Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> apa maksud mimpi banyak kali sangat nampak harimau, rasanya masuk ni dah 4 kali nampak rimau

views
     
SUShack3line
post Oct 8 2014, 06:41 PM, updated 12y ago

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


mimpi pertama sekali..

masa aku amat kecil dulu, entah kenapa aku tiba-tiba ikut je keranda dengan gerakan yang amat laju seperti angin, sorok kat dalam semak, lalang yang amat tinggi, pastu bila semua orang dah balik, aku pergi dekat kepada jenazah tu, seorang perempuan, dan rasa amat sedih, terus je masuk dalam hutan semula, menjerit, mengaum, mengamuk, marah yang amat, pastu tetiba rasa macam seluruh tubuh badan aku berubah jadi binatang yang amat buas, aku nampak tangan aku tetiba keluar cakar yang amat panjang, amat tajam dan amat kuat, habis pokok balak besar gedabak kat dalam hutan tu tumbang aku kerjakan sebab terlampau marah melampau

mimpi kedua..

aku nampak banyak betul harimau kat dalam hutan hendak bagi aku sebuah, sebentuk cincin sambil jilat-jilat aku sweat.gif

mimpi ketiga..

aku nampak harimau yang amat lapar, amat ganas, makan makanan dia

mimpi keempat..

aku nampak harimau yang amat buas, amat garang, jilat-jilat kaki ahli-ahli keluarga aku

...

dulu pergi berubat, ibu aku kata nampak banyak sungguh belang-belang merah belakang badan aku, seluruh tubuh badan aku masa berubat tu emak aku kata jadi amat pucat.. masa sampai tempat berubat tu entah kenapa tiba-tiba je lampu rumah tu terus menyala terang, datang pula betul-betul tengah malam yang amat atas pukul 12 tengah malam, orang berubat tu pun mula-mula nampak aku, macam mengantuk sungguh je aku tengok, macam dah nak masuk tidur.. tiba-tiba je bila aku rasa ada aura yang amat kuat, sejuk yang amat naik dari tulang belakang paling bawah aku menuju naik ke atas kerokong aku, sebelum aku dapat rasa suatu kuasa yang amat luar biasa dan amat kuat cuba ambil alih jiwa raga aku.. bagus gak perasaan dia, rasa macam seluruh dunia ni aku seorang sahaja yang punya, dalam kepala otak aku asyik ulang-ulang perkataan KUASA BESAR, SELURUH DUNIA NI AKU YANG PUNYA.. pandangan mata aku tiba-tiba jadi amat tajam dan aku pandang semua orang kat depan aku dengan senyuman kecil yang sinis sambil tunjukkan gigi taring aku yang aku rasa seperti semakin tajam.. dari pengubat dan bini dia mengantuk sangat tetiba mata semua terbeliak terkejut, dok ulang-ulang menjerit depan aku kata SYAITAN, SYAITAN, SYAITAN, muka semua dah macam kecut perut dah, aku masa tu walaupun tak tahu apakah sebenarnya yang berlaku sebenarnya.. masa tu aku senyum sinis je pandang diaorang semua, bila fikir balik, memang nak tergelak pun ada tengok gelagat diaorang, rupa macam nak angkat langkah seribu, terkejut, tetiba nampak macam nak melompat dah depan aku laugh.gif .. last last diaorang pun give-up, aku masa tu dah rasa macam seluruh tubuh badan aku hendak terangkat terbang naik ke atas langit pun ada, diaorang dok ulang-ulang kata ada orang lagi teruk, jangan risau, tawakal kepada tuhan, kena rajin belajar agama, minta aku sentiasa cuba sedaya upaya jadi diri aku sendiri, apa nabi tak buat, jangan buat katanya, suruh aku ingat tuhan dan nabi banyak-banyak, kalau boleh katanya terus belajar masuk sekolah pondok belajar agama
SUShack3line
post Oct 8 2014, 08:11 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(WebDpot @ Oct 8 2014, 07:09 PM)
dah berapa bulan miss bayar bro?  laugh.gif
*
aku check kat rumah hari tu, memang tak bayar lagi insurans maybank sweat.gif
SUShack3line
post Oct 8 2014, 08:12 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Shadow Kun @ Oct 8 2014, 06:46 PM)
Maksudnya banyak sangat hutang dengan maybank
*
duit tak cukup lagi ni.. tunggu la, apa la datang banyak sangat surat maybank kat rumah aku ni sweat.gif

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0142sec    0.65    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 02:53 PM