QUOTE(zabanya @ Sep 30 2014, 10:52 PM)
what the.... cantik giler design
mesti regret orang yg dah beli current model punya
ada la sikit2... sama la macam masa model sekarang dikeluarkan untuk replace model CBU sebelum ni... ada penambahbaikan mengikuti peredaran zaman. tapi at least aku dah pakai 2 tahun lebih pun dah dapat merasa "current model" la.... yang baru beli sebulan dua ni yg nak hantuk kepala. lol.
tapi design tu, beauty in the eye of beholder la... lain orang lain minatnya.... so far design dia macam kawa nak streamline semua model motor dia nak rupa lebih kurang sama. ninja 250, zx6r, er6f, versys, z1k sx semua kepala lebih kurang.
yang aku perasan ada bende berlainan kat versys model baru ni ada a few things:
1. fork dah boleh fully adjustable, kalau sebelum ni cuma preload dan rebound, sekarang dia dah ada compression damping (left fork)
2. rear shock hydraulic preload adjuster! just twist to adjust (takyah nak pakai fork spanner lagi)
3. tank dah tambah 2 litre jadi 21 liter. now 350km-400km range no problem anytime babeh!
4. brek caliper sebelum ni Tokico yg sama model dgn er6 dan suzuki sv650, yg baru ni pakai caliper nissin model baru.
5. passenger grab dia dah nampak lebih moden, pasal dia nak integrate sidebox dan top box mount dia. abis la givi/sw motech tak dapat carik makan jual mount. jual kotak dgn tapak je lah.....
6. review dalam website obersea kata footpeg dah lower and slightly forward for touring comfort. footpeg yg sedia ada memang ada sedikit sporty dan cramp untuk mereka yg kaki panjang. kengkadang bawak lama kat hiway pun boleh rasa lenguh so dgn new position ni mungkin lebih selesa.
7. review obersea juga kata engine tuning dah tukar lagi, HP sudah naik 5hp total 69hp. powerband juga dah kasi lowered antara 3k-6k rpm. ada orng sudah perasan redline pun sudah turun, 10k rpm instead of 10.5k rpm. design meter console mcm er6 punya.
8. handlebar ada sedikit lebar dari current model, dan bar clamp pun dah design baru macam V1k.
9. 12v power port disediakan!
10. winshield dah follow style versys 1000. height adjustable. mungkin ramai tak perlu tukar aksesori windhshield lepas ni sebab yg stock pun dah cukup pakai.
QUOTE(Mustadio @ Sep 30 2014, 10:22 PM)
Modenas sedang menguji motosikal baharu, reka bentuk hampir sama seperti Demak DZM 200» Click to show Spoiler - click again to hide... «
http://keretamoto.com/2014/09/30/modenas-s...0/#comment-areaBaru-baru ini penulis terserempak dengan sebuah model motosikal kecil yang mungkin sedang dibangunkan oleh Modenas, seperti mana yang penulis siarkan dalam artikel terdahulu beberapa hari yang lepas.
Hari ini penulis terserempak pula dengan sebuah lagi model terbaharu yang diyakini bakal diperkenalkan oleh Modenas tidak lama lagi, sedang ditunggang uji berdekatan Pekan Guar Chempedak, Gurun, Kedah.
Reka bentuk motosikal terbaharu itu berdasarkan pemerhatian penulis mirip model Demak DZM 200, namun ianya kelihatan lebih bergaya dan sporty. Model tersebut berwarna hijau sepenuhnya tanpa sebarang pelekat grafik, besar kemungkinan memiliki enjin dalam sesaran 150cc.
Modenas ketika ini diketahui sedang membangunkan sendiri enjin 150cc, anda boleh rujuk artikel terdahulu di sini untuk maklumat lebih lanjut. Bagaimanapun penulis agak kecewa kerana tidak sempat merakamkan gambar model terbaharu keluaran Modenas itu, memandangkan ketika itu penulis sedang memandu.
Sama ada ianya adalah benar-benar sebuah model ‘naked’ 150cc terbaharu keluaran Modenas atau pun tidak, tunggu laporan selanjutnya kerana penulis akan sentiasa cuba merakamkan gambar motosikal tersebut yang kebiasaannya sering ditunggang uji tidak jauh dari kilang Modenas di Gurun, Kedah.

Xtreet 140/180 R
Single cylinder, 4-stroke
137.7 cc
FRONT SUSPENSION : Hydraulic Telescopic Fork
REAR SUSPENSION : 2 shocks Hydraulic with Spring

DRB-Hicom testing model Xtreet 140/180 R ?
xsanichi_24 wut do u think ?
mana boleh, 150cc fz150i lah raja.