Muhammad Faizznur juga menerima ugutan bunuh selepas dakwaan Yusnida tersebar di media sosial," ujarnya lagi.

Ujarnya lagi, pihaknya juga akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan semasa kepada seluruh masyarakat negara ini.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/pegua...n-malu-1.576123
Boy96
post Nov 9 2016, 11:34 PM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


9 November 2016

Tiada siapa pedulikan 2 beradik

user posted image

Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, ibunya meminta beliau menjaga dua anak saudara selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Mei tahun lalu.


Yusnidah Husain , 48, berkata ibunya Allahyarham Normah Toso, memintanya menjaga anak-anak saudaranya itu kerana keadaan mereka tidak terurus berikutan anggota keluarga lain sibuk dengan pelbagai urusan.

“(Selepas kemalangan itu) keluarga defendan dan keluarga saya bersetuju anak-anak itu dijaga ibu saya. Kemudian ibu minta saya menjaga mereka kerana keadaan ketika itu kelam kabut dan tiada siapa pedulikan anak-anak itu.

"Hamlizar Husain (adik ketiga) sibuk menguruskan hal insurans si mati, Muhammad Faizznur Asyraf Husain (adik bongsu) sibuk dengan urusan perkahwinannya manakala defendan iaitu Wirda Syamsuddin, 53, (nenek dua kanak-kanak itu) menunaikan umrah selepas empat hari kemalangan berlaku," katanya.

Yusnidah selaku plaintif berkata demikian ketika disoal peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakilinya dalam perbicaraan hak penjagaan kekal (hadanah) Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 4.

Yusnidah memfailkan permohonan hadanah pada 2 Jun 2015 mengikut Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, dan menamakan Wirda, iaitu ibu kepada emak kanak-kanak itu, sebagai defendan.

Pada 11 Ogos tahun sama, mahkamah memberi hak penjagaan sementara dua kanak-kanak itu kepadanya.

Dalam kejadian pada 2 Mei 2015, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, maut dalam nahas jalan raya membabitkan kereta MyVi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves, dekat sini.

Yusnidah berkata, ibunya meninggal dunia tiga bulan selepas kemalangan itu.

Beliau juga memberitahu mahkamah semua adik beradiknya yang lain mengetahui beliau diberi tanggungjawab oleh arwah ibu untuk menjaga dua kanak-kanak itu dan mereka tidak membantah.

Yusnidah berkata, hanya dua kali defendan datang melawat dua kanak-kanak itu sepanjang 2016 iaitu pada cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan pada hari ke-10 Aidilfitri.

Beliau berkata defendan juga tidak pernah menghubunginya sebelum datang melawat dua cucunya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab bersambung 11 Januari 2017. Defendan diwakili peguam syarie Yusfa Hanis Yusoff.


http://www.hmetro.com.my/node/180437

3 Pages < 1 2 3
Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0465sec    0.75    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 18th December 2025 - 11:46 AM