Dalam Harian Metro hari ni - Presiden PBNj, Tunku Ismail (TMJ) meminta FAM supaya menyalurkan 70% daripada keuntungan hak penyiaran kepada FA negeri berbanding amalan sekadar 30% ketika ini.
oleh Isma Ismail - Harian Metro
Jangan jadi pengecut!
Johor Bahru: Presiden persatuan bola sepak negeri atau kelab diminta jangan jadi pengecut untuk menuntut hak penyiaran yang sepatutnya diperoleh setiap pasukan yang bertanding dalam liga di negara ini.
Presiden Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak presiden bola sepak yang disifatkannya pengecut kerana tidak memperjuangkan hak daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kecuali dirinya.
“Tiada presiden lain kecuali saya berjuang untuk hak penyiaran ini, mana pendirian presiden negeri dan kelab lain.
“Saya ingin tanya mereka, adakah mereka jadi presiden untuk popular, mencari kedudukan atau komited membangunkan bola sepak di negara ini,” katanya.
Menurutnya, persatuan negeri dan kelab yang bertanding dalam liga tempatan mempunyai hak penyiaran tetapi tidak menuntutnya.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Benda dari zaman annuar musa dah mintak...
Tp FAM email pon x baca hahahahaha