QUOTE(seiferalmercy @ Apr 24 2015, 07:23 PM)
Apa dia perkara yang akan berlaku kat arab saudi ?
Mari kita perhati satu persatu:
QUOTE
Dari Tsauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW :
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Ka’bah tiga abang adik. Semuanya adalah anak-anak khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salju kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, yaitu Imam Mahdi.”
- (HR Ibnu Majah)
QUOTE
Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan alami banyak perselisihan setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentara dari Sham akan dikirim menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan dibunuh; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah kerugian . Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan mensholatkan beliau.”
- (HR Abu Daud, Kitab Al-Mahdi)
Masa kemangkatan Almarhum Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud, ramai org alim dok tarik nafas panjang ... sbb risau kalau ada berlaku rampasan atau perebutan takhta antara putera2 Raja Abdullah. Sebaliknya Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud iaitu adik tiri almarhum yg jadi raja Saudi dgn peralihan kuasa yg aman. Aku dulu mula2 dengar kematian Raja Abdullah pn naik kecut, sbb aku mmg amik tau hal2 akhirul zaman ni. Nasib baik tak jadi apa2 kekacauan kat Arab Saudi. Ramai tarik nafas lega lps Raja Salman naik takhta tanpa insiden, but still ... fuhhh ...
Bukan apa, yg ini sudah berlaku:
QUOTE
"Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya. Nabi saw: Hendaklah kamu memilih Syam, kerana ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika tidak boleh hendaklah kamu memilih Yaman dan berilah minum (binatang kamu) dari kolam-kolam (di lembahnya), kerana Allah menjamin untukku negera Syam dan penduduknya. "
- (HR. Imam Ahmad)
Mujahidin serata dunia sudah berkumpul di Syam (merangkumi wilayah Sinai, Palestin, Lubnan, Syria dan Jordan) dan di Iraq berlaku perang saudara ... kini Yaman pula. Things will get worse from now on.
This post has been edited by Protoculture: Apr 24 2015, 07:45 PM