Kuala Lumpur, 21 Mac 2015.
Mata wang ringgit susut nilai serendah 3.76 bebanding satu dollar US hari ini.
Pagi Sabtu plaza tol PLUS Batu 3 tidak menerima bayaran toll dengan Ringgit.
Mata wang ringgit yang bergambarkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong dan diiktiraf dengan tanda tangan Gabenor Bank Negara,
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak diterima sebagai wang yang sah untuk bayaran
tol RM1.10 pun yang dikenakan oleh PLUS bagi setiap kereta kelas satu.
Bagi seorang rakyat Malaysia, ini bagaikan satu penghinaan kepada negara Malaysia
dimana badan korporat Malaysia sendiri enggan menerima wang tunai sah 1Malaysia.
Malaysia Menyindir Sendiri, Tanpa ISGadis Melayu tol telah dididik untuk menolak pembayaran tunai dipintu tol dengan
mengatakan tol ini hanya menerima kad 'Touch'N'Go' sahaja, sedangkan tiada pintu
tol yang memaparkan kebolehan untuk menerima dan berurus niaga secara tunai.
Apabila pengguna jalan bertanya, 'kenapa kamu boleh jual kad TnG secara tunai
tetapi enggan menerima bayaran untuk laluan tol secara tunai?' Pekerja PLUS itu
mengulangi skrip yang telah diajar dan enggan mengiktirafkan mata wang ringgit
untuk bayaran laluan tol.
"Ini wang Ringgit Malaysia keluaran Kerajaan Malaysia pun kamu (rakyat Malaysia
dan syarikat PLUS) pun tak nak terima?"
Adakah korporat besar PLUS telah mendidik warga kerja Malaysia untuk mengabaikan
mata wang sah yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dinegara sendiri?
Sebagai rakyat Malaysia, memangnya jijik bila difikirkan badan korporat Malaysia
yang dilesenkan oleh Kerajaan Malaysia sendiri boleh beroperasi enggan menerima
mata wang sah di bandar Shah Alam, dalam negara Malaysia.
Nilai Wang Ringgit Diperkecilkan LagiBayar RM15 kepada PLUS tapi hanya boleh guna RM5 untuk bayaran Touch'N'Go saja?
Lagi kad T'n'G hanya boleh digunakan selama lebih kurang 10 tahun sahaja.
Nilai wang dalam kad pun bukannya dapat bunga seperti akaun simpanan dibank.
Adakah ini cara perniagaan yang diterima oleh orang Malaysia dimana PLUS
setiap tahun mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dengan cara ini boleh
diterima sebagai halal oleh bank-bank Islam?
Wartawan Utusan, NSTP, MediaPrima TV3 ataupun BERNAMA tidak melaporkan hal ini,
sungguh pun Malaysia dikatakan mempunyai kebebasan dalam melaporkan berita.
Lebih Mangsa Malaysia Yang Berdiam Diri DibuliYang menjadi mangsa ialah rakyat Malaysia sendiri dari luar bandar yang berkunjung
ke ibukota yang dikenakan bayaran RM15 untuk kad TnG dengan nilai RM5 sahaja.
Maybank, CIMB, Affin Bank dan lain-lain bank pun tidak menipu pengguna sebegini
apabila mengeluarkan kad debit kepada pelanggannya.
Sementara itu, pengguna jalanraya yang lain pula dipaksa menunggu beratur panjang.
Kerajaan Malaysia menyediakan ruang untuk mendengar pendapat tapi orang ramai
takut atau tidak mengetahui untuk bersuara dilaman berikut
> Lembaga Lebuh Raya Malaysia :
http://www.llm.gov.my/ > Kementrian Kerja Raya Malaysia :
http://www.kkr.gov.my/msDi zaman ini tahun 2015, dimana ahli parlimen dibawa ke balai baru-baru ini tapi
badan korporat pula dibiarkan untuk menghina sistem perlembagaan beraja dan
wang keluaran Bank Negara, apakah negara Malaysia ada kerajaan yang berwibawa?
Adakah rakyat Malaysia akan terus menerima perbuatan oleh badan korporat seperti ini?
Dah la bm fail, lepastu nak buat berita palsu.