Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Dua sahabat maut digilis lori tangki simen

views
     
TSshamn9
post Mar 6 2015, 10:54 AM, updated 11y ago

New Member
*
Newbie
0 posts

Joined: Jan 2015


BAHAU - Dua sahabat maut apabila digilis sebuah lori tangki simen dalam kemalangan di Km1, Jalan Bahau-Juasseh berhampiran stesen minyak Petronas di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.45 petang itu, Abdul Hakeem Abd Manan dan Muhammad Noor Firdaus Ghazali, kedua-duanya berusia 25 tahun dari Batu Kikir, sedang dalam perjalanan ke Juasseh menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

Ketua Polis Daerah Jempol Superitendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berada di lorong kanan jalan raya dipercayai cuba mengelak kenderaan di hadapan yang secara tiba-tiba memperlahankan kelajuan.

"Mangsa kemudiannya mengelak ke kiri jalan iaitu di laluan lori tangki simen, namun terjatuh mengakibatkan kedua-dua mangsa digilis kenderaan berat itu.

"Akibat kejadian itu kedua-dua mangsa diseret beberapa meter dari lokasi nahas dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Hamzah berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau membantu operasi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. - Bernama



Attached Image Attached Image Attached Image Attached Image

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0166sec    0.27    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 26th November 2025 - 05:22 AM