PEMBUKAAN AHLI BARU SAHAM KOWAMAS UNTUK TAHUN 2015
Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS) telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Penglibatan awal koperasi pada masa itu adalah berkisar dalam perniagaan retail di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan.
Pada penghujung 2007, Ahli Lembaga Koperasi baru telah dilantik dengan barisan sembilan tenaga profesional dan kakitangan pengurusan berpengalaman untuk mengemudi jawatan-jawatan penting di dalam koperasi. Di bawah pengurusan baru ini, koperasi telah berjaya membentuk arahtuju dalam mengembangkan perniagaannya sejajar dengan objektif untuk pembangunan status ekonomi ahli-ahli di samping membantu kerajaan mencapai visi dan misi kepada masyarakat Malaysia yang makmur dan majujaya.
KOWAMAS, sebuah koperasi yang aktif berkembang dalam pasaran, selaras dengan arahtuju operasi dan kepentingan perniagaannya telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan termasuk yang terbesar di Malaysia untuk mewujudkan skim pembiayaan peribadi kepada ahli-ahlinya dan telah juga mengenalpasti beberapa lokasi yang strategik untuk pembangunan hartanah.
Produk
KOWAMAS menawarkan produk Pembiayaan Peribadi e-wawasan berteraskan konsep Bai-Inah dan skim pembiayaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu X’change.
Kemudahan pembiayaan peribadi Bai-Inah ini diperkenalkan untuk membantu kakitangan kerajaan dalam menangani keperluan kewangan seperti membuat bayaran pendahuluan kereta dan rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah dan lain-lain keperluan kewangan.
Skim pajak gadai Islam Ar-Rahnu X’change pula menjanjikan suasana gadaian yang selesa, selamat dan mesra pelanggan selain menawarkan margin gadaian yang tinggi untuk memenuhi keperluan tunai segera pelanggan.
Prestasi Kewangan
Prestasi kewangan KOWAMAS adalah amat memberangsangkan. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2010, jumlah aset bersih KOWAMAS adalah sebanyak RM225.2 juta dan Kumpulan Wang Anggota sebanyak RM8.1 juta. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, KOWAMAS telah membayar dividen sebanyak 30 peratus. KOWAMAS juga telah membayar dividen dengan kadar yang sama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2010, KOWAMAS telah memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM5.1 juta berbanding RM4.2 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2009.
SAHAM DITAWARKAN MIN. RM200 – UNLIMITED
Prestasi Kewangan KOWAMAS & Kadar Dividen 2008 - 2013
**DIVIDEND 30%- 2008, 2009, 2010 , 2013
**DIVIDEND 20%- 2011, 2012
**DIVIDEND 15%- 2013
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Afiq – 010-3650950 ( Staff KOWAMAS Sri Gombak )
Email: afiq.abdghani@kowamas.com
15% dividend in a year? Too good to be real.