Outline ·
[ Standard ] ·
Linear+
Local Clubs ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒░
|
remyzero09
|
Apr 7 2015, 03:47 PM
|
New Member
|
QUOTE(Xnet @ Apr 7 2015, 02:08 PM) Takkan takde bumbung - kata duit melambak Boleh je TMJ nak pasang bumbung. Nak pasang aircond pun boleh..hehe. Kalau pasang bumbung mesti stadium kene tutup setahun dua. Rugi woo kalau main kat Pasir Gudang. Penonton tengah ramai... btw MB terengganu kata Stadium Sultan Mizan mungkin pasang bumbung ala SNBJ. Lambat lagi la kot... This post has been edited by remyzero09: Apr 7 2015, 03:51 PM
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
Apr 17 2015, 11:14 AM
|
New Member
|
Dalam Harian Metro hari ni - Presiden PBNj, Tunku Ismail (TMJ) meminta FAM supaya menyalurkan 70% daripada keuntungan hak penyiaran kepada FA negeri berbanding amalan sekadar 30% ketika ini. » Click to show Spoiler - click again to hide... « oleh Isma Ismail - Harian Metro Jangan jadi pengecut! Johor Bahru: Presiden persatuan bola sepak negeri atau kelab diminta jangan jadi pengecut untuk menuntut hak penyiaran yang sepatutnya diperoleh setiap pasukan yang bertanding dalam liga di negara ini. Presiden Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak presiden bola sepak yang disifatkannya pengecut kerana tidak memperjuangkan hak daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kecuali dirinya. “Tiada presiden lain kecuali saya berjuang untuk hak penyiaran ini, mana pendirian presiden negeri dan kelab lain. “Saya ingin tanya mereka, adakah mereka jadi presiden untuk popular, mencari kedudukan atau komited membangunkan bola sepak di negara ini,” katanya. Menurutnya, persatuan negeri dan kelab yang bertanding dalam liga tempatan mempunyai hak penyiaran tetapi tidak menuntutnya. » Click to show Spoiler - click again to hide... «
This post has been edited by remyzero09: Apr 17 2015, 11:15 AM
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
Apr 20 2015, 10:26 AM
|
New Member
|
QUOTE(mclelun @ Apr 19 2015, 08:29 PM) Tam sheng tsung , non halfblood live in japan, express want to play for malaysia but not sure about quality Wan kuzain, seem like he doesnt want to play for malaysia Tam sheng tsung tak tahan cuaca panas kat sini. Dah macam udang kena bakar masa dia datang trial sebelum ni...
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
Apr 23 2015, 08:38 AM
|
New Member
|
QUOTE(Sifha238 @ Apr 22 2015, 07:08 PM) tajuk akhbar liga indonesia - Liga Malaysia semakin tinggalkan Indonesia, hahaha dari segi gaji ye la kot http://digital.jawapos.co.id/shared.php?ty...ame=H11-A002444Bukan ke Super Safee dibayar gaji lumayan masa main kat Pelita Jaya dulu?
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 5 2015, 08:20 AM
|
New Member
|
QUOTE(cunnilinguist @ May 1 2015, 03:24 AM) Aku lagi suka kalau Brunei DPMM main dalam MSL. Dah lama tim kita tak bertandang ke Bandar Seri Begawan.
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 8 2015, 09:39 AM
|
New Member
|
Stadium Sultan Mizan dah lulus untuk perlawanan Liga M. Menurut pegawai FAM, kualiti padang di SSM kedua terbaik di Malaysia. Lampu limpah >1700 lux
This post has been edited by remyzero09: May 8 2015, 10:07 AM
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 12 2015, 08:21 AM
|
New Member
|
QUOTE(stillriver80 @ May 11 2015, 09:36 AM) citer pasal ranking system ni.. australia masa piala asia hari tu pun pnh sound pasal ranking.. diorg punya ranking masa tu 100 klu x silap... media diorg kata pasukan ranking 100 pun boleh main world class football (after impressive display in group matches).... Kalau camtu cane EPL boleh terima pemain drp Australia? This post has been edited by remyzero09: May 12 2015, 08:28 AM
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 12 2015, 09:35 AM
|
New Member
|
QUOTE(stillriver80 @ May 12 2015, 09:10 AM) xsilap ranking negara utk pemain non eu bermain di epl diambil kira dari ranking semasa... so australia sblm ni mmg ranking diorg slalunya berada di top 70... kalau xsilap juga pemain australia ni kbnykanya ada dual nationalilty.. ade beberapa faktor lagi yg membolehkan pemain non eu bermain di epl.. contohnya pemain non eu yg pernah bermain di liga2 eropah spt belgium, perancis, poland dsb lebih mudah utk mendapat work permit di england berbanding pemain dari asia yg xpnh bermain di eropah tapi terus ingin bermain epl, contohnya super safee dan safiq... lim chan yew dulu pun pnh dpt offer dari bournemouth tapi xlepas permohonan work permit... oic
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 14 2015, 08:20 AM
|
New Member
|
berterabur juara Piala FA+ Piala Malaysia 2014 main. Passing ntah ke mana bertahan lintang pukang. Mengantuk aku dibuatnya ditambah dengan suara pengulas yg macam baca skrip drama. Ada harapan kena titik dengan Persipura nanti kalau main macam semalam...
