Daripada Abu Bakar, daripada Syababah, daripada Syu'bah, daripada Khalid bin Al Khaddza`, daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah, daripada ayahnya (Abu Bakrah),
"Ada seorang lelaki yang sedang memuji lelaki (lain) di samping Rasulullah s.a.w.,
maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tercelanya kamu, kamu telah memotong leher temanmu." Rasulullah s.a.w. mengatakannya sehingga berulang kali,
kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila salah seorang daripada kalian memuji saudaranya, maka katakanlah,
"Aku rasa… dan tidaklah saya mensucikan seorang pun melebihi kesucian Allah."
(Hadith Ibnu Majah no. 3734)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Ali bin Muhammad, daripada Waki' Ibnul Jarrah, daripada Zakaria bin Ishaq Al Makki, daripada Yahya bin Abdullah bin Shaifi, daripada Abu Ma'bad (bekas hamba Ibnu Abbas), daripada Ibnu Abbas,
"Nabi s.a.w. mengutus Mu'adz ke Yaman,
Nabi s.a.w. bersabda, "Engkau akan menemui kaum ahli kitab,
maka serulah mereka untuk bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
dan aku adalah utusan-Nya.
Jika mereka taat untuk itu, maka beritahulah bahawa
Allah telah mewajibkan kepada mereka
untuk mengeluarkan zakat harta mereka, diambil daripada orang-orang kaya mereka dan diberikan kepaa orang-orang yang miskin daripada mereka.
Jika mereka taat untuk itu,
maka hati-hatilah engkau daripada mengambil harta milik mereka yang paling baik,
takutlah engkau dengan do’anya orang dizalimi, sebab antara ia dengan Allah tidak ada yang menghalanginya."
(Hadith Ibnu Majah no. 1773)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Jan 3 2020, 09:05 AM
Daripada Qutaibah bin Sa'id, daripada al-Laits, daripada Ibnu al-Had, daripada Sa'ad bin Ibrahim, daripada Humaid bin Abdurrahman, daripada Abdullah bin Amru bin al-As, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Antara dosa besar adalah seorang lelaki mencela kedua-dua orang tuanya."
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah (mungkin) seorang lelaki mencela orang tuanya?
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Ya.
Dia mencela bapa seseorang, lalu orang tersebut (membalas) mencela bapanya,
dia mencela ibu seseorang, lalu orang tersebut (membalas) mencela ibunya."
(Hadith Muslim no. 130)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Jan 6 2020, 05:49 PM
Daripada Al Khalil bin 'Amru, daripada Muhammad bin Salamah Al Harrani, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Humaid At Thawil, daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pada hari Kiamat, akan didatangkan seorang kafir yang paling merasakan nikmat ketika di dunia,
lalu dikatakan (kepadanya), "Celupkanlah dia ke dalam neraka!"
Maka dia pun ditenggelamkan ke dalam neraka.
Kemudian dikatakan kepadanya, "Wahai fulan, apakah kamu mendapat sedikit kenikmatan?"
Dia menjawab, "Tidak, saya tidak pernah merasa kenikmatan sama sekali."
Kemudian didatangkan seorang mukmin yang paling menderita dan paling berat dugaannya (ketika di dunia),
lalu dikatakan (kepadanya), "Masukkanlah dia ke dalam syurga!"
Maka dia pun dimasukkan ke dalam syurga.
Kemudian ditanyakan kepadanya, "Hai fulan, apakah kamu merasa sedikit penderitaan atau dugaan?"
Dia menjawab, "Tidak, tidak sedikit pun saya merasa penderitaan atau dugaan."
(Hadith Ibnu Majah no. 4312)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Jan 10 2020, 10:35 AM
”Pada masa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam seseorang (suami) menyembelih seekor kambing sebagai kurban bagi dirinya dan keluarganya.” (HR. Tirmidzi, ia menilainya shahih, Minhaajul Muslim, Hal. 264 dan 266).
Daripada Zakaria bin Yahya bin Shalih Al Mishri, daripada Al Mufadhal (Ibnu Fadhalah), daripada 'Ayyasy (Ibnu 'Ayyasy Al Qitbani), daripada Abdullah bin Yazid Abu Abdurrahman Al Hubuli, daripada Abdullah bin 'Amru bin 'As Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seorang yang mati syahid
akan diampuni segala dosanya
kecuali hutang."
(Hadith Muslim no. 3498)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Hisyam bin Ammar, daripada Muhammad bin Syu'aib, daripada Utsman bin Abu 'Atikah, daripada Ali bin Yazid, daripada Al Qasim, daripada Abu Umamah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hendaklah kalian bersiwak (gosok gigi),
sesungguhnya siwak dapat membersihkan mulut dan menjadikan Rabb redha.
Tidaklah Jibril datang kepadaku kecuali menasihatiku untuk bersiwak
hingga aku takut jika hal itu diwajibkan atasku dan umatku.
Sekiranya aku tidak khuatir memberatkan umatku
maka akan aku wajibkan mereka untuk bersiwak.
Dan aku selalu bersiwak hingga aku khuatir gigi depanku terkikis."
(Hadith Ibnu Majah no. 285)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Qutaibah bin Sa'id, daripada al-Laits, daripada Ibnu al-Had, daripada Sa'ad bin Ibrahim, daripada Humaid bin Abdurrahman, daripada Abdullah bin Amru bin al-As, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Antara dosa besar adalah seorang lelaki mencela kedua-dua orang tuanya."
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah (mungkin) seorang lelaki mencela orang tuanya?
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Ya.
Dia mencela bapa seseorang, lalu orang tersebut (membalas) mencela bapanya,
dia mencela ibu seseorang, lalu orang tersebut (membalas) mencela ibunya."
(Hadith Muslim no. 130)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
.
benda ni bole nampak jelas di media sosial selamba je kutuk mak bapak sendiri selalunya jenis yg konon berfikiran terbuka
Daripada Muhammad, daripada Affan, daripada Shakhr bin Juwairiyah, daripada Abdurrahman bin Al Qasim, daripada bapanya (Al Qasim), daripada Aisyah,
“Ketika Rasulullah s.a.w. bersandar di dadaku,
Abdurrahman bin Abu Bakr masuk ke rumah sambil membawa kayu siwak yang biasa dia pakai.
Rasulullah s.a.w. pun melihat kepadanya.
Aisyah berkata kepada Abdurrahman bin Abu Bakr, “Berikan siwak itu kepadaku, wahai Abdurrahman!”
Lalu Abdurrahman bin Abu Bakr memberikannya kepada Aisyah.
Kemudian Aisyah bersihkan dan kunyah, setelah itu Aisyah berikan (kayu siwak tersebut) kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. pun bersiwak dengannya.
Aisyah tidak pernah melihat sebelumnya Rasulullah s.a.w. bersiwak sebaik itu.
Setelah selesai, Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya, atau jarinya seraya berkata, “Ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi, sebanyak tiga kali.
Lalu Rasulullah s.a.w. wafat.
Aisyah berkata, “Rasulullah s.a.w. wafat di antara dagu dan tekakku.”
(Hadith Bukhari no. 4084)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Jan 16 2020, 10:46 AM
Daripada Qutaibah bin Sa'id, daripada Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari, daripada Suhail, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak akan terjadi hari kiamat,
sebelum harta kekayaan telah bertimbun dan melimpah ruah, hingga seorang lelaki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak menemui seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu.
Dan sehingga tanah Arab menjadi subur, makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai."
(Hadith Muslim no. 1681)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Jan 17 2020, 09:59 AM