one touch football yg hampir2 membawa kepada gol 3 Thailand memang lawa.
Tapi overall persembahan pemain takdelah teruk sangat. Hantaran meliar & terjahan kasar tu memang dah trademark HM. Sekurang2nya kawin 2-3 kali buat save semalam. Rezeki je takde...
Ulasan tak bole blah dari Sukan Star..haha
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
ANALISA | THAILAND vs MALAYSIA
Sebenarnya Malaysia main dah okay dah kalau diukur dengan tahap permainan Malaysia alaf baru melalui benchmark yang telah dicipta oleh K.Rajagopal dulu.
Mari kita perati dari player ke player
Farizal : Farizal bagus, banyak save. Tapi bab penalti, tak boleh disangkal Apek lagi power dan ada rekod save penalti di liga dan peringkat antarabangsa. Tapi aksi Farizal 2 match terakhir lebih bagus dari Apek dari beberapa sudut. Jadi kalau ikut momentum velocity acceleration terkini, Farizal Marlias patut dikekalkan. Tapi jika 2nd leg nanti mungkin berakhir dgn tendangan penalti, sentuhan Apek mungkin lebih ditagih. (8.0/10)
Kunalan : Rasanya Kunalan boleh main bek kiri JDT dah musim depan sbb JDT pun ada Asrar dan Fandi Othman je bek kiri. Walaupun skrg main bek kanan, kaki dominan dia kiri. Masalah dia main winger, dia ada explosive power semasa sprint untuk dribble, dan dribble pun okay (better than Alex), tapi hantaran lintang & penyudah kurengggg. Jadi bila main bek, dia ada speed dan stamina yang bagus, ternyata berkesan apabila winger kiri Vietnam dan Thailand kurang menyengat bila berhadap dengan teknik bayangan dari Kunalan. Setakat 2 match ni, Kunalan better than Mahali (8.0/10)
Shukor Adan : Akhirnya keputusan Pablo Dolloh letakkan Shukor sebagai kapten cukup tepat sebab Shukor cukup vocal untuk guide backline Malaysia, bukan setakat melalui arahan tetapi juga melalui beberapa aksinya yang boleh dijadikan teladan oleh pemain muda. Cuma macam biasa, dipenghujung permainan beberapa error dan hilang fokus mungkin akibat tekanan dari pihak lawan dan faktor usia. (7.5/10)
Fadhli Shas : Ramai yang menyalahkan beliau akibat dua gol yang dilepaskan, tapi itulah adat menjadi defender. Penalti yang dihadiahkan berpunca kelam kabut dalam box, tak boleh salahkan dia 100%. Gol kedua nampak dia tak habiskan usaha dia kejar striker Thailand, tengok muka dah tahu penat. Biasalah, jarang coach akan tukar last back kalau team sedang ketinggalan. Kalau ditolak 2 gol Thailand ni, Fadhli Shas bermain baik, perlu ingat dia lalui musim yang cukup penat, bermain banyak match dgn JDT musim ni, liga lagi, Piala FA-semi final, Piala Malaysia-final, Piala Antara Planet lagi, anak muda kelahiran Lumut, Johor ni berada di landasan yang tepat untuk menjadi core player backline negara sekurang-kurangnya sehingga 5 tahun lagi. (6.6/10)
Zubir : Ini dia player yang main fulltime pada setiap match Malaysia di AFF kali ni. Mempunyai kudrat yang cukup kuat, konsisten walaupun ada beberapa mistake, tapi perlu diingat dia berhadapan dengan wing kanan, dan kebiasaan wing kanan mana-mana pasukan adalah antara player terbaik dalam pasukan tersebut (kecuali Malaysia). Kalau tauke gymnasium di Terengganu ni main guna otak sikit, dia menghampiri tahap ciri kesempurnaan sebagai seorang bek kiri bertaraf Asean. (8.1/10)
Alex : Karut, ya permainan Alex cukup karut. Mungkin dia tak tahu apa yang dia buat, atau dia tak dapat backupp dari rakan sepasukan atau memang dia sengaja tak nak cari backup sebab nak buat skill pusing-pusing petala langit petala bumi dia tu. Tapi dari segi work rate, Alex antara player yang mempunyai work rate yang tinggi, tapi sayenggggv, kurang kreativiti, inovasi dan ejakulasi semasa bola di kaki. (6.5/10)
Chopot : Harap Dollah Salleh ada telur untuk letakkan Chopot di bangku simpanan 20hb nanti. Gandingan Chopot-Piya ibarat gandingan Gerrard-Lampard, tiada keserasian. Kalau Dollah nak mula dengan Chopot, letakkan Piya dibangku simpanan. (9,999,999.99/10)
Piya : Kalau diikutkan apa role Piya malam ni sebagai Centre Midfielder / Defensive Midfielder kira okay-okay dia main. Jelas nampak kurang dapat bola, masih dibayangi Chopot. Tiada killer pass, tiada gerakan ditengah, tiada gerakan menukar arah bola, tiada gerakan satu-dua, tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, cuma yang ada hanya trademark corner kicknya. Tapi dari segi defensive job, Piya cuba menutup ruang dengan baik ketika diserang dari tengah, satu peranan yang tak digalas sempurna oleh penggantinya Baddrol Bakhtiar. Kalau Pablo Dolloh nak turunkan Piya, role CM/DMF kurang sesuai, lebih baik keluarkan Chopot, gandingan Piya bersama seorang defensive midfielder. (6.9/10)
Amri : Walaupun dilihat lebih banyak menggelupur, aksi Amri boleh dikira masih ditahap yang baik. Dan inilah Amri Yahyah, gaya permainan yang sama setiap kali beraksi. Impak yang ditinggalkannya pada separuh masa pertama di bahagian depan cukup berkesan, tapi apa yang mampu disumbangkannya sedang jentera tengah masih lemas menangkis serangan pihak lawan. Wajib ada dalam kesebelasan utama 20hb nanti. (7.5/10)
Indra Putra : Living Legend ni umur dah lanjut pun tetap steady. Main fulltime pun steady je minit 80 masih speed macam orang muda, sering bertukar posisi dengan yang lain ,satu tandukannya menuju tepat ke penjuru gol diselamatkan keeper Thailand. Selain pakar tendangan percuma, boleh menjaringkan gol dengan kaki dan kepala, boleh tomoi player lawan, boleh lutut player lawan, malam ni Indra membuktikan beliau juga mempunyai kepakaran libas muka player lawan. Kao hado? Kalau masih cergas dan boleh beraksi, perlu dikekalkan dalam kesebelasan utama pada 2nd leg nanti. (7.8/10)
Mat Yo : Ya Mat Yo antara striker terbaik yang kita ada buat masa ini, tapi selepas 5 perlawanan, Mat Yo dilihat masih mengalami krisis keyakinan dan masih mencari sengatnya. Walaupun kelihatan cukup bersungguh setiap kali mendapat bola, tapi impak yang ditinggalkan tidak berapa memberi kesan terhadap serangan skuad negara. Perlu terus diberikan peluang sebab kalau Mat Yo tak main, kompom-kompom Safee Sali yang main, majoriti rakyat Malaysia tak rela ini semua terjadi. (7.0/10)
This post has been edited by remyzero09: Dec 18 2014, 08:17 AM