This post has been edited by remyzero09: May 14 2015, 08:36 AM
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 14 2015, 02:12 PM
|
New Member
|
QUOTE(Sifha238 @ May 14 2015, 11:03 AM) no 1 liga super, masih bertanding dlm piala fa & af cup, apa lagi fan pahang mau M league is not football - B. Sathianathan
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 15 2015, 03:09 PM
|
New Member
|
QUOTE(mie_taiping @ May 14 2015, 09:52 PM) Aku pun tak pernah impressive dengan hafiz kamal. Duk fikir dari dulu, apa yang bestnya dia tu sampai ramai yang puji melambung dia nih? Bagus la si azam. hafiz kamal ni jenis tak boleh kawal perasaan. kena bentes sikit terus sepak lawan..
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 17 2015, 10:27 AM
|
New Member
|
QUOTE(syazwan @ May 16 2015, 09:26 PM) Contohnya mcm alex malam ni..dah kena red card hahahahahaha Pemain Pahang terlalu ikut emosi. Saifulnizam, Alex & apis kamal ni macam time bomb. Provoke sikit terus meledak.
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 18 2015, 08:41 AM
|
New Member
|
QUOTE(syazwan @ May 17 2015, 02:30 PM) Aku igt jdt dh ckup lawak dgn suka langgar rules Ni ganu nak tambah lawak nak tarik diri MSL...KAHKAHKAH GO HOME U ARE DRUNK Ini yg payah kalau pemimpin politik bagi komen mengenai sukan. Keluar kenyataan untuk 'naikkan saham' tanpa sedar akan akibatnya. Terengganu tarik diri dalam MSL nak masuk liga mana pula?
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 18 2015, 01:10 PM
|
New Member
|
Pencerahan yang terbaik oleh Lagenda Pengadil Malaysia, Cikgu Subkhiddin Mohd Salleh. » Click to show Spoiler - click again to hide... « UNDANG-UNDANG 11 – Ofsaid
Insiden yang berlaku baru-baru ini telah menyegarkan kembali ingatan kepada situasi yang hampir serupa, yang tercipta dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010; South Africa vs Mexico. Sepakan penjuru diambil dan jaringan dilakukan.. tetapi dibatalkan disebabkan peraturan ofsaid. Kenapa pengadil membatalkan jaringan gol yang CANTIK tersebut? Alasannya, MUDAH.. pemain tersebut telah ofsaid.. Keputusan pengadil dipersoal dan EMOSI memuncak kerana sifat perlawanan ini sendiri iaitu GOL menentukan segalanya..
Apakah pengadil tidak boleh menggunakan budibicaranya untuk membenarkan gol tersebut?
Untuk itu, kita perlu terlebih dahulu merujuk kepada maksud yang tersurat pada Undang-undang 11 - Ofsaid.
Kedudukan ofsaid (offside position) - bagaimana ia ditentukan? Seorang pemain berada pada posisi ofsaid, jika; - dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir, dan akan menjadi; Kesalahan (offence); Pemain akan dihukum; JIKA – Pemain tersebut pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh rakannya, pada pendapat pengadil, pemain tersebut terlibat aktif dalam permainan seperti; - mengganggu permainan (interfering with play) - mengganggu pemain pihak lawan (interfering with an opponent) - memperolehi keuntungan dengan berada dikedudukan ofsaid (gaining an advantage by being in that position)
Kedudukan dan tindakan pemain yang berkedudukan ofsaid adalah saling berkait sebelum pengadil akan memutuskan pemain yang berdudukan ofsaid tersebut perlu dihukum.
Merujuk kepada situasi yang berlaku dalam perlawanan baru-baru ini; maka bolehlah kita menafsirkannya seperti berikut; Pemain penyerang berada lebih hampir ke garisan gol pihak lawan (nearer to his opponents' goal line) bermaksud bahawa mana-mana bahagian kepala, badan, atau kaki pemain berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan dari kedua-dua bola dan pemain lawan kedua terakhir (second-last opponent). Lengan iaitu sebahagian daripada tangan, tidak termasuk dalam tafsiran ini.
Berbalik kepada situasi yang berlaku dalam negara; Pemain berjersi PUTIH/HITAM (No.18), boleh dirujuk sebagai telah berada lebih hampir ke garisan gol pihak lawan berbanding kedudukan pemain lawan kedua terakhir dan juga bola. Oleh itu, pemain berjersi PUTIH/HITAM (No.18) perlu dirujuk sebagai telah mengganggu permainan (interfering with play), bermaksud pemain tersebut telah memain atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukannya. Dalam situasi ini, pemain berjersi PUTIH/HITAM (No.18) telah menanduk bola dan beliau perlu dihukum, iaitu sepakan percuma tidak terus perlu diberikan kepada pasukan lawannya.
Siapakah yang dirujuk sebagai pemain lawan kedua terakhir (second-last opponent). Beliau, perlu dirujuk sebagai; mana-mana sahaja pemain lawan (pemain pertahanan) yang sedang berada pada kedudukan kedua terakhir dari garisan gol. Pemain tersebut boleh jadi pemain berjersi BIRU yang memakai jersi no.10, no.6, no.3 atau mana-mana pemain pertahanan pada ketika itu dan boleh jadi juga PENJAGA GOL. Pemain tersebut juga perlu dirujuk sebagai; mana-mana sahaja pemain lawan yang sedang bertahan dan tidak boleh hanya dikhususkan kepada pemain kedua terakhir iaitu selepas penjaga gol seperti mana posisi kebiasaan yang biasa dilihat dalam mana-mana perlawanan. Penjaga gol juga ada ketikanya bertindak sebagai penyerang, mengambil sepakan penalti dan boleh juga kelihatan pada masa-masa tertentu membuat lontaran kedalam, malah tidak mustahil untuk seseorang Penjaga Gol membuat sepakan permulaan (kick-off).
Situasi OFSAID seperti ini sangat jarang berlaku, sehinggakan ramai pengkritik dan pengulas SUKAN memuji keputusan pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 tersebut sebagai SANGAT MENAKJUBKAN. Mereka menyifatkannya sebagai 1/1000 iaitu merujuk kepada keberangkalian untuk insiden seperti ini akan berulang lagi pada masa akan datang.
Hebatnya bolasepak, kejadian ini berlaku lagi dan kali ini berlaku di Malaysia, sehingga menarik minat semua pihak, dari yang sekecil-kecil peminat sehingga kepada mereka yang sangat BESAR pengaruhnya dalam SUKAN.
Saudara AZMAN ISMAIL, anda adalah sebahagian daripada 1/1000. Setinggi TAHNIAH dari saya.
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 19 2015, 11:49 AM
|
New Member
|
x matang juga rupanya Presiden PBSNT ni. ke Ganu nak buat Liga Super sendiri?
Terengganu FA, T-Team, Dungung United, Kemamang Warriors, Marang FC bla2....
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 19 2015, 11:53 AM
|
New Member
|
QUOTE(khaimitoban @ May 19 2015, 10:07 AM) Takpe la kalau ganu nak blah. Arema blh ganti. kekekekeke Aku x berapa berkenan lau Indo team main kat sini. Mesti stadium dipenuhi penyokong dia yg lagi fanatik. Cuma harap sangat DPMM Brunei main balik liga M balik sama cam era 90an dulu (Brunei).
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 20 2015, 10:03 AM
|
New Member
|
Menurut Hamidin semalam, FAM akan memutuskan kemudian sama ada Kelantan layak diberikan slot ke AFC Cup jika Lions XII muncul juara. Jika Kelantan x dipilih maka naib juara Liga Super akan dpt slot berkenaan.
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 26 2015, 09:37 AM
|
New Member
|
Ada baiknya LionsXII menyertai Liga M. Setidak-tidaknya boleh juga kita bandingkan pasukan negara lain dengan pasukan kita. LionsXII dah pernah menang Liga Super & Piala FA. Pasukan yg dibarisi pemain2 muda ini mampu bersaing dengan pemain yg lebih berpengalaman + pemain import. Pasal pemain import pula, harap FAM bagi tempoh masa yg lebih lama daftar pemain import musim 2016 utk elak daftar pemain tangkap muat semata2 cukup kuota.
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 27 2015, 08:31 AM
|
New Member
|
QUOTE(OvenBaked @ May 26 2015, 04:27 PM) dia memang kemaruk nak main dengan Malaysia. Masa temuramah semalam, cara dia bercerita seolah2 dah dpt main untuk skuad kebangsaan (National Team). This post has been edited by remyzero09: May 27 2015, 08:33 AM
|
|
|
|
|
|
remyzero09
|
May 28 2015, 08:44 AM
|
New Member
|
QUOTE(menj @ May 28 2015, 07:34 AM) Harap ada la pemimpin FAM & FA negeri baca temubual ni pemain Jepun ini. Bertambah murung bila baca semua ni. Agaknya pasukan kita kena bawa masuk jurulatih import berkualiti bagi ubah mentaliti dan gaya permain kita. Pemain import pula biarlah yang ada kelas. Nasib baiklah JDT main cantik semalam.
|
|
|
|
